![]() |
| Penduduk Malaysia terdiri dari berbagai kaum |
Dalam hal ini, perpaduan kaum amat
penting untuk mengekalkan kestabilan politik. Kestabilan politik dalam
setiap jabatan amat perlu bagi menjamin keutuhan struktur pentadbiran
Malaysia. Fungsi pentadbiran Negara pula perlu dilaksanakan secara
sistematik kerana banyak negara luar yang gemar berurusan dengan
pemimpin Malaysia. Impak positif yang berlaku ialah Negara Malaysia
dapat melebarkan ruang lingkup jalinan persahabatan dan perdagangan
bagi mencakupi arena global. Umpamanya, kestabilan politik di Johor
telah memberi keyakinan kepada pelabur-pelabur asing untuk melabur di
Malaysia bagi membangunkan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI). Oleh
itu, perpaduan kaum yang telah menyumbang ke arah kestabilan politik
memberi pulangan yang lumayan kepada Malaysia bak kata pepatah Melayu’
pucuk dicta, ulam mendatang’ kerana kedua-duanya memberikan faedah kepada
Malaysia.
Seperkara lagi, perpaduan kaum dapat
menjamin Negara Malaysia. Amnya mengetahui bahawa Malaysia terdiri
daripada berbilang bangsa di mana majoriti rakyatnya terdiri daripada
bangsa Melayu, Cina dan India yang mempunyai pelbagai adat resam, agama
dan kepercayaan sejak lima dekad yang lalu. Pemimpin-pemimpin yang lalu
seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock, Tun Sambathan serta ramai
pemimpin berwibawa yang lain telah berunding dan bertolak ansur untuk
mencapai perpaduan demi sebuah negara yang tercinta. Kini, sudah menjadi
tanggungjawab kita untuk terus memelihara perpaduan yang telah kita
warisi sejak zaman-berzaman lagi. Melalui perpaduan dan
keharmonian, Malaysia telah mengorak langkah serta melalui satu fasa
perubahan yang drastik sehingga kita standing dengan negara-negara maju
yang lain dan dikagumi oleh seluruh pelusok dunia. Tambahan pula, ada
segelintir pemimpin dunia yang menjadikan Malaysia sebagai suri teladan
untuk membentuk perpaduan rakyat mereka seterusnya mencetuskan
keharmonian negara,
Dalam nada yang sama, perpaduan kaum amat
penting bagi merapatkan jurang perbezaan ekonomi pelbagai kaum di
Malaysia. Melalui penemuan satu formulasi ekonomi iaitu Dasar Ekonomi
Baru (DEB) yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-
2, Allahyarham Tun Abdul Razak pada tahun 1970, beliau berjaya merungakai
satu masalah yang membelenggu rakyat Malaysia yang mana, pada masa itu
satu kaum telah memusuhi kaum yang lain dalam peristiwa berdarah 13 Mei
1969. Impak positif daripada formulasi ini, wujud semangat bertolak-ansur
dalam kalangan rakyat dalam usaha membasmi kemiskinan. Tindakan ini juga
jelas dapat dilihat apabila pihak kerajaan sendiri berusaha meningkatkan
taraf kehidupan golongan miskin melaui proses memodenkan kawasan luar
bandar. Intihanya, usaha merapatkan jurang ekonomi antara kaum amat
penting dalam usaha memupuk perpaduan kaum.
Akhirulkalam, tanggungjawab menyemai
benih perpaduan dalam diri setiap individu menjadi tugas rakyat Malaysia
bersama-sama. Moga-moga usaha yang telah dilakukan oleh
pemimpin-pemimpin terdahulu dihargai oleh kita dengan terus memupuk
sikap bersatu-padu tanpa mengira latar belakang agama, bangsa, maupun
budaya. Oleh itu marilah sama-sama kita menghayati cogan kata ‘bersatu
teguh, bercerai roboh’ dalam usaha meningkatkan lagi kesedaran kita
tentang peri penting hidup bersatu-padu.
Sumber: Newborn blogger
Sumber: Newborn blogger































0 comments:
Post a Comment