Ad Code

Penangguhan PBS Mendapat Reaksi Positif

Sistem PBS

Pelaksanaan sistem aplikasi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) akan dikaji semula selepas selepas pelbagai aduan diterima daripada golongan guru.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Kementerian Pendidikan perlu mengkaji semula pelaksanaannya ekoran pelbagai masalah dalam urusan merekodkan butiran dalam pangkalan data pengkomputeran sistem berkenaan.

"Buat masa ini, sistem aplikasi PBS itu ditangguh sehingga April depan, namun, guru masih perlu menjalankan kerja-kerja merekodkan butiran dan pelbagai perkara yang berkaitan PBS secara manual tanpa menggunakan komputer," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan guru-guru di Sekolah Menengah Presint 8(1), Putrajaya.

Keputusan kerajaan untuk mengkaji semula Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) secara menyeluruh mendapat respon positif dari kalangan guru.

Kebanyakannya menganggap kajian semula itu akan membantu meningkatkan kualiti pelaksanaan PBS.

Tindakan kerajaan untuk menangguhkan PBS adalah satu langkah yang tepat dalam menambahbaik sistem berkenaan. Masalah kesukaran memasukkan maklumat ke dalam pangkalan data menjadi cabaran utama kepada guru yang mengendalikan PBS.

Mereka berpendapat sistem ini perlu diperbaiki lagi dan kalau boleh tidak perlu dibuat menggunakan internet kerana, bagi kawasan sekolah yang ada masalah liputan internet, ia lebih membebankan guru berkenaan untuk menyiapkan PBS.

PBS mula diperkenalkan pada tahun 2011 dan mula dikuatkuasakan pada tahun 2014 bermula dengan para pelajar tingkatan tiga, yang mana mereka tidak perlu lagi menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) seperti tahun-tahun sebelum ini.

Sistem ini mempunyai pelbagai masalah sehingga menyebabkan guru-guru terbeban dengan tugasan melampau.

Selepas dibantah secara terbuka oleh para guru, barulah kerajaan mengumumkan ianya ditangguhkan.

Post a Comment

0 Comments