Tuesday, September 27, 2016


Pada zaman revolusi teknologi telekomunikasi dan multimedia tanpa had ini, telefon bimbit digunakan dengan meluas dalam kalangan masyrakat. Pada suatu masa dahulu, telefon bimbit dianggap sebagai barangan mewah yang tidak mampu dimiliki oleh kebanyakan orang selain bentuknya yang besar dah sukar dibawa. Namun, selepas kita memasuki alaf baru, pengguna telefon bimbit meningkat bak cendawan tumbuh selepas hujan disebabkan harganya yang jauh lebih murah selain bentuknya yang lebih kecil dan senang dibawa ke mana-mana. Kini, tidak hairanlah hampir semua penduduk dunia mempunyai  sekurang-kurangnya sebuah telefon bimbit. Pelajar sekolah pula tidak ketinggalan dalam perlumbaan mengejar kecanggihan malah ada juga yang telah pun mempunyai telefon. Jika diperhalusi, penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar ini mendatangkan implikasi yang pelbagai kepada para pelajar. Persoalannya, apakah implikasi yang akan diterima oleh para pelajar jika mereka menggunakan telefon bimbit dengan bijak atau sebaliknya?

Memang tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan telefon bimbit banyak memberikan faedah kepada para pelajar. Salah satu kebaikan yang dimaksudkan ialah telefon bimbit membolehkan kita menghubungi  rakan atau sanak saudara terutamanya yang berada jauh di perantauan dengan mudah. Kita dapat menelefon orang tersayang bagi mengubati rindu dengan kos yang tidak terlalu mahal. Lebih-lebih lagi, dengan teknologi 4G, kita dapat membuat membuat panggilan video, menghantar mesej melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) atau Khidmat Pesanan Multimedia (MMS) kepada orang tersayang. Malahan dengan adanya applikasi Whatsapp dan Telegram, kita boleh menghubungi sanak saudara dan handai taulan secara percuma di mana sahaja kita berada. Teknologi sebegini amat penting bagi mengubati rindu selain mengukuhkan silaturahim dalam kalangan sanak-saudara dan juga sahabat handai. Tanpa telefon bimbit, kita terpaksa menggunakan telefon awam di luar negara untuk menelefon ahli keluarganya. Intihanya, kita perlu mengapresiasikan penggunana telefon bimbit kerana afdal untuk mengukuhkan hubungan. Oleh hal yang demikian, penggunaan telefon bimbit oleh para pelajar pastinya dapat mengukuhkan ikatan silaturahim antara ahli keluarga bagai isi dengan kuku walaupun tinggal berjauhan. Tegaslah bahawa telefon bimbit merupakan medium yang berkesan sebagai alat perhubungan antara pelajar dengan ahli keluarganya juga dengan rakan sebaya.

Selain itu penggunaan telefon bimbit juga  banyak membantu dalam komunikasi harian. Kita tidak perlu lagi bersusah-payah untuk pergi ke rumah seseorang untuk berkongsi ataupun menyampaikan maklumat. Bukan itu sahaja, keselamatan seseorang individu  juga akan lebih terjamin kerana telefon bimbit mudah digunakan bagi mendail pihak polis atau sesiapa sahaja dalam masa kecemasan. Malahan kini banyak applikasi telefon pintar yang membolehkan ibu bapa mengesan kedudukan anak-anak mereka supaya mereka tahu di mana anak-anak mereka berada. Sejak kebelakangan ini.banyak kes dimana individu terutamanya remaja tiba-tiba hilang dan ahli keluarga atau rakan-rakan dengan serta merta viralkan maklumat dan gambar mangsa melalui Whatsapp atau Facebook untuk meminta bantuan orang ramai. Mereka akan berkongsi berita tersebut dan tidak sampai 1 minit berita dan gambar mangsa yang hilang akan tersebar ke seluruh Malaysia. Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dengan kerjasama Telekom Malaysia telah melancarkan aplikasi telefon pintar terbaharu iaitu SaveME 999 POLIS untuk memudahkan orang ramai mendapatkan bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Aplikasi SaveMe 999 POLIS membolehkan pengguna menekan ikon "SaveME 999" pada skrin telefon pintar untuk mendapatkan bantuan kecemasan. Sistem Kedudukan Sejagat (GPS) di dalam telefon pintar akan menentukan kedudukan pengguna. Apabila permohonan kecemasan dibuat, alamat GPS dan maklumat pengguna akan dihantar ke Pusat Panggilan Kecemasan 999. Maklumat tambahan berkenaan insiden dan lokasi kejadian juga boleh ditambah ke dalam permohonan yang dihantar.Perkara sebegini amat penting terutamanya bagi seseorang pelajar yang berada dalam kecemasan.

Perkongsian matlumat tentang pelajaran atau kerja rumah juga dapat dilakukan dengan lebih mudah dengan adanya telefon bimbit.  Melalui telefon bimbit, kita boleh bersosial dengan sesiapa sahaja, tanpa mengira tempat, masa dan usia. Fenomena ini menyebabkan orang sudah tidak berminat untuk menggunakan pesanan khidmat ringkas (sms) atau telefon berbayar. Semuanya boleh dilakukan secara percuma dengan aplikasi terbaru iaitu ‘whatsapp’ sehingga orang lebih suka ber ‘whatsapp’ dari ber ‘facebook’. Dengan maklumat yang disalurkan secara percuma melalui ‘whatsapp’, ada baiknya digunakan saluran ini untuk perkara yang lebih berfaedah. ‘Whatsapp’ boleh mendatangkan kebaikan jika pandai memanfaatkannya.  Sebagai seorang pelajar, menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru merupakan satu kewajipan penting bagi seseorang pelajar yang ingin berjaya. Dalam masa yang sama juga, ada pelajar yang perlu berada di luar kawasan sekolah untuk mengharumkan nama sekolahnya dengan menyertai pelbagai pertandingan yang dianjurkan oleh pihak Jabatan atau Kementerikan Pendidikan. Hal ini menyebabkan pelajar tersebut tidak dapat mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Oleh itu, pelajar itu akan menghubungi rakan-rakannya melalui telefon bimbit untuk bertanyakan tugasan yang perlu disiapkan waima tidak berada di sekolah. Secara tidak langsung, segala perkara penting yang disampaikan oleh guru ketika pelajar tidak boleh hadir ke sekolah dapat diketahui dengan segera melalui penggunaan telefon bimbit. Budaya tolong-menolong ibarat berat sama dipikul, ringan sama dijinjing antara pelajar sekolah juga dapat dipupuk dalam kalangan pelajar. Ringkasnya, penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar dapat memudahkan urusan pembelajaran mereka.

Malangnya, disebalik kebaikan telefon bimbit, ada udang di sebalik batu di sebalik penggunaannya. Hal ini demikian kerana telefon bimbit dapat memberikan impak negatif terhadap penggunanya. Penggunaan telefon bimbit yang tidak terkawal boleh menyebabkan berlakunya pembaziran. Hal ini dikatakan demikian kerana golongan remaja seperti saya yang umur baru setahun jagung, darah baru setampuk pinang juga ingin mempunyai model telefon bimbit terbaru apabila melihat kawan lain juga memilikinya. Bukan itu sahaja, terdapat juga pelajar terpaksa menanggung bil telefon yang mahal kerana kerap menelefon dan berbual-bual dengan kawan walaupun mengetahui kadar bayarannya. Sebenarnya, mereka sepatutnya mengukur baju di badan sendiri dan jangan nanti sudah terhantuk baru tengadah. Bak kata pepatah melayu, ingat sebelum kena, jimat sebelum habis. Oleh itu, pelajar harus mengurangkan penggunaan telefon bimbit supaya dapat mengelakkan pembaziran

                Penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar sememangnya menjejaskan pelajaran mereka. Hal ini berlaku kerana pelajar menggunakan telefon bimbit tanpa kawalan dapat menatijahkan prestasi akademik dalam kalangan pelajar semakin merosot. Hal ini memanglah serius kerana pendidikan merupakan teras kekuatan masyarakat supaya mampu berdaya saing dengan pasaran global pada era globalisasi yang pantas berubah. Misalnya, pelajar telah mengabaikan pelajaran mereka kerana fokus pelajar semasa waktu pengajaran dan pembelajaran telah berkurang. Menurut kajian, rata-rata generasi muda menggunakan aplikasi dalam telefon pintar untuk melayari laman sembang dan aplikasi permainan maya sehingga ketagihan. Secara implisit, prestasi akademik pelajar akan merosot  kerana kekurangan inisiatif dan semangat yang membara bagai hilang kapak berganti beliung selepas ketagihan dalam perisian telefon bimbit yang semakin canggih.. Mereka sering menghantar mesej kepada kawan untuk perbualan kosong. Selain itu, kita acapkali tersentak dengan masalah “pasangan” yang berlaku di bangku sekolah. Penggunanan telefon bimbit dalam kalangan pelajar akan menimbulkan lagi masalah tersebut. Tambahan pula, sekiranya pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah, mereka tidak akan menumpukan perhatian untuk belajar tetapi leka dengan permainan video. Mereka juga terpaksa menanggung risiko kehilangan telefon bimbit. Jelaslah bahawa ketagihan penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar akan menjejaskan prestasi akademik mereka.

                Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas, penggunaan telefon bimbit juga boleh  menjejaskan kesihatan pelajar. Dalam satu rencana yang disiarkan di Harian Metro terbitan 29 April 2015 menyatakan antara  kesan buruk penyakit yang boleh menjejaskan kesihatan pelajar sekiranya tabiat obses teknologi ini diteruskan tanpa ada had adalah Insomnia dimana penggunaan telefon pintar seperti permainan video, melayari Internet dan sebagainya secara tidak langsung boleh menjejaskan kualiti tidur. Ketagihan terhadap media sosial misalnya akan membawa kepada tabiat berjaga malam dan akhirnya menyebabkan masalah kekurangan tidur dan keletihan. Terlalu bergantung kepada teknologi akan menyebabkan memori jangka pendek menjadi kurang berkesan serta boleh menyebabkan pelajar lemah daya ingata. Setiap status dan perkongsian yang kita lihat di ‘newsfeed’ Facebook sebagai contoh, pula boleh mempengaruhi mood seseorang. Ia boleh menjadi punca sikap negatif dan menimbulkan perasaan cemburu apabila melihat gambar dan membaca mengenai status orang lain seterusnya boleh menyebabkan pelajar tersebut mendapat masalah kemurungan. Telefon pintar juga boleh menjadi tempat pengumpulan kuman malah lebih kotor daripada pemegang berus tandas. Kita sedia maklum bahawa kuman boleh membawa kepada pelbagai penyakit. Jadi pastikan anda membersihkan telefon pintar anda sekerap mungkin untuk mengelakkan kita memberi ruang kepada pelbagai jenis penyakit menyerang diri sendiri.  Selain itu, telefon bimbit akan mengeluarkan gelombang semasa kita menjawab telefon dan akan mengganggu fungsi saraf otak sehingga menyebabkan barah atau kanser. Tuntasnya, pelajar sepatutnya tidak menggunakan telefon bimbit. Bak kata pepatah, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.


Kesimpulannya, penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar mendatangkan lebih banyak kesan buruk daripada kesan baik. Pelajar seyogianya perlu memanfaatkan kebaikan dan mengelakkan keburukan penggunaan telefon bimbit kerana yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan. Sebagaimana kata pepatah, genggam bara api biarlah sampai jadi arang, justeru itu, langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatik perlu dilaksanakan oleh semua pihak secara berterusan dan jangan sekadar hangat-hangat tahi ayam sahaja untuk membasmi masalah yang timbul ekoran daripada penggunaan telefon bimbit serta melahirkan remaja yang berwawasan kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.


0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Categories

Alam Sekitar Anak Din Biola Analisis Keputusan SPM 2012 analisis novel Analisis pemahaman KOMSAS Analisis Soalan Novel Analisis Soalan Penulisan Analisis soalan PMR Analisis Soalan PMR K2 Analisis soalan-soalan PMR Kertas 1 bahagian A (ii) Bahagian A(ii): Pemahaman Bahagian B BAHAGIAN B (Karangan Bahan Rangsangan) Bahagian C Karangan Umum Bahagian D KOMSAS Bahasa Melayu Bahasa Melayu PMR Cerpen Tingkatan 5 Contoh jawapan Contoh Jawapan Bahagian D Contoh jawapan Bhg B Contoh jawapan Bhg C Contoh jawapan Kertas 2 Contoh jawapan pemahaman Contoh Jawapan Ringkasan Contoh karangan Contoh Karangan PMR 2012 Contoh karangan respon terbuka Contoh Soalan Kertas 1 Contoh teks ucapan contoh teks ucapan hari inovasi sekolah Definisi Wacana Doa kejayaan dalam peperiksaan Drama Tingkatan 5 huraian pantun budi Identiti Nasional Interlok karangan karangan autobiografi Karangan Bahagian A Karangan Bahagian B Karangan berbentuk peribahasa Karangan berbentuk syarahan karangan berdasarkan fakta Karangan bergambar Karangan jenis biografi Karangan jenis catatan diari Karangan Jenis Ucapan Karangan PMR Karangan Rangsangan Karangan SPM Karangan Tidak Berformat Kepentingan Perpaduan Kaum Kepentingan Sukan Kertas 1 Kertas 2 Kertas 2 BM SPM Kesalahan tatabahasa kesedaran sivik Kesilapan tatabahasa komsas Komsas Tingkatan 5 Kosa Kata Masalah ponteng Menguruskan Alam Sekitar Novel Novel Tingkatan 5 Panduan membuat karangan Panduan menjawab Kertas 2 Panduan Menulis Ringkasan pantun pantun budi Patung Kencana Dari Kuripan Pemahaman Penanda Wacana penanda wacana ayat 2 Penanda wacana memulakan karangan Pencemaran Air Penjagaan alam sekitar Penjodoh Bilangan Pentaksiran Berasaskan Sekolah Pentaksiran Tingkatan 3 Peranan ibu bapa Peranan Ibu Bapa Membendung Gejala Sosial Peranan Ibu bapa Membentuk Akhlak percubaan 2011 Percubaan K 2 Percubaan PMR BM 2009 Percubaan PMR BM 2011 Peribahasa Perkasakan Bahasa Melayu PMR Prosa tradisional Puisi moden Punca stress dan cara mengatasi stress. Stress Raja Bersiung Rencana Ringkasan Rumusan Soalan 1 soalan 1 - 7 Soalan 1 Kertas 2 Soalan 15 - 17 Soalan 18 - 21 Soalan 22 - 24 Soalan 25 - 27 Soalan 28 - 30 Soalan 3 Soalan 31 - 40 Soalan 8 - 14 Soalan Bahagian C no. 2. Kertas 2 Soalan Perbahasa Kertas 1 Soalan percubaan 2010 Soalan Percubaan BM SPM 2012 Soalan Percubaan PMR Soalan Percubaan PMR 2010 Soalan Percubaan PMR 2012 Soalan Percubaan PMR BI 2011 Soalan Percubaan PMR BM 2012 Soalan percubaan UPSR 2012 Soalan Peribahasa Kertas 2 Soalan Pertengahan tahun 2011 Soalan PMR Soalan PMR 2009 SPM SPM 2012 SPM Kertas 1 Bahagian A Sukan Surat kiriman Surat kiriman tidak rasmi Surat rasmi Surat Tidak Rasmi Taburan kesukaran soalan PMR tatabahasa tatabahasa secara umum Teknik menjawab soalan kertas 2 Teknik Penulisan Karangan Teks Ucapan teks ucapan pengetua tip cemerlang belajar Tip mudah ingat Tips Karangan SPM Tips lulus cemerlang Tragedi 4 dis wacana
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Hakmilik retibahasa.blogspot.com. Powered by Blogger.
Subscribe Via Email

Subscribe to our newsletter to get the latest updates to your inbox. ;-)

Your email address is safe with us!

SAHABAT BLOGGER

loading...

Like FB Page Kami

Tweet Bahasa Itu Indah

Google+ Followers

KOLEKSI SOALAN BAHASA MELAYU

Contoh Karangan

Popular Posts