Jom Tambah Kosa kata - BAHASA ITU INDAH. BAHASA JIWA BANGSA

Monday, May 7, 2012

Jom Tambah Kosa kata



Dukuh. (dukuh: kampung kecil yang terpencil, dusun).
     Dusun tempat dia tinggal tidak ada langsung kemudahan telefon.
     Dukuh tempat dia tinggal tidak ada langsung kemudahan telefon

Faharasat (faharasat: senarai (daftar), katalog).
     Setiap pelanggan kedai itu dibekalkan dengan senarai barangan yang dijual.
     Setiap pelanggan kedai itu dibekalkan denganfaharasat barangan yang dijual

Gharib (gharib: aneh, asing, jarang-jarang ditemukan atau diperolehi, ganjil).
     Penemuan hasil kajian ahli sains muda itu agak ganjil dan baharu dalam dunia sains.
     Penemuan hasil kajian ahli sains muda itu agak gharib dan baharu dalam dunia sains

Jatah.(jatah: kuota atau jumlah had tertentu bagi tujuan tertentu).
     Kemasukan pelajar luar negara di kolej itu tidak memenuhi kuota yang ditetapkan.
     Kemasukan pelajar luar negara di kolej itu tidak memenuhi jatah yang ditetapkan

Makar (makar: tipu muslihat, akal buruk).
     Dengan segala tipu muslihatnya, Atan berjaya meloloskan diri daripada penculiknya.
     Dengan segala makarnya, Atan berjaya meloloskan diri daripada penculiknya

Mulus (mulus: jujur, suci hati, tulus).
     Sikap jujurnya amat sesuai dengan perwatakannya yang lemah lembut.
     Sikap mulusnya amat sesuai dengan perwatakannya yang lemah lembut

Manai.(manai: pucat).
     Muka Suhaila menjadi pucat apabila dimarahi oleh majikannya.
     Muka Suhaila menjadi manai apabila dimarahi oleh majikannya

Orak-arik (orak-arik: kacau-bilau).
     Keadaan menjadi kacau-bilau apabila mereka terdengar bunyi letepun dan gegaran yang kuat berlaku di Pekan itu.
     Keadaan menjadi orak-arik apabila mereka terdengar bunyi letepun dan gegaran yang kuat berlaku di pekan itu

Prangko. (prangko: setem).
     Setem dari pelbagai negara seluruh dunia menjadi koleksi peribadi yang amat berharga baginya.
     Prangko dari pelbagai negara seluruh dunia menjadi koleksi peribadi yang amat berharga baginya

Sangai (sangai: tudung saji).
     Sebaik-baik pulang dari sekolah, Abu terus ke dapur dan mengangkat tudung saji.
     Sebaik-baik pulang dari sekolah, Abu terus ke dapur dan mengangkat sangai


Sumber: Resam Melayu

No comments:

Post a Comment