Followers

Wednesday, May 1, 2013

Hari Guru Sepintas Lalu

Sebagai guru, cabaran paling getir adalah bagaimana untuk melonjakkan kualiti dan ekuiti pendidikan dalam tempoh yang terdekat. Tujuannya ialah, pertama, supaya sistem pendidikan negara kita mampu melahirkan insan yang berupaya memacu kemajuan pesat negara dan mengisi keperluan sebuah masyarakat maju. Dan kedua, supaya setiap murid di negara kita, tanpa mengira kaum, agama, wilayah dan status sosial berpeluang untuk mengecap nikmat pendidikan yang berkualiti secara adil dan saksama. Tema untuk hari guru tahun ini ialah Guru Malaysia: 1Aspirasi, 1Agenda

PENGENALAN

Saban tahun tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

OBJEKTIF HARI GURU MALAYSIA

  1. Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat. 
  2. Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia. 
  3. Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru. 
  4. Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat. 
  5. Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan -persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru. 
  6. Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.


LOGO HARI GURU

Putih
  • Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.
Perak
  • Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.
Kuning
  • Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan. Bulan dan bintang membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.
Merah
  • Menunjukkan keteguhan semangat.
Biru
  • Menunjukkan perpaduan muhibah.

Dari pusat lambang tersebut, muncullah buku yang memberi ilmu pengetahuan dalam segalalapangan bagi kepentingan negara yang aman dan makmur. Di hadapan bukudidapati rekabentuk seorang murid yang sentiasa memerlukan pengajarandan pendidikan daripada guru. Dua reka bentuk di antara murid dan buku,ialah guru perempuan dan lelaki berfikiran sama dalam segala lapangantentang mata pelajaran dan kokurikulum. Mereka sentiasa menggalakkanmurid-murid supaya meninggikan mutu pelajaran dan kegiatan kokurikulummengikut prinsip-prinsip Ruku Negara. Dari bawah didapati satu garisanbulat yang tebal mengandungi slogan "HIDUP BERBAKTI". Ini menjadisebuah tapak yang luas dan kukuh membuktikan perpaduan guru.


IKRAR HARI GURU

Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.

Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.


Sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia
Enhanced by Zemanta

SEMAKAN KEPUTUSAN PANGGILAN TEMU DUGA PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN (PISMP) AMBILAN 2013

Kementerian Pelajaran memaklumkan bahawa semakan Keputusan Panggilan Temu Duga Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (PISMP)bagi ambilan 2013 ditangguhkan kepada 6hb Mei 2013 (Isnin).

Kepada pemohon-pemohon yang telah memohon untuk mengikuti PISMP boleh layari laman sesawang KPM di alamat http://www.moe.gov.my dari semasa ke semasa untuk maklumat lanjut.

Enhanced by Zemanta

Monday, April 22, 2013

Contoh Merangka Jawapan Kertas 1 Bahasa Melayu SPM - Soalan Karangan Tidak Berformat

Soalan.

Kini ibu bapa terlalu mementingkan pencapaian akademik anak-anak mereka. Oleh hal yang demikian, mereka tidak memberikan galakan kepada anak-anak dalam aktiviti kokurikulum terutamanya sukan.

Huraikan pendapat anda tentang peranan ibu bapa menggalakkan anak-anak menceburi bidang sukan.


Rangka karangan.


Karangan tidak berformat

Tugasan : Diharapkan calon dapat menulis tentang peranan ibu bapa menggalakkan anak-anak menceburi bidang sukan.

Cadangan isi
  1. Memberi sokongan secara langsung dan tidak langsung.
  2. Memberi penghargaan kepada anak-anak apabila mereka mencapai kejayaan.
Contoh jawapan: Klik di sini.

Wednesday, April 3, 2013

Sejarah Penubuhan Institusi Parlimen di Malaysia

Bangunan Parlimen Malaysia
Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan Persekutuan telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat sedemikian untuk membolehkan pelaksanaan sistem ini. Salah satu kriteria sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan iaitu Perundangan, Kehakiman dan Eksekutif (Pentadbiran).

Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi berasaskan kepada sistem Persekutuan. Berdasarkan kepada peruntukan ini Negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah telah bersetuju dengan konsep penubuhan Negara Malaysia.

Setiap negeri yang terbabit telah menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing seperti kewangan, pertahanan, pelajaran, luar negara dan lain-lain lagi seperti mana yang telah tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia untuk di tadbir oleh Kerajaan Pusat. Terdapat beberapa perkara yang diletakkan di bawah kuasa negeri-negeri dan setiap negeri tersebut diberikan hak untuk mentadbir perkara-perkara tersebut.

Sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan, diperuntukan oleh Perlembagaan Institusi Yang di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu di sembilan buah negeri dan Majlis Raja-raja yang mana Raja-raja Melayu telah diberi kuasa untuk memelihara keistimewaan dan adat istiadat orang Melayu dan pentadbiran Agama Islam di negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi Negeri-negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah, Sarawak dan Wilayah-wilayah Persekutuan.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia. Baginda menjalankan tugas-tugas di bawah Perlembagaan bertindak mengikut nasihat Perdana Menteri dan Jemaah Menteri. Raja-raja pula menjadi Ketua Negeri dan menjalankan tugas bertindak mengikut nasihat Menteri Besar masing-masing.

Sumber: Portal Rasmi Parlimen Malaysia

Thursday, March 21, 2013

Analisis Keputusan SPM 2012

Analisis SPM 2012
Seramai 15,793 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu memperoleh gred A bagi semua mata pelajaran yang diduduki, peningkatan 0.13 peratus berbanding 15,079 calon pada 2011. Daripada jumlah tersebut seramai 13,721 daripada calon itu merupakan calon sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang meningkat daripada 12,970 calon tahun sebelumnya, dan 2,072 calon lagi ialah calon sekolah bukan KPM, yang mengalami penurunan berbanding 2,109 tahun sebelumnya.

Seramai 481 calon iaitu 438 calon sekolah KPM dan 43 calon sekolah bukan KPM berjaya memperoleh gred A+ iaitu Cemerlang Tertinggi bagi semua mata pelajaran yang diduduki.

Seramai 844 calon berkeperluan khas menduduki peperiksaan SPM tahun lalu berbanding 662 calon pada tahun sebelumnya, iaitu pertambahan sebanyak 27.5 peratus. Daripada jumlah itu tiga calon rabun dan dua calon lain-lain jenis kecacatan (Attention Deficit Disorder dan High Spectrum Autism) mendapat sekurang-kurangnya gred A- (Cemerlang) dalam semua mata pelajaran yang diduduki.

Berdasarkan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP), prestasi 51 mata pelajaran meningkat, 54 mata pelajaran menurun dan tiga mata pelajaran kekal berbanding tahun sebelumnya. Mata pelajaran yang meningkat ialah mata pelajaran teras iaitu Matematik yang meningkat 0.30 mata dan Pendidikan Moral yang meningkat 0.21 mata.

Prestasi mata pelajaran teras lain iaitu Bahasa Melayu, Pendidikan Islam, Sejarah, Sains dan Bahasa Inggeris pula menurun. Bagaimanapun seramai 229,009 atau 51.1 peratus calon yang menduduki Bahasa Inggeris (1119) SPM berjaya memperoleh Sijil GCE O-Level.

Bagi mata pelajaran elektif, 49 daripada 101 mata pelajaran menunjukkan peningkatan prestasi termasuk mata pelajaran elektif sains seperti Matematik Tambahan dan Kimia serta Biologi yang mencatat peningkatan signifikan sebanyak 0.33 mata, juga beberapa mata pelajaran elektif teknikal seperti Pengajian Kejuruteraan Mekanikal, Reka Cipta, Teknologi Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).

Mata pelajaran Prinsip Perakaunan juga menunjukkan peningkatan prestasi sebanyak 0.10 mata, dan daripada 78,612 calon yang menduduki Prinsip Perakaunan, seramai 48,193 atau 61.3 peratus layak menerima Sijil LCCI daripada Education Development International (EDI), United Kingdom.

Monday, March 18, 2013

Keputusan STPM 2012 Menunjukkan Peningkatan Berbanding Tahun Lalu

Tahniah kepada semua calon yang telah berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan STPM yang diumumkan keputusannya hari ini. Seramai 47,884 calon atau 92.67 peratus daripada 51,673 yang mengambil Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2012 mencatatkan keputusan lulus penuh bagi sekurang-kurangnya satu mata pelajaran dalam peperiksaan yang diduduki hujung tahun lalu.

Jumlah itu merupakan peningkatan sebanyak 0.48 peratus berbanding 46,705 calon pada tahun 2011 yang mendapat keputusan sama.

Menurut Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Prof. Datuk Dr. Mohd. Noh Dalimin berkata, daripada jumlah itu, seramai 2,709 calon mencapai keputusan lulus penuh untuk lima mata pelajaran manakala 21,779 calon pula lulus penuh empat mata pelajaran.

Seramai 10,029 calon (19.41 peratus) lagi lulus penuh tiga mata pelajaran, 7,299 calon (14.13  peratus) lulus penuh dua mata pelajaran dan 6,068 calon (11.47 peratus) lulus penuh satu mata  pelajaran.

Jumlah calon yang mendapat lulus penuh dalam lima dan empat mata pelajaran telah meningkat sebanyak 1,253 calon, iaitu daripada 23,246 calon (45.89 peratus) pada tahun 2011 kepada 24,488 calon  (47.39 peratus) bagi tahun lepas.

Seramai 18 calon telah mencapai keputusan cemerlang Gred A  dalam lima mata pelajaran yang diambil berbanding 12 calon pada tahun sebelumnya. Daripada jumlah itu, tujuh calon adalah pelajar aliran sains dan 11 lagi dari aliran  sastera.

Bilangan calon yang mengambil lima mata pelajaran dan mendapat empat Gred A pula adalah  sebanyak 53 calon manakala bilangan calon yang mengambil empat mata pelajaran dan mendapat empat Gred A  adalah sebanyak 379 calon.

Prestasi calon tahun 2012 adalah lebih baik berbanding tahun  sebelumnya, di mana min Purata Nilai Gred Keseluruhan (PGNK) negara meningkat kepada 2.24 daripada 2.22  pada 2011.

Pada 2012, seramai 442 calon (0.86 peratus) mendapat PGNK 4.00 berbanding 300 calon (0.59  peratus) pada tahun sebelumnya, iaitu meningkat sebanyak 142 calon.


Saturday, March 16, 2013

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2012 akan diumumkan pada hari khamis 21 Mac 2013

Kementerian Pelajaran mengumumkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2012 akan diumumkan pada hari khamis 21 Mac 2013. Para calon sudah boleh mendapatkan keputusan rasmi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mereka pada pukul 10 di sekolah masing-masing.

Keputusan calon persendirian SPM pula akan dimaklumkan melalui pos ataupun mereka boleh menghubungi sendiri Jabatan Pelajaran Negeri di negeri masing-masing.

Kepada calon yang tidak mempunyai kesempatan untuk mengambil keputusan di sekolah, keputusan SPM 2012 ini juga boleh disemak dengan mudah menerusi SMS. Caranya adalah seperti berikut


Semoga anda memperolehi keputusan yang cemerlang. Dan jangan lupa ucapkan terima kasih kepada ibu bapa dan semua guru-guru yang telah memberikan bimbingan, sokongan dan doa mereka sehingga anda berjaya dan mendapat keputusan yang cemerlang.
Enhanced by Zemanta

Wednesday, March 6, 2013

Identiti Nasional Hanya Pada Bahasa Melayu

Oleh Teo Kok Seng

bahasa melayuKenyataan bahawa bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Mandarin adalah bahagian penting kepada identiti nasional kita, selain dapat memperkasanya, adalah tidak tepat. Ia dibuat berlandaskan kecekapan sebahagian rakyat Malaysia dalam tiga bahasa ini. Justeru, dengan cepat, kecekapan dalam pelbagai bahasa ini dimaklumkan sebagai sebahagian identiti nasional kita.

Berdasarkan landasan nasionalisme identiti, hanya bahasa pribumi yang boleh dijadikan identiti nasional. Justeru, bahasa Melayu saja yang layak lagi sah menjadi identiti nasional rakyat dan negara Malaysia.

Tidak dapat dinafikan kebolehan linguistik ini adalah sesuatu yang baik. Namun, ia tidak boleh dikaitkan dengan persoalan identiti nasional, yang tidak boleh dengan sewenang-wenangnya dirumuskan tanpa mengambil kira unsur kepribumian yang juga prasyarat utamanya.

Keadaan linguistik yang memperlihat adanya rakyat Malaysia yang fasih dalam tiga bahasa ini, lebih cocok dikaitkan dengan profil linguistik nasional atau hal-hal seumpama ini. Lagipun, dengan tidak memasukkan bahasa Tamil pada identiti nasional seperti dimaklumkan itu, kaum India yang juga adalah bahagian penting dalam kependudukan Malaysia, pasti akan berasa kecil hati.

Memang benar bahasa Tamil tidak banyak diketahui oleh rakyat jika dibandingkan dengan bahasa Mandarin. Namun, kalaulah istilah identiti nasional itu ingin digunakan dari sudut kebahasaan atas dasar kewujudan kaum tertentu sebagai bahagian penting dalam kerakyatan Malaysia, bukan saja bahasa Tamil perlu ikut dimasukkan. Pelbagai bahasa lain, khususnya yang pribumi seperti bahasa Iban dan Kadazandusun pun perlu disertakan dalam identiti nasional kita.

Setia kepada tanah air

Konsep identiti nasional yang cuba merangsang perasaan kebersamaan dalam kalangan kita yang pelbagai kaum ini, agar memiliki kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada tanah air, berdasarkan satu bahasa pribumi saja, sebetulnya boleh dibahaskan, lebih-lebih lagi dalam konteks negara yang mempunyai kependudukan yang rencam. Perbahasan ini boleh menjadi sengit apabila gagasan tradisional tentang identiti nasional ingin terus diguna pakai, walhal dunia kini sedang mengalami perubahan pesat akibat proses globalisasi.

Namun, untuk negara kita, faktor kaum Melayu yang juga etnik dominan, baik dari segi sejarah mahupun perkembangan semasa, perlu diambil kira apabila identiti nasional disentuh dari apa-apa sudut juga, sama bahasa, budaya mahupun yang lain-lain. Sehubungan ini, etos kaum Melayu dalam beberapa hal, termasuk bahasa Melayu adalah sebahagian penting dalam Perjanjian Etnik atau Kontrak Sosial sewaktu kita mencapai kemerdekaan, dan kini dalam Perlembagaan Persekutuan.

Etos ini yang juga gagasan tradisional itu perlu terus dipertahan untuk menyatakan identiti nasional kita. Dengan ini, tidak harus timbul persoalan kalau bahasa Mandarin dan lain-lain bukan sebahagian identiti nasional. Apatah lagi bahasa Inggeris yang bukan bahasa etnik mana-mana puak signifikan di Malaysia. 

Sesungguhnya, bahasa Melayu selaku bahasa negara, lebih-lebih lagi dalam peranannya sebagai bahasa kebangsaan, adalah identiti nasional rakyat Malaysia. Ia bahasa pribumi selain bahasa etnik kaum majoriti lagi dominan di negara ini. Justeru, ia bukan saja lambang nasional dan indeks identiti setiap individu dan kelompok dalam kalangan rakyat Malaysia.

Bahasa bezakan rakyat

Yang lebih penting, bahasa Melayu mempunyai keupayaan membezakan rakyat Malaysia dengan warga dunia lain. Perbezaan inilah yang dikatakan identiti nasional. Dalam hal ini, bahasa Melayu menjadi pemisah antara rakyat Malaysia dengan rakyat Korea misalnya. Ini kerana kita dikaitkan dengan bahasa Melayu, manakala mereka dengan bahasa Korea. Dengan ini, melalui bahasa Melayu, wujudlah politi Malaysia yang tidak sama dengan yang dimiliki orang Korea dan lain-lain, sama ada sebagai bangsa ataupun negara.

Pada masa sama, bahasa Melayu adalah penyatu dalam kalangan rakyat Malaysia. Menerusinya, kita berkongsi ciri dan sifat, selain kepentingan yang sama. Melalui semua ini pula, walaupun kita berasal daripada pelbagai kumpulan etnik, kita sebenarnya disatukan oleh penerimaan dan penggunaan bahasa Melayu yang dikongsi bersama.

Walaupun bahasa Melayu identiti nasional, bahasa lain tidak dihalang penggunaannya. Tetapi untuk nasionalisme kebangsaan, bahasa Melayu perlu ditonjolkan secara tunggal, agar etos Melayu terus unggul di tanah watannya sendiri.

Penulis Profesor Linguistik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Sumber: Berita Harian
Enhanced by Zemanta

Monday, December 17, 2012

Bantuan Awal Persekolahan 2013

Di bawah Bajet 2013 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak September lalu, peruntukkan sebanyak RM540 juta telah diberikan bagi pemberian Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 bagi sesi persekolahan tahun 2013.

Bantuan ini bertujuan meringankan beban perbelanjaan persekolahan pada awal tahun yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga. Murid atau pelajar yang layak menerima bantuan tersebut mesti berstatus warganegara Malaysia, bersekolah kerajaan dan sekolah bantuan, murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau setaraf dengannya bagi persekolahan tahun 2013.

Kementerian Pelajaran akan mula mengagihkan wang bantuan khas awal persekolahan sebanyak RM100 kepada 10,019 sekolah rendah dan menengah di seluruh negara secara berperingkat bermula 15 Januari depan. Bahagian Pengurusan Maklumat kementerian itu memaklumkan, bayaran dibuat ke akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah atau akaun khas Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai akaun bank.

Mana-mana sekolah yang menerima kurang peruntukan, perlu membuat permohonan tambahan peruntukan beserta penyata bank sekolah dan jumlah yang diperlukan kepada Bahagian Kewangan kementerian secepat mungkin. Kementerian Pelajaran turut menegaskan bahawa sebarang pemotongan bantuan tersebut sama sekali tidak dibenarkan.

Bagi pelajar-pelajar yang akan berpindah sekolah, pihak sekolah hendaklah meletakkan cop 'telah bayar' bantuan khas RM100 pada borang perpindahan sekolah murid bagi mengelakkan berlakunya pertindihan agihan bantuan berkenaan di sekolah baharu nanti.

Bagi memastikan tidak ada murid yang tercicir daripada menerima bantuan tersebut, sekolah diminta mendahulukan peruntukkan sedia ada sekolah seperti wang SUWA atau lain-lain peruntukan sekiranya peruntukkan asal tidak mencukupi.

Thursday, December 13, 2012

Keputusan PMR 2012

Keputusan Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2012 akan diketahui pada hari rabu 19 Disember 2012. Semua murid-murid atau ibu bapa bolehlah mengambil keputusan di sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pagi. Cikgu doakan semoga anda semua beroleh keputusan yang cemerlang dan jangan putus asa sekiranya keputusan yang diterima tidak begitu memberangsangkan kerana anda masih mempunyai banyak lagi peluang untuk cemerlang dalam pelajaran.

Semakan juga boleh dibuat melalui SMS seperti berikut:

semak keputusan PMR 2012

Wednesday, November 28, 2012

Pentaksiran Berasaskan Sekolah - Beberapa Perkara Yang Anda Perlu Tahu

Pentaksiran Berasaskan Sekolah

1.   Apa itu SPPK/SPK?
SPPK ialah satu system pentaksiran pendidikan yang merangkumi pentaksiran yang dikendali secara bersama oleh Lembaga Peperiksaan dan pentaksiran yang dikendali oleh sekolah.
2.   Apa itu PBS?
PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah. PBS dirancang, ditadbir, diskor, direkod dan dilaporkan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. PBS dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan dalam pengajaran dan pembelajaran. Komponen PBS terdiri daripada Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum, dan Pentaksiran Psikometrik.
3.   Adakah konsep PBS ini sesuatu yang baru?
Konsep PBS bukanlah sesuatu yang baru, kerana pentaksiran inilah yang selama ini dilaksanakan oleh guru di sekolah (kerja rumah, projek, kuiz, soal-jawab dan lain-lain). PBS yang dicadangkan ini merupakan penambahbaikan kepada PBS yang telah sedia dilaksanakan dengan memperkenalkan pentaksiran merujuk standard dan didokmentasi.
4.    Apakah perbezaan antara SPPK dengan pentaksiran sedia ada?
Pentaksiran sedia ada
SPPK
Pentaksiran sekolah(PS)
Pencapaian murid tidak direkodkan
Pentaksiran sekolah
Pencapaian murid direkodkan
Pentaksiran pusat(PpP)
PLBS untuk matapelajaran Bahasa
Pentaksiran sekolah
Semua matapelajaran mempunyai komponen pentaksiran

PEKA untuk matapelajaran Sains di jalankan dan pencapaian murid direkodkan

Pusat dan pencapaian murid direkodkan
Tiada Pentaksiran aktiviti jasmani sukan dan kokurikulum (PAJSK)
Tiada pentaksiran ini
Ada PAJSK
Pencapaian murid direkodkan
Pentaksiran Psikometrik (pPSI)
Ada dalam komponen pentaksiran sekarang
pPSI dijalankan pada dua tahap iaitu tahun 3 dan tahun 6
Ada dalam komponen SPPK
Peperiksaan Pusat (PP)
Ada dalam komponen pentaksiran sekarang.Wajaran adalah 100%
Ada dalam komponen SPPK.Tetapi untuk matapelajaran TERAS.Wajaran 60%
40% merangkumi PS,PAJSK dan PP
SPPK bersifat holistic,system ini mentaksir aspek jasmani,emosi,rohani dan intelek(JERI).PBS member penekanan kepada kesemua aspek JERI.Ia akan mentaksir proses dan produk iaitu mengamal konsep assessment for learning dan assessment of leaning.PBS terdiri daripada empat komponen iaitu Pentaksiran pusat,pentaksiran sekolah,pentaksiran aktiviti jasmani,sukan dan kokurikulum dan pentaksiran psikometrik.Kesemua komponen ini ditadbir disekolah.
5.   Apakah komponen PBS?
PBS merangkumi empat komponen iaitu pentaksiran pusat,pentaksiran sekolah,pentaksiran aktiviti jasmani,sukan dan kokurikulum dan pentaksiran psikometrik.
6.   Apakah PBS akan menambah beban tugas guru?
Pihak LP telah menyediakan dua system aplikasi untuk membantu guru-guru.
7.   Kenapa PBS dilaksana? Kenapa sekarang?
Seiring dengan program transformasi negara untuk menghasilkan modal insan yang bertaraf dunia.
8.   Bila PBS mula dilaksanakan?
Mulai Tahun 1 pada 2011 dan penambahbaikan UPSR 2016. Mulai Tingkatan 1 pada 2012 dan PMR sepenuhnya pada 2014.
9.   Apakah asas pemilihan murid untuk kemasukan ke sekolah berasrama penuh?
Ujian khas kemasukan ke asrama penuh akan diperkenalkan dan akan diuruskan oleh Bahagian-bahagian KPM yang berkenaan.
10. Bagaimana penjaminan kualiti PBS dapat dilaksanakan?
Pementoran ialah satu usaha untuk memastikan wujudnya kefahaman di kalangan pentaksir supaya skor yang diperoleh mempunyai darjah kesahihan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Pementoran dijalankan secara berterusan bersama Jurulatih Utama pentaksiran dengan tujuan memantapkan dan menambahbaik pengetahuan, kefahaman dan kesefahaman berhubung perkara yang ditaksir, kriteria yang dirujuk, evidens yang dicari, instrumen yang digunakan dan kaedah pemberian skor.
Pemantauan ialah satu proses untuk mendapatkan maklumat dan memastikan pentaksiran dilaksanakan mengikut prosedur dan jadual yang ditetapkan agar mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan.
Pengesanan ialah proses menilai komponen Pentaksiran Pusat dari segi pencapaian objektif, kekuatan dan kelemahan instrumen serta impaknya untuk tujuan memperbaiki program Pentaksiran Pusat.
Penyelarasan diperingkat sekolah merujuk kepada proses pemberian skor kepada konstruk yang ditaksir berdasarkan skema pemarkahan. Ia adalah untuk memastikan keselarasan kefahaman terhadap konstruk dan skema pemarkahan tersebut. Sesi penyelarasan akan diatur mengikut prosedur yang ditetapkan dan akan diwakili oleh semua guru yang terlibat dengan PBS.
11. Apakah peranan Pentaksiran Psikometrik?
Maklumat yang bersifat akademik dan peribadi diperlukan untuk membantu pembelajaran murid.
Pentaksiran Psikometrik melengkapkan keperluan ini dengan mendapatkan data selain daripada pencapaian akademik. Maklumat yang memperihalkan kepelbagaian ciri peribadi dan potensi murid ini dapat memberi panduan kepada ibu bapa, guru dan murid untuk lebih memahami murid itu supaya pembelajaran boleh dipertingkatkan. Selain digunakan untuk mengenal pasti dan mengasah kebolehan atau bakat terpendam murid dapat dipertingkat dan dimanfaat manakala kelemahan murid dapat diperbaiki.
Pentaksiran Psikometrik boleh mengukur kebolehan semula jadi (innate ability) dan kebolehan yang diperoleh (acquired ability) daripada pengalaman dan persekitaran murid. Pentaksiran Psikometrik tidak berasaskan kurikulum dan proses pengajaran dan pembelajaran.
12. Apakah standard kurikulum?
Penyataan standard tentang apa yang murid patut tahu dan boleh buat seperti yang terkandung dalam KSSR:
-     standard kurikulum terdiri daripada standard kandungan dan standard pembelajaran
-     standard kandungan adalah apa yang murid patut tahu, faham dan boleh buat
-     standard pembelajaran adalah apa yang murid perlu belajar dan boleh dilihat melaui tingkah laku
13.  Apakah standard prestasi?
-     standard prestasi menunjukkan tahap penguasaan dan kualiti kerja murid
-     standard prestasi memberi makna kepada band yang dicapai murid
14.  Bolehkah pentaksiran yang dibuat guru dipercayai?
Guru merupakan orang yang paling sesuai untuk mentaksir murid masing-masing kerana mereka:
-     boleh memantau perkembangan murid secara berterusan
-     boleh member maklum balas yang membina untuk penambahbaikan pembelajaran murid
-     lebih memahami konteks yang sesuai dengan persekitaran dan perkembangan murid
-     mentaksir dan member maklum balas berpandukan standard prestasi
15. Apakah guru sudah bersedia untuk melaksanakn PBS?
Setiap guru merupakan guru terlatih yang mempunyai asas pengajaran dan pembelajaran tetapi akan diberikan pendedahan semula tentang pentaksiran berasaskan sekolah.
16. Bagaimana ibu bapa mendapat maklum balas mengenai perkembangan pembelajaran anak-anak mereka?
Laporan deskriptif dan formatif dapat dibuat melalui system aplikasi pada bila-bila masa sekiranya diperlukan.Sistem ini juga menyimpan maklumat perkembangan murid daripada Tahun 1 hinggalah ke Tingkatan 5 (life-time data base)
17. Apakah nilai UPSR dan PMR?
UPSR dan PMR dalam SPPK masih tetap bernilai dari segi pembentukan modal insan yang holistik tetapi tidak lagi high stake kerana pentaksiran dijalankan secara berterusan dan menyeluruh.
18. Adakah guru menggunakan standard dalam kurikulum atau standard prestasi untuk mengajar?
Guru hendaklah menggunakan standard dalam kurikulum untuk mengajar manakala menggunakan standard prestasi untuk mentaksir.
19. Bagaimana ibu bapa boleh memahami laporan yang disediakan?
Guru akan menerangkan perkembangan anak mereka berdasarkan evidens dan deskriptor dalam portfolio anak masing-masing. Laporan adalah berbentuk diskriptif.
20. Bagaimana PBS akan dilaksanakan jika kemudahan komputer dan internet tiada di sekolah?
Sistem akan desediakan dalam bentuk standalone dan data dihantar dalam bentuk text file dalam CD.
21. Bagaimana hasil pentaksiran berguna untuk murid?
Maklum balas yang diberi berdasarkan standard prestasi boleh membantu murid mengenalpasti kekuatan,kelemahan,kesilapan dan apa yang perlu dibaiki, bagaimana perlu diperbaiki untuk memberi hasil yang lebih baik.
Maklum balas yang memberi makna boleh membantu murid tentang tujuan dan perkembangan pembelajaran mereka. Keadaan inilah yang memberi motivasi untuk mencuba lagi bagi meningkatkan prestasi mereka di masa hadapan.
22. Apakah nilai PBS kepada murid-murid aliran agama?
Kerangka standard prestasi merangkumi penguasaan pengetahuan,kemahiran dan pengamalan adab tingkah laku. Jesteru, pentaksiran dilakukan untuk melihat perkembangan semua aspek pembangunan insan yang selama ini tidak ditaksir.
23. Apakah PMR akan digunakan sebagai indikator untuk pemilihan aliran di peringkat menengah atas?
Lima komponen pentaksiran dalam SPPK dapat memberi kepelbagaian maklumat secara komprehensif bagi membantu murid membuat pemilihan aliran yang lebig tepat.
24. Adakah PBS mengambil kira murid berkeperluan khas dalam pelaksanaannya?
PBS mengambil kira murid berkeperluan khas dengan menyediakan kaedah dan instrument pentaksiran yang sesuai dengan mereka.
25. Apakah peranan PAJSK dalam PBS?
PAJSK membekalkan maklumat sebagai pelengkap kepada kemenjadian murid yang seimbang dan harmonis, pencapaian, penglibatan dan penyertaan murid dalam aktiviti jasmani, kesihatan, sukan dan kokurikulum diambil kira sebagai sebahagia daripada wajaran 40% PBS untuk UPSR.

Sunday, October 7, 2012

Analisis soalan PMR 2005 - 2011: Kertas 1 pemahaman komsas dan kertas 2 penulisan

analisis soalan komsas

KERTAS 1: PEMAHAMAN KOMSAS

TAHUN ASPEK SOALAN
SOALAN 31-35 SOALAN 36-40
2005 Petikan cerpen. Sajak.
2006 Petikan Drama Syair
2007 Sajak Petikan cerpen
2008 Petikan Drama Puisi tradisional
2009 Petikan Prosa Tradisional Sajak
2010 Petikan Drama Pantun
2011 Petikan cerpen Sajak
2012??? Petikan Drama????? Syair/pantun????


KERTAS 2: PENULISAN

TAHUN BAHAGIAN A BAHAGIAN B BAHAGIAN C BAHAGIAN D
2005 Bahagian A(i): "Setahun menerajui negara"

Bahagian A(ii):  Tiga soalan pemahaman
Gambar:
Kitar Semula
Fakta
Laporan
Fakta
Pendapat
Syarahan
Novel tingkatan 1, 2 dan 3.
Latar masa, tempat dan masyarakat.
Contoh peristiwa bagi setiap latar
2006 Bahagian A(i): "Langkah-langkah berjimat cermat"

Bahagian A(ii):  Tiga soalan pemahaman
Rajah:
Kebaikan bergotong royong
Fakta
Surat tidak rasmi
Syarahan
Cerita
Perbahasan
Novel tingkatan 3.
3 perbandingan antara watak utama dengan watak sampingan
2007 Bahagian A(i): "sebab-sebab perubatan tradisional masih mendapat tempat di kalangan pengguna"

Bahagian A(ii):  Tiga soalan pemahaman
Gambar:
Aktiviti sempena pesta flora
Fakta
Perbincangan
Surat rasmi
Pendapat
Peribahasa
Novel tingkatan 2 dan 3.
Pengajaran:
Pernyataan: Kita hendaklah sentiasa mengamalkan sikap bantu membantu dalam kehidupan.
Empat contoh peristiwa berkaitan dengan pernyataan
2008 Bahagian A(i): "amalan-amalan baik dalam pemakanan"

Bahagian A(ii):  Tiga soalan pemahaman
Rajah:
Kesan banjir
Syarahan
Pendapat
Fakta
Keperihalan
Peribahasa
Novel tingkatan 3.
3 latar tempat dan contoh peristiwa
2009 Bahagian A(i): "tujuan pemberian kerja rumah"

Bahagian A(ii):  Tiga soalan pemahaman
Rajah:
Cara mengatasi kesesakan jalanraya
Fakta
Pendapat/ perbincangan
Laporan
Perbincangan
Peribahasa
Novel tingkatan 2.
Persoalan dan 3 contoh peristiwa
2010 Bahagian A(i): "kepentingan sukan dalam meningkatkan kecemerlangan murid"

Bahagian A(ii):  Tiga soalan pemahaman
Rajah:
Kesan pembalakan secara tidak terkawal
Keperihalan
Fakta
Syarahan
Perbincangan
Pendapat
Novel tingkatan 3.
Nilai dan 3 contoh peristiwa berkaitan dengan nilai
2011 Bahagian A(i): "cara-cara menangani masalah remaja"

Bahagian A(ii):  Tiga soalan pemahaman
Rajah:
Faedah-faedah memajukan industri pelancongan
Dialog
Perbincangan
Keperihalan
Fakta
Peribahasa
Novel tingkatan 3.
Perwatan utama dan 3 contoh peristiwa yang menggambarkan watak utama
2012??? Bahagian A(i): ?????

Bahagian A(ii):  Tiga soalan pemahaman
Rajah:

?????
Fakta
Laporan???
Surat rasmi??
Keperihalan??
Novel tingkatan 1 dan 2.
Tema ????
Pengajaran ???
Latar ?????

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...