Wednesday, December 11, 2013


Karangan Bahasa Melayu

CONTOH PENDAHULUAN DAN PENUTUP KARANGAN YANG MENARIK.

(Untuk penutup gunakan : Sebagai menggulung segala yang dibincangkan, Akhir kalam, Kesimpulannya, Tuntasnya, Intihanya dan Konklusinya )

Soalan Contoh 1

Kerajaan telah berusaha untuk membanteras gejala rasuah, namun amalan yang berakar umbi dalam kalangan masyarakat ini masih wujud. Pada pendapat anda, mengapakah masalah rasuah perlu dibendung?


Perenggan Pendahuluan Contoh 1

Kebelakangan ini, kes rasuah semakin bertambah dan nampaknya sukar dibanteras kerana melibatkan pegawai kerajaan dan swasta, ahli politik, dan orang awam. Keadaan ini membimbangkan kita kerana jika dibiarkan, sudah tentu perkara ini akan menjadi seperti api di dalam sekam. Fenomena ini sekali gus akan melahirkan masyarakat yang tiada integriti, contohnya jika seseorang pegawai menawarkan rasuah untuk menutup kesalahan dirinya daripada landasan undang-undang, jelaslah betapa rendahnya akhlak dan maruah dirinya. Oleh itu, semua pihak harus berusaha untuk membanteras gejala rasuah agar masyarakat Malaysia yang amanah dan berintegriti dapat dilahirkan. Hal ini perlu dititikberatkan kerana rasuah perlu dibanteras dari awal iaitu, mencegah lebih baik daripada mengubati sesuatu penyakit.

Perenggan Penutup Contoh 1

Oleh hal yang demikian, masalah rasuah perlulah ditangani oleh pihak berkuasa dengan kerjasama anggota masyarakat. (Kesimpulan) Pihak berkuasa hendaklah mengadakan kempen secara besar-besaran tentang keburukan dan kesan rasuah kepada masyarakat. (Huraian – Apa yang perlu dibuat) Hal ini demikian kerana, jika masalah rasuah tidak diatasi sudah tentu perkara ini akan merosakkan jentera pentadbiran negara.(Huraian – Apa kesannya) Jadi, sebelum nasi menjadi bubur, kita berharap agar masalah ini dapat ditangani dengan berkesan sebelum menjadi lebih serius. (Peribahasa) Sekiranya hal ini dapat direalisasikan, sudah pastilah masyarakat dan negara kita akan bebas daripada belenggu rasuah. (Kepentingan)


Soalan Contoh 2

Bincangkan usaha-usaha bagi membudayakan Program Kitar Semula dalam kalangan rakyat. Bahagian A)

Perenggan Pendahuluan Contoh 2

Darsawarsa, dalam menempuh arus modenisasi yang menerjah watan tanpa diundang, pencemaran alam sekitar makin, menjadi parah barah serta duri dalam daging watan. Pelbagai anjakan paradigma telah digarap dan dicanang bagi membendung kemelut ini temasuklah yang hangat meniti dari bibir ke bibir masyarakat; Program Kitar Semula . Persoalan yang menjadi tanda tanya ialah apakah strategi- strategi yang wajar diorak dan digarap bagi membudaya Program Kitar Semula dalam kalangan masyarakat 1 Malaysia ?

Perenggan Penutup Contoh 2

Intihanya, semua pihak perlu bekerjasama membentuk sinergi bak aur dan tebing serta persis isi dan kuku dalam usaha membudayakan Program Kitar Semula kerana bulat air kerana pembentung, bulat masyrakat kerana muafakat . Selanjutnya Malaysia mampu dijulang sebagai negara model bukan sahaja dari aspek pembangunan fizikal malahan akhlak rakyat pertiwi kerana terbangnya belon bukan kerana merah, biru dan kuning warnanya tetapi kerana kandungan gasnya selaras dengan hasrat dan aspirasi negara untuk bersukat sama paras, bertimbang sama berat dengan negara- negara maju yang lain.


ISU: SEJARAH TANAH AIR

Contoh Pendahuluan

Marcapada, secara sedar atu tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan sains dan teknologi, warga watan makin hari makin menyisihkan sejarah tanah air dari sinonim kehidupan mereka. Seandainya ditanya remaja remaja masa kini mengenai cita- citanya, jawapan yang lazim sudah terang lagi bersuluh lazimnya menjurus ke arah bidang sains dan teknologi seolah- olah dunia ini didirikan hanya bergantung pada tiang seri sains sahaja. Kemudian, jikalau ditanya sekali lagi ditanya sekali lagi subjek yang paling kurang diminati pelajar agak- agaknya Sejarah yang menjadi pilihan perdana. ‘Berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya’. Begitulah ungkapan yang sesuai bagi menggambarkan perasaan Sejarawan kita yang dikatakan ketandusan tulang empat kerat belia muda yang berperanan menjadi pelapis buat persediaan mendepani cabaran masa hadapan. Persoalannya, apakah manfaat- manfaat memahami sejarah tanah air?

Contoh Penutup

Sebagai menggulung segala yang telah dibicarakan, sejarah tanah air sememangnya tidak dapat disangkal membawa seribu satu kemashalatan sekiranya difahami dan dihayati serta diimplementasikan dalam kehidupan. Seorang sejarawan Barat ada berkata bahawa sejarah pasti akan berulang sekiranya sejarah luput di ingatan. Lantas, sebelum nasi menjadi bubur semua pihak perlu menjalinkan sinergi bak aur dan tebing agar sejarah tanah air terus lestari dan difahami. Maka, hasrat dan aspirasi negara untuk berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara- negara maju yang lain dapat dijana dan direalisasi sejajar dengan Wawasan 2020 dalam konteks pembentukan generasi madani yang besahsiah murni.

ISU: GEJALA SOSIAL

Contoh Pendahuluan

Mutakhir ini, secara sedar atu tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan sains dan teknologi, watan mendepani kepincangan yang lazimnya remaja lebih cenderung iaitu gejala sosial. Dalam milenium ini, tatkala tanah air kita rancak menari mengikut rentak arus modenisasi dan globalisasi dalam konteks pembangunan fizikal yang diibaratkan cendawan yang tumbuh selepas hujan, onak dan kekangan, sebagai tamsilan, lumba haram, kecurian dan seumpamanya lagi makin membarah dan menjadi polemik yang meniti dari bibir ke bibir masyarakat . Kalau ditanya siapa dalangnya atau dari manakah akar umbinya masing- masing menunding jari sesama sendiri. Tambahan pula, masalah yang ruwet ini memberi pelbagai impak. Justeru, satu soalan ingin saya lontarkan ; apakah strategi-strategi bernas yang perlu diketengahkan di meja bulat serta dilaksanakan ?

Contoh Penutup

Intihanya, potongan kata Tun Mutahir Mohammad, mantan Perdana Menteri kita yang ke- 4 bahawa rakyat Malaysia mempunyai kemudahan infrasrtuktur kelas pertama tetapi memiliki minda kelas ketiga sewajarnya kita hayati. Lantas, semua pihak perlu menjalinkan sinergi bak aur dan tebing, persis isi dan kuku dalam usaha memerangi gejala sosial yang semakin parah dan barah serta duri dalam daging watan. Ironinya, jika tiada kata sepakat, tiadanya ukhwah dalam ummah maka runtuhlah harapan yang tinggi menggunung kerana bulat air kerana pembentung, bulat masyarakat kerana muafakat. Oleh itu, sekiranya harapan tersebut menjadi realiti dan bukan sekadar ilusi yang terngiang-ngiang di kotak pemikiran mat jenin, hasrat dan aspirasi negara untuk berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara- negara maju yang lain mampu digamit dan direalisasi.




27 comments:

  1. terima kasih banyak ya :D sangat-sangat membantu saya :)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih banyak banyak kerana berkongsi bahan anda. Saya telah post satu pendahuluan yang saya tulis... Sila datang ke blog saya untuk membaca.. =)

    ReplyDelete
  3. really helpful!! thanks a billionnnnn

    ReplyDelete
  4. fahmieen tralalaJune 7, 2014 at 11:35 AM

    bagussssssss . senyum tak perlu kata apa apa . saya copy and paste ye tuan tanah :) mekaseh

    ReplyDelete
  5. saya nak pmr punyer!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Find it your selfffff

      Delete
    2. That's mean, evil and uncivilized.

      Delete
    3. Just salin this one, lol.No need spm one.Now PT3 just like spm XD

      Delete
    4. Just salin this one, lol.No need spm one.Now PT3 just like spm XD

      Delete
  6. Wow amazing word,bombastik and gramatis.Garapan cukup baik,I give you 5 star

    ReplyDelete
  7. Bakar bin Iqbal SadiqMay 13, 2015 at 1:39 AM

    Terima Kasih banyak2!!!!

    ReplyDelete
  8. tq so much .... mahh

    ReplyDelete
  9. jazakallahu khairan ��

    ReplyDelete
  10. semoga mmbntu saya sbgai persediaan mnghadapi spm. :))

    ReplyDelete
  11. Tun Mutahir Mohammad ❌
    Tun Mahathir Mohamad ✔️

    ReplyDelete
  12. This does no help me in my melayu karangan
    Peperiksaan fuck u all for wasting my fcukibg time

    ReplyDelete
  13. Wow mantap karangan mu bro siok di baca

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. wouuuuuuuuuuuuuuuuu cantik mcm bunga laaaaaaa

    ReplyDelete
  16. Thanks for the sample of introduction and conclusion. It's really helpful to improve my writings xD

    ReplyDelete
  17. tyou terbaik pendahuluan penutup

    ReplyDelete
  18. The best. Sangat membantu tapi kalau tak silap ayat Tun Mahathir tersebut bukanlah ayat beliau sebenarnya tetapi ayat Tun Abdullah Badawi

    ReplyDelete
  19. Thank you! HARINI PT3 HAHAHA doakan saya muah

    ReplyDelete

Blog Archive

Categories

Alam Sekitar Anak Din Biola Analisis Keputusan SPM 2012 analisis novel Analisis pemahaman KOMSAS Analisis Soalan Novel Analisis Soalan Penulisan Analisis soalan PMR Analisis Soalan PMR K2 Analisis soalan-soalan PMR Kertas 1 bahagian A (ii) Bahagian A(ii): Pemahaman Bahagian B BAHAGIAN B (Karangan Bahan Rangsangan) Bahagian C Karangan Umum Bahagian D KOMSAS Bahasa Melayu Bahasa Melayu PMR Cerpen Tingkatan 5 Contoh jawapan Contoh Jawapan Bahagian D Contoh jawapan Bhg B Contoh jawapan Bhg C Contoh jawapan Kertas 2 Contoh jawapan pemahaman Contoh Jawapan Ringkasan Contoh karangan Contoh Karangan PMR 2012 Contoh karangan respon terbuka Contoh Soalan Kertas 1 Contoh teks ucapan contoh teks ucapan hari inovasi sekolah Definisi Wacana Doa kejayaan dalam peperiksaan Drama Tingkatan 5 huraian pantun budi Identiti Nasional Interlok karangan karangan autobiografi Karangan Bahagian A Karangan Bahagian B Karangan berbentuk peribahasa Karangan berbentuk syarahan karangan berdasarkan fakta Karangan bergambar Karangan jenis biografi Karangan jenis catatan diari Karangan Jenis Ucapan Karangan PMR Karangan Rangsangan Karangan SPM Karangan Tidak Berformat Kepentingan Perpaduan Kaum Kepentingan Sukan Kertas 1 Kertas 2 Kertas 2 BM SPM Kesalahan tatabahasa kesedaran sivik Kesilapan tatabahasa komsas Komsas Tingkatan 5 Kosa Kata Masalah ponteng Menguruskan Alam Sekitar Novel Novel Tingkatan 5 Panduan membuat karangan Panduan menjawab Kertas 2 Panduan Menulis Ringkasan pantun pantun budi Patung Kencana Dari Kuripan Pemahaman Penanda Wacana penanda wacana ayat 2 Penanda wacana memulakan karangan Pencemaran Air Penjagaan alam sekitar Penjodoh Bilangan Pentaksiran Berasaskan Sekolah Pentaksiran Tingkatan 3 Peranan ibu bapa Peranan Ibu Bapa Membendung Gejala Sosial Peranan Ibu bapa Membentuk Akhlak percubaan 2011 Percubaan K 2 Percubaan PMR BM 2009 Percubaan PMR BM 2011 Peribahasa Perkasakan Bahasa Melayu PMR Prosa tradisional Puisi moden Punca stress dan cara mengatasi stress. Stress Raja Bersiung Rencana Ringkasan Rumusan Soalan 1 soalan 1 - 7 Soalan 1 Kertas 2 Soalan 15 - 17 Soalan 18 - 21 Soalan 22 - 24 Soalan 25 - 27 Soalan 28 - 30 Soalan 3 Soalan 31 - 40 Soalan 8 - 14 Soalan Bahagian C no. 2. Kertas 2 Soalan Perbahasa Kertas 1 Soalan percubaan 2010 Soalan Percubaan BM SPM 2012 Soalan Percubaan PMR Soalan Percubaan PMR 2010 Soalan Percubaan PMR 2012 Soalan Percubaan PMR BI 2011 Soalan Percubaan PMR BM 2012 Soalan percubaan UPSR 2012 Soalan Peribahasa Kertas 2 Soalan Pertengahan tahun 2011 Soalan PMR Soalan PMR 2009 SPM SPM 2012 SPM Kertas 1 Bahagian A Sukan Surat kiriman Surat kiriman tidak rasmi Surat rasmi Surat Tidak Rasmi Taburan kesukaran soalan PMR tatabahasa tatabahasa secara umum Teknik menjawab soalan kertas 2 Teknik Penulisan Karangan Teks Ucapan teks ucapan pengetua tip cemerlang belajar Tip mudah ingat Tips Karangan SPM Tips lulus cemerlang Tragedi 4 dis wacana
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Hakmilik retibahasa.blogspot.com. Powered by Blogger.
Subscribe Via Email

Subscribe to our newsletter to get the latest updates to your inbox. ;-)

Your email address is safe with us!

SAHABAT BLOGGER

Like FB Page Kami

Tweet Bahasa Itu Indah

Google+ Followers

KOLEKSI SOALAN BAHASA MELAYU

Contoh Karangan

Popular Posts