Cuba ikuti tips ini agar anda mudah ingat apa yang cikgu ajar di dalam kelas. Memang sukar untuk mengingati semua pelajaran yang di ajar terutama jika anda tidak fokus atau suka mengelamun ketika cikgu sedang mengajar. Mudah-mudahan tips ini dapat membantu anda agar lebih fokus ketika belajar dan seterusnya mudah mengingati apa yang cikgu ajar di dalam kelas.
1 | ABAIKAN SEMUA YANG LAIN |
Apabila cikgu mula mengajar, hentikan semua perkara yang lain. Berhenti dari mencar buku, mengasah pencil, berhenti menyuruh orang lain diam, berhenti dari mengikat tali kasut dan sebagainya. Beri tumpuan 100% kepada penerangan guru. Ini RAHSIA PALING BESAR pelajar cemerlang! | |
2 | TEKA, APA CIKGU AKAN AJAR |
Sebelum cikgu mula mengajarsesuatu topik, tanya dalam minda
| |
3 | CONTENG KERTAS KOSONG |
Semasa cikgu sedang mengajar, jika ada soalan keluar dalam minda anda mengenai apa yang anda tidak faham, contengkan di atas kertas kosong. Apa yang anda faham semasa cikgu mengajar juga tanda di atas kertas kosong. | |
4 | BAYANGKAN APA YANG SEDANG CIKGU AJAR |
Jika kita tidak bayangkan apa yang cikgu sedang ajar, kita akan terbayangkan benda yang lain. Membayangkan benda lain semasa cikgu sedang mengajar ini dinamakan Berangan-angan atau berkhayal dalam kelas. Bayangkan apa yang sedang cikgu ajarkan atau apa yang cikgu sedang terangkan. | |
5 | CEPAT-CEPAT BUAT LATIHAN |
Soalan dari latihan boleh menentukan samada murid-murid faham atau tidak. Lebih banyak faham, lebih banyak kita akan ingat. Apabila terjumpa soalan yang tidak dapat kita jawab atau tidak faham, tuliskan soalan di atas kertas untuk ditanyakan kepada cikgu. | |
6 | MINTA BANTUAN GURU SETELAH MENCUBA |
Ada pelajar bertanya kepada cikgu sebelum dia cuba menjawab soalan bersungguh-sungguh. Ini menyebabkan dia mudah lupa, Buat dulu, fikir dulu dan cuba jawab dulu dengan bersungguh-sungguh, kemudian baru bertanya. | |
7 | BACA SEMULA APA YANG CIKGU AJAR SEBELUM 48 JAM |
Kajian saintis menunjukkan jika pelajar belajar 10 perkara hari ini, mereka akan lupa 9 daripadanya selepas 2 hari. Cara mengatasinya ialah selepas belajar, baca semula atau ulangkaji semula. Kita akan lebih mudah ingat dan pasti TIDAK MUDAH LUPA | |
Sumber: Osman Affan Smartstudy
1 Comments
nak try ni lah....semoga saye dpt 5 A...
ReplyDelete