| Berikut adalah contoh soalan untuk menentukan peribahasa yang sama maksudnya. Peribahasa-peribahasa berikut mempunyai makna yang hampir sama, kecuali | |
| A | sediakan payung sebelum hujan. |
| B | ingat sementara belum kena, jimat sementara belum habis. |
| C | sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. |
| D | mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan. |
Maksud peribahasa | |
sediakan payung sebelum hujan bermaksud berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana. | |
| ingat sementara belum kena, jimat sementara belum habis bermaksud selalu waspada dan hati-hati; harus berusaha, jangan sampai terlambat. | |
| sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna bermaksud berfikirlah dengan teliti sebelum melakukan sesuatu supaya tidak timbul kesal akibat berbuatan itu. | |
| mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan bermaksud mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum pasti. Keuntungan yang pasti dilepaskan. | |
| Peribahasa A, B, dan C membawa maksud yang sama iaitu berjaga-jaga, berfikir dengan teliti atau berwaspada. Jawapan untuk soalan ini ialah D | |
0 Comments