Soalan Pertengahan Tahun 2011 Bahasa Melayu Kertas 1. Soalan 22 - 30 - BAHASA ITU INDAH. BAHASA JIWA BANGSA

Sunday, July 3, 2011

Soalan Pertengahan Tahun 2011 Bahasa Melayu Kertas 1. Soalan 22 - 30

Soalan 22-24
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal
22. Negara kita mencapai kemerdekaan atas semangat dan daya usaha
rakyat yang
inginkan kebebasan daripada pemerintahan kolonial
.

A Penjajah telah memberikan kemerdekaan kepada rakyat negara ini yang
mempunyai semangat dan daya usaha.

B Kemerdekaan Berjaya dicapai kerana adanya semangat dan daya juang
rakyat yang ingin bebas daripada penjajah .

C Rakyat perlu mempunyai semangat dan gigih berusaha untuk mencapai kemerdekaan daripada pemerintahan kolonial.

D Semangat dan kesungguhan merupakan faktor penting untuk mencapai kemerdekaan daripada pemerintahan kolonial.


Jawapannya : B

23. "Kamu tidak sepatutnya berada di sini, sekarang waktu
persekolahan," kata anggota polis itu kepada kumpulan pelajar
yang melepak di taman.

A Anggota polis itu mengarahkan kumpulan pelajar yang melepak di taman itu pergi ke sekolah.

B Anggta polis yang berada di taman itu meminta pelajar pergi ke sekolah kerana waktu persekolahan telah tiba.

C Kumpulan pelajar yang melepak di taman itu sepatutnya pergi ke sekolah setelah diajak oleh anggota polis.

D Anggota polis itu mengingatkan kumpulan pelajar yang melepak di taman bahawa mereka sepatutnya berada di sekolah pada waktu itu.


Jawapannya : D

24. Rakyat negara ini perlu memajukan bidang pertanian dalam usaha mengurangkan pergantungan bahan makanan dari luar negara.

A Usaha memajukan bidang pertanian wajar diberikan perhatian oleh rakyat negara ini bagi mengurangkan pergantungan bahan makanan dari luar negara.

B Rakyat negara ini diseru agar meningkatkan usaha mengurangkan pergantungan bahan makanan dari luar negara.

C Rakyat negara ini tidak harus bergantung pada bahan makanan yang diimport jika ingin memajukan bidang pertanian .

D Pergantungan terhadap bahan makanan dari luar negara perlu dikurangkan oleh rakyat negara ini dalam usaha untuk memajukan bidang pertanian .


Jawapannya : A

Soalan 25- 27
Pilih ayat-ayat yang betul.
25 I Pertanyaan saya tentang masalah itu masih belum berjawab lagi.

II Ibu bapa hendaklah sentiasa mengambil berat terhadap pelajaran anak.

III Yang berbaju kurung itu ialah adik saya yang bongsu.

IV Program Rukun Tetangga dapat mempererat hubungan antara kaum di Malaysia


A I dan II sahaja


B I dan lVsahaja


C I, III dan IV sahaja


D II, III dan IV sahaja



Jawapannya : C

26 I Kerani itu sibuk mengemas kini maklumat pekerja untuk diserahkan kepada pengurusnya.

II "Mana baju yang kamu berkenan, ambillah," kata ayah kepadaku. 

III Kes buli pelajar tingkatan satu akan dibincangkan dalam mesyuarat guru pada hari ini.

IV Gerakan besar-besaran dilancarkan oleh polis bagi menangkap penjenayah di negara ini.


A I dan III sahaja


B II dan III sahaja


C I, II dan IV sahaja


D I, III dan IV sahaja



Jawapannya : A

27 I Saya sempat mengemas bilik tidur sebelum berangkat ke sekolah

II Setiap orang warganegara hendaklah memberikan sumbangan kepada nusa dan bangsa 

III Abang dihadiahi seutas jam tangan oleh ayah sempena ulang tahunnya yang ke-15

IV Sorak-sorai penonton di stadium itu kedengaran hingga ke rumah saya.


A I dan II sahaja


B I dan III sahaja


C II dan IV sahaja


D III dan IV sahaja



Jawapannya : D

Soalan 28- 30
Pilih peribabasa atan maksud peribabasa yang paling sesuai bagi pernyataan-pernyataan yang berikut.

28 Harapannya untuk memperisteri Manisah hampa apabila dihalang oleh kedua-dua orang ibu bapanya. Peribahasa yang sesuai dengan situasi tersebut dapat digambarkan seperti:

A
Pungguk rindukan bulan 

B Abu di atas tunggul

C Kacang lupakan kulit

D Kaca terhempas ke batu



Jawapannya : D

29 Walaupun berpendapatan kecil, dia tetap berbelanja mewah setiap hari.

A
Besar pasak dari tiang

III Besar periuk besar keraknya.

IV Ukur baju di badan sendiri

D Belum duduk sudah berlunjur



Jawapannya : A

30
Setinggi-tinggi terbang bangau hinggap di atas belakang kerbau juga
Peribahasa di atas bermaksud

A Seseorang yang kehilangan tempat bergantung

B Orang yang suka melakukan pekerjaan yang sia-sia.

C Perselisihan faham yang sering berlaku antara adik-beradik.

D Walaupun ke mana pergi, akhimya kembali ke tempat asal.



Jawapannya : D

No comments:

Post a Comment