Soalan Pertengahan Tahun 2011 Bahasa Melayu Kertas 1. Soalan 18 - 21 - BAHASA ITU INDAH. BAHASA JIWA BANGSA

Saturday, June 25, 2011

Soalan Pertengahan Tahun 2011 Bahasa Melayu Kertas 1. Soalan 18 - 21

Soalan 18 - 21
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.
Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.

18. Atas usahanya yang gigih, Mimi telah memperoleh kejayaan pertama kali menjuarai pertandingan pidato peringkat negeri.
A memperoleh kejayaan kali pertama
B memperolehi kejayaan pertama kali
C memperolehi kejayaan kali pertama
D memperoleh kejayaan pertama kali
Jawapannya : A

19. Kejadian ragut semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini terutamanya di kawasan bandar.
A semakin menjadi-jadi
B kian menjadi
C sering menjadi-jadi
D kian menjadi-jadi
Jawapannya : A

20. Pembangunan yang pesat haruslah disertai dengan langkah-langkah memelihara alam  sekitar dari pencemaran.
A memelihara alam persekitaran daripada
B memelihara alam persekitaran dari
C memelihara alam sekitar daripada
D memelihara alam sekitar dari
Jawapannya : C

21 "Buku cerita yang sava telah beli ada dengan kawan saya," kata Aziz.
A telah saya beli dengan
B telah saya beli pada
C saya telah beli ada pada
D saya telah beli ada dengan
Jawapannya : B

No comments:

Post a Comment