Ad Code

Kertas 1 Soalan 31 - 40

Soalan 31 – 35
Pemahaman Prosa (KOMSAS)

Soalan 36 – 40
Pemahaman Puisi (KOMSAS)
  • Pelajar perlu membaca petikan dengan teliti sekurang-kurangnya dua kali. Jangan hanya membaca ayat atau perenggan yang berkaitan dengan soalan sahaja.
  • Kemudian, bacalah soalan-soalan dan setiap jawapan pilihan dengan teliti.
  • Fahamilah maksud penggunaan kata dan frasa seperti kecuali, antara berikut, pernyataan yang benar, pernyataan yang tidak benar, perkara utama, mesej, pengajaran,
    tema, nilai murni, dan sebagainya. Jika kata atau frasa ini tidak difahami secara jelas, maka pelajar akan membuat kesilapan semasa mencari jawapan.
  • Secara umumnya, soalan-soalan ini berdasarkan tiga bentuk, iaitu:
        1.  Soalan pemahaman berdasarkan petikan;
        2.  Soalan pemahaman KOMSAS berdasarkan petikan;
        3.  Soalan pemahaman KOMSAS berdasarkan keseluruhan prosa atau puisi.


Soalan (a)
  • Pelajar dikehendaki mencari jawapan berdasarkan isi petikan sahaja. Cuba kenal pasti jawapannya dalam setiap perenggan atau setiap rangkap.
Soalan (b)
  • Pelajar dikehendaki mengenal pasti aspek-aspek sastera tetapi berdasarkan petikan sahaja.
Soalan (c)
  • Pelajar dikehendaki mengenal pasti aspek-aspek sastera berdasarkan keseluruhan prosa atau puisi yang dikemukakan oleh soalan.
Oleh yang demikian, untuk menjawab soalan pemahaman dengan baik, pelajar wajarlah menguasai pelbagai aspek sastera yang diajar oleh guru.




Post a Comment

0 Comments