Ad Code

Kementerian Pendidikan bercadang memperkenalkan bahasa Mandarin, bahasa Tamil di sekolah



Kementerian Pelajaran bercadang untuk memperkenalkan bahasa Mandarin dan Tamil sebagai mata pelajaran di sekolah-sekolah .

Menteri Pelajaran Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh (gambar) berkata, kementerian itu berharap untuk mewujudkan keseimbangan dalam penguasaan bahasa antara kaum di negara ini.

"Pada masa ini kami hanya memberi penekanan kepada bahasa Inggeris, Kemahiran Berfikir dan mata pelajaran lain ," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata rancangan itu terpaksa dikaji dari semua sudut sebelum ia boleh dilaksanakan.

Sementara itu, Idris berkata kerajaan akan mengumumkan pada akhir bulan ini, keputusan sama ada untuk meneruskan atau tidak penilaian berasaskan sekolah ( PBS).

Beliau mengulangi bahawa PBS bertujuan untuk meringankan beban guru.

"Ia kini sedang diperkemaskan dan dipertingkatkan. Kami akan memastikan bahawa PBS baru akan meringankan beban guru dan memberikan mereka lebih banyak masa untuk mengajar, " katanya.

Kementerian itu memutuskan minggu lepas untuk menangguhkan PBS berikutan bantahan awam.

Di petik dari - Bernama , 1 Mac , 2014.

Post a Comment

0 Comments