Soalan 22-24 Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal | ||
| 22. | Negara kita mencapai kemerdekaan atas semangat dan daya usaha rakyat yang inginkan kebebasan daripada pemerintahan kolonial. | |
| A | Penjajah telah memberikan kemerdekaan kepada rakyat negara ini yang mempunyai semangat dan daya usaha. | |
| B | Kemerdekaan Berjaya dicapai kerana adanya semangat dan daya juang rakyat yang ingin bebas daripada penjajah . | |
| C | Rakyat perlu mempunyai semangat dan gigih berusaha untuk mencapai kemerdekaan daripada pemerintahan kolonial. | |
| D | Semangat dan kesungguhan merupakan faktor penting untuk mencapai kemerdekaan daripada pemerintahan kolonial. | |
| Jawapannya : B | ||
| 23. | "Kamu tidak sepatutnya berada di sini, sekarang waktu persekolahan," kata anggota polis itu kepada kumpulan pelajar yang melepak di taman. | |
| A | Anggota polis itu mengarahkan kumpulan pelajar yang melepak di taman itu pergi ke sekolah. | |
| B | Anggta polis yang berada di taman itu meminta pelajar pergi ke sekolah kerana waktu persekolahan telah tiba. | |
| C | Kumpulan pelajar yang melepak di taman itu sepatutnya pergi ke sekolah setelah diajak oleh anggota polis. | |
| D | Anggota polis itu mengingatkan kumpulan pelajar yang melepak di taman bahawa mereka sepatutnya berada di sekolah pada waktu itu. | |
| Jawapannya : D | ||
| 24. | Rakyat negara ini perlu memajukan bidang pertanian dalam usaha mengurangkan pergantungan bahan makanan dari luar negara. | |
| A | Usaha memajukan bidang pertanian wajar diberikan perhatian oleh rakyat negara ini bagi mengurangkan pergantungan bahan makanan dari luar negara. | |
| B | Rakyat negara ini diseru agar meningkatkan usaha mengurangkan pergantungan bahan makanan dari luar negara. | |
| C | Rakyat negara ini tidak harus bergantung pada bahan makanan yang diimport jika ingin memajukan bidang pertanian . | |
| D | Pergantungan terhadap bahan makanan dari luar negara perlu dikurangkan oleh rakyat negara ini dalam usaha untuk memajukan bidang pertanian . | |
| Jawapannya : A | ||
Soalan 25- 27 Pilih ayat-ayat yang betul. | ||||||
| 25 | I | Pertanyaan saya tentang masalah itu masih belum berjawab lagi. | ||||
| II | Ibu bapa hendaklah sentiasa mengambil berat terhadap pelajaran anak. | |||||
| III | Yang berbaju kurung itu ialah adik saya yang bongsu. | |||||
| IV | Program Rukun Tetangga dapat mempererat hubungan antara kaum di Malaysia | |||||
| A | I dan II sahaja | |||||
| B | I dan lVsahaja | |||||
| C | I, III dan IV sahaja | |||||
| D | II, III dan IV sahaja | |||||
Jawapannya : C | ||||||
| 26 | I | Kerani itu sibuk mengemas kini maklumat pekerja untuk diserahkan kepada pengurusnya. | ||||
| II | "Mana baju yang kamu berkenan, ambillah," kata ayah kepadaku. | |||||
| III | Kes buli pelajar tingkatan satu akan dibincangkan dalam mesyuarat guru pada hari ini. | |||||
| IV | Gerakan besar-besaran dilancarkan oleh polis bagi menangkap penjenayah di negara ini. | |||||
| A | I dan III sahaja | |||||
| B | II dan III sahaja | |||||
| C | I, II dan IV sahaja | |||||
| D | I, III dan IV sahaja | |||||
Jawapannya : A | ||||||
| 27 | I | Saya sempat mengemas bilik tidur sebelum berangkat ke sekolah | ||||
| II | Setiap orang warganegara hendaklah memberikan sumbangan kepada nusa dan bangsa | |||||
| III | Abang dihadiahi seutas jam tangan oleh ayah sempena ulang tahunnya yang ke-15 | |||||
| IV | Sorak-sorai penonton di stadium itu kedengaran hingga ke rumah saya. | |||||
| A | I dan II sahaja | |||||
| B | I dan III sahaja | |||||
| C | II dan IV sahaja | |||||
| D | III dan IV sahaja | |||||
Jawapannya : D | ||||||
Soalan 28- 30 Pilih peribabasa atan maksud peribabasa yang paling sesuai bagi pernyataan-pernyataan yang berikut. | |||||||
| 28 | Harapannya untuk memperisteri Manisah hampa apabila dihalang oleh kedua-dua orang ibu bapanya. Peribahasa yang sesuai dengan situasi tersebut dapat digambarkan seperti: | ||||||
| A | Pungguk rindukan bulan | ||||||
| B | Abu di atas tunggul | ||||||
| C | Kacang lupakan kulit | ||||||
| D | Kaca terhempas ke batu | ||||||
Jawapannya : D | |||||||
| 29 | Walaupun berpendapatan kecil, dia tetap berbelanja mewah setiap hari. | ||||||
| A | Besar pasak dari tiang | ||||||
| III | Besar periuk besar keraknya. | ||||||
| IV | Ukur baju di badan sendiri | ||||||
| D | Belum duduk sudah berlunjur | ||||||
Jawapannya : A | |||||||
| 30 |
| ||||||
Peribahasa di atas bermaksud
| A | Seseorang yang kehilangan tempat bergantung | |||||
| B | Orang yang suka melakukan pekerjaan yang sia-sia. | |||||
| C | Perselisihan faham yang sering berlaku antara adik-beradik. | |||||
| D | Walaupun ke mana pergi, akhimya kembali ke tempat asal. | |||||
Jawapannya : D | ||||||
0 Comments