Ad Code

Contoh Karangan: Peranan Ibu Bapa dalam Mengurangkan Gejala Sosial


CONTOH KARANGAN

Peranan Ibu Bapa dalam Mengurangkan Gejala Sosial



Dalam meniti arus kemodenan ini, pelbagai penyakit sosial yangmampu meranapkan peradaban bangsa dan negara melanda golongan remaja.Akhir-akhir ini, berita mengenai golongan remaja yang terjebak dalam gejalasosial kerap terpampang di dada akhbar. Isu inimenjadi suatu isu yang hangatdiperkatakan dan sering menjadi buah mulut orang ramai. Antara penyakit sosialyang dimaksudkan ialah gejala vandalism, buli dan ponteng. Keutuhan institusi keluargabegitu penting dalam usaha menangani gejala sosial sehingga institusi keluarga diibaratkanseperti batu bata dalam sesebuah bangunan. Malah, institusi keluarga begitupenting dalam usaha menangani gejala sosial sehingga kempen Rumahku Syurgakudiadakan secara besar-besaran. Program ini menekankan kepentingan rumahdiibaratkan sebagai syurga untuk memastikan keutuhan institusi keluarga.Oleh itu, ibu bapa perlulah menyahut cabaran bagimenghalang golongan remajadaripada terjebak dalam gejala sosial.

Sebenarnya, golongan ibu bapa wajarlah mencurahkan kasih sayang kepadaanak-anak mereka dan mengasuh anak-anak bagai menatang minyak yangpenuh. Ibu bapa perlu menganggap anak-anak sebagai kurniaan Tuhan yang tidak ternilaidan mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang dan kesabaran. Sikapsesetengah ibu bapa yang hanya sibuk mengejar harta kekayaan perlulahdikikis sama sekali. Mereka tidak sedar bahawa nilai kebendaan danmaterialistik yang ada pada diri mereka akan menyebabkan mereka terlalusibuk dengan kerja mereka sehingga mengabaikan anak-anak mereka.Contohnya, pada hujung minggu, ibu bapa perlulah meluangkan masa mereka untukmelakukan aktiviti-aktiviti riadah bersama-sama anak-anak mereka. Ibu bapabolehlah membawa remaja makan angin di destinasi-destinasi yang menarik dinegara kita. Hadis ada menyatakan bahawa anak-anak diibaratkan sepertikain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya. Sememangnya, ibu bapa perlu mampumengimbangi kepentingan keluarga dan kerjaya mereka kerana anak-anak merekaamat memerlukan kasih sayang seorang ayah dan ibu.

Golongan remaja perlulah dibekalkan dengan didikan agama dan moralyang sempurna . Ibu bapa perlulah menekankan kepentingan ajaran agama terhadappembentukan mental remaja kerana didikan agama dan moral dapat menjamin bahawaremaja akan dapat membezakan antara perkara yang baik dengan yang buruk danseterusnya mendorong remaja mengawal tingkah laku mereka. Tanggapan sesentengahibu bapa bahawa tanggungjawab mereka tidak lebih daripada menyekolahkan danmenyediakan makan minum anak-anak tidak benar sama sekali. Mereka jugaharus memastikan bahawa anak-anak mereka mendapat ajaran agama yang sempurna. Sebagaicontoh, ibu bapa perlulah meluangkan masa untuk membekalkan ajaran agamakepadaanak-anak mereka sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah darirebungnya. Didikan agama yang dibekalkan kepada remaja dapat memastikan bahawaanak-anak mereka mempunyai benteng diri yang kukuh untuk menolak ajakanrakan-rakan untuk melibatkan diri dalam apa-apa tindakan yang mampu memburukkanimej diri dan merosakkan nama baik sesebuah keluarga.

Bukan itu sahaja, pihak ibu bapa perlulah bertanggungjawab terhadapkebajikan anak-anak mereka dengan mengikuti perkembangan anak-anak merekadi sekolah. Dari semasa kesemasa, ibu bapa perlu mengambil inisiatif untukmenghubungi pihak sekolah untuk mengetahui masalah-masalah yang dihadapi olehanak-anak mereka. Sebagai contohnya, ibu bapa perlulah menghadirkan diri dalamsebarang pertemuan antara ibu bapa dan guru. Dengan ini, pihak sekolah,guru dan ibu bapa akan dapat bermuafakat dan bekerjasama untuk membantu remaja yangbermasalah dengan mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Ibu bapa perlumemastikan bahawa nasihat yang diberikan oleh mereka kepada anak-anak merekatidaklah Bagai me ncurahkan air ke daun keladi.  Setiap penyakit pasti ada penawarnya. Masalahremaja perlu dikesan sebelum terlambat kerana mencegah itu lebih baik daripadamengubati. Ibubapa memainkan peranan untuk menjaga kepentingan anak-anak merekadengan meletakkan kepentingan anak-anak mereka melebihi harta benda dan wangringgit.

Bukan itu sahaja, ibu bapa haruslah menjadi teladan kepadaanak-anak mereka . Ibu bapa sememangnya perlu memastikan segala tingkah lakudan pertuturan mereka kerana segala perlakuan mereka akan diperhatikan olehanak-anak mereka. Malah, segala tingkah laku ibu bapa akan ditiru olehanak-anak mereka. Contohnya, ibu bapa yang mempunyai tabiat buruk seperti merokokperlulah bertaubat dan berhenti merokok kerana anak-anak mereka berkemungkinan besarakan terpengaruh dan seterusnya merokok. Ibu bapa perlulah mengatasi apa-apakelemahan yang ada pada diri mereka agar perbuatan mereka tidak akanmenyebabkan anak-anak mereka terdedah kepada amalan yang kurang sihat. Ibu bapatidak harus bersikap seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul. Dengan ini,golongan remaja tidak akan terpengaruh dengan tabiat buruk ibu bapa mereka danseterusnya tidak akan melakukan gejala sosial yang mampu menghancurkan masadepan mereka.

Kesimpulannya, gejala sosial yang menjadi duri dalam daging perludihapuskan dari akar umbinya kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.Ibu bapa perlulah mengambil langkah-langkah yang drastik dan berkesan bagimemastikan golongan remaja tidak akan menjangkiti sebarang penyakit sosialkerana remajalah yang akan mencorakkan negara pada masa hadapan. Mereka harusdibimbing agar akan menjadi modal insan yang berintegriti dan berwawasan.Secara tidak langsung, impian negara untuk melahirkan golongan yang berminda  kelas pertama akan dapat direalisasikan.

Post a Comment

23 Comments

  1. sangat bermanfaat

    ReplyDelete
  2. tolong postkn peranan kerajaan dengan masyarakat jugak

    ReplyDelete
  3. nii pmr ke spm nyerr karangan..??

    ReplyDelete
  4. Good writing :) keep it up !

    ReplyDelete
  5. cantik la ayat kau ....

    ReplyDelete
  6. Tak ada skema jawapan?

    ReplyDelete
  7. BAGUS KARANGAN TERSEBUT

    ReplyDelete
  8. terima kasih. sangat menolong ^^

    ReplyDelete
  9. Karangan dh best.. But,betul tatabahasa, ok?!

    ReplyDelete
  10. ayt byk rapat2 :v

    ReplyDelete