Ad Code

Latihan Untuk Pelajar Lemah - Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan

LANGKAH 1:  MEMBACA SOALAN YANG DIBERIKAN

Carta di bawah menunjukkan sebahagian punca aktiviti lumba haram dalam kalangan remaja di Negara ini. Huraikan pendapat anda tentang punca-punca penglibatan remaja dalam lumba haram. Panjang huraian handaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.



SIKAP DIRI REMAJA

PENGARUH RAKAN SEBAYA


 PENGARUH MEDIA MASSA




LANGKAH 2: MENGENAL PASTI TEMA, TUGASAN DAN KUMPULAN SASARAN


Carta di bawah menunjukkan sebahagian punca aktiviti lumba haram dalam kalangan remaja di Negara ini. Huraikan pendapat anda tentangpunca-punca penglibatan remaja dalam lumba haram. Panjang huraian handaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

TAJUK: 

punca-punca penglibatan remaja dalam lumba haram.

TEMA:

 Lumba haram

KUMPULAN SASARAN:

Para remaja

TUGASAN:

 punca-punca penglibatan remaja dalam lumba haram

LANGKAH 3:   MENYENARAIKAN ISI KARANGAN BERDASARKAN BAHAN    RANGSANGAN


1.    Sikap diri remaja

·                     ·     Ingin mencuba

·     Tidak bertanggungjawab

·     Melanggar peraturan jalan raya

·     Ingin berseronok-seronok / suka membuang masa



2.    Pengaruh rakan sebaya

·       Taksub kepada rakan

·       Meniru apa saja yang rakan lakukan

·       Lemah jati diri



3.    Pengaruh media massa

·       Menyiarkan filem-filem lumba haram

·       Menonton aksi hero (hanya lakonan sahaja)

·       Meniru aksi dalam filem

·       Terdidik dengan memuja kehebatan hero



LANGKAH 4: MANULIS RANGKA KARANGAN DENGAN  LENGKAP


PENDAHULUAN

1.     Tema: Lumba haram

2.     Kumpulan Sasaran: Para remaja

3       Bahasa Indah: kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya

4.      Tugasan: Punca-punca penglibatan remaja dalam lumba haram


ISI-ISI JAWAPAN

1.      Sikap diri remaja

2.      Pengaruh rakan sebaya

3.      Pengaruh media massa


PENUTUP

1.      Ayat Pandangan:

Tuntasnya, terdapat pelbagai punca penglibatan remaja dalam lumba haram.


2.      Ayat Cadangan:

Sehubungan dengan itu, para remaja mestilah berusaha untuk mengelak diri daripada terlibat dalam kegiatan lumba haram ini.


3.      Bahasa Indah:

Perkara ini sangat bertepatan dengan peribahasa sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna lagi.


4.      Ayat Harapan

Oleh itu, lumba haram sifar hendaklah menjadi satu agenda negara sebelum menjelangnya tahun 2020 nanti.


LANGKAH 5: MENULIS PERENGGAN PENDAHULUAN


Ayat Tema

Belakangan ini, isu lumba haram semakin heboh diperkatakan oleh masyarakat dalam media massa di seluruh pelosok negara.


Ayat Kumpulan Sasaran:

Sehubungan dengan itu, para remaja mestilah menunjukkan keiltizaman yang tinggi untuk megatasi masalah dengan segera.


Bahasa Indah:

Perkara ini sangat bersesuaian dengan peribahasa kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.


Ayat Tugasan:

Persoalannya, apakah punca-punca penglibatan remaja dalam lumba haram?


LANGKAH 6: MENULIS PERENGGAN ISI KARANGAN

Isi 1: Sikap diri remaja


Ayat Topik

Pada pandangan saya, antara punca penglibatan remaja dalam lumba haram ialah sikap diri remaja.


Ayat Huraian                 

Hal ini demikian kerana, para remaja mempunyai perasaan ingin mencuba dan suka berseronok-seronok yang sangat tinggi walaupu aktiviti itu berbahaya.


Ayat Simpul

Tegasnya, sikap diri remaja itu telah menyebabkab berlakunya lumba haram di negara ini.


Isi 2: Pengaruh rakan sebaya


Ayat Topik

Selain itu, pengaruh rakan sebaya juga merupakan salah satu punca pengibatan remaja dalam lumba haram di seluruh negara.


Ayat Huraian                 

Hal ini dikatakan demikian kerana, remaja kini terlalu taksub kepada rakan dan lemah jati diri sehingga mereka berani melakukan aktiviti itu.


Ayat Simpul                  

Jelaslah bahawa, penglibatan remaja dalam lumba haram adalah disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya.


Isi 3: Pengaruh Media Massa


Ayat Topik

Di samping itu, punca lain penglibatan remaja dalam lumba haram di seluruh negara ialah pengaruh media massa.


Ayat Huraian                 

Hal ini demikian kerana, ramai remaja telah meniru aksi hero dalam filem mat rempit yang mereka tonton di kaca televisyen seperti filem Bohsia dan KL Menjerit.


Ayat Simpul                  

Saya optimis, pengaruh media massa telah menyebabkan penglibatan remaja dalam lumba haram semakin meningkat.


LANGKAH 7: MENULIS PERENGGAN PENUTUP


Ayat Pandangan:

Tuntasnya, terdapat pelbagai punca penglibatan remaja dalam lumba haram.


Ayat Cadangan:

Sehubungan dengan itu, para remaja mestilah berusaha untuk mengelak diri daripada terlibat dalam kegiatan lumba haram ini.


Bahasa Indah:

Perkara ini sangat bertepatan dengan peribahasa sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna lagi.


Ayat Harapan

Oleh itu, para remaja hendaklah mengelakkan diri daripada terlibat dalam lumba haram agar .


CONTOH KARANGAN LENGKAP


Belakangan ini, isu lumba haram semakin heboh diperkatakan oleh masyarakat dalam media massa di seluruh pelosok negara.Sehubungan dengan itu, para remaja mestilah menunjukkan keiltizaman yang tinggi untuk megatasi masalah dengan segera. Hal ini sangat bersesuaian dengan peribahasa kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Persoalannya, apakah punca-punca penglibatan remaja dalam lumba haram?

Pada pandangan saya, antara punca penglibatan remaja dalam lumba haram ialah sikap diri remaja. Hal ini demikian kerana, para remaja mempunyai perasaan ingin mencuba dan suka berseronok-seronok yang sangat tinggi walaupu aktiviti itu berbahaya. Tegasnya, sikap diri remaja itu telah menyebabkab berlakunya lumba haram di negara ini.

Selain itu, pengaruh rakan sebaya juga merupakan salah satu punca pengibatan remaja dalam lumba haram di seluruh negara. Hal ini dikatakan demikian kerana, remaja kini terlalu taksub kepada rakan dan lemah jati diri sehingga mereka berani melakukan aktiviti itu.  Jelaslah bahawa, penglibatan remaja dalam lumba haram adalah disebabkan pengaruh rakan sebaya.

Di samping itu, punca lain penglibatan remaja dalam lumba haram di seluruh negara ialah pengaruh media massa. Hal ini demikian kerana, ramai remaja telah meniru aksi hero dalam filem mat rempit yang mereka tonton di kaca televisyen seperti filem Bohsia dan KL Menjerit..Saya optimis, pengaruh media massa telah menyebabkan penglibatan remaja dalam lumba haram semakin meningkat.

Tuntasnya, terdapat pelbagai punca penglibatan remaja dalam lumba haram. Sehubungan dengan itu, para remaja mestilah berusaha untuk mengelak diri daripada terlibat dalam kegiatan lumba haram ini.Perkara ini sangat bertepatan dengan peribahasa sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna lagi. Oleh itu, lumba haram sifar hendaklah menjadi satu agenda negara sebelum menjelangnya tahun 2020 nanti.

                                       

Dicatat oleh abu haziq alkori di 6:21 PTG 


Post a Comment

8 Comments

  1. kepada sesiapa yang post ni aku nak ucap terima kasih banyak banyak ! akhirnya tahulah sikit macam mana nak buat karangan bahangian A ni

    ReplyDelete
  2. btw karangan ni mantap aku suka

    ReplyDelete
  3. ade contoh karangan tajuk "bukti perasaan sayang akan negara" tak.

    ReplyDelete
  4. dh dkt spm ni baru tau sikit cara nak jwb, terima kasih kpd yg post ni. sngt membantu

    ReplyDelete