Sunday, September 15, 2013

Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Keharmonian dan toleransi penduduk berbilang kaum adalah asas terpenting yang perlu dipupuk untuk menjadi tunjang dan tonggak negara Malaysia yang utuh, berwibawa dan dihormati, kata Timbalan Perdana Menteri
Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata tanpa keharmonian dan toleransi, setiap usaha pembangunan tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan kerana rakyat sentiasa bercakaran sesama sendiri sekali gus kelak melumpuhkan kesejahteraan yang diusahakan sejak negara belum mencapai kemerdekaan lagi.

"Kita harus akui dan memberi pengiktirafan kepada setiap usaha kerajaan untuk membangunkan negara dan pada masa sama mengisi keperluan rakyat secara keseluruhannya.

"Tugas itu tidak mudah dan menuntut komitmen serta pengorbanan yang bukan sedikit," katanya dalam perutusan sempena Jubli Emas Hari Malaysia ke-50 yang akan disambut Isnin.

Tegas Muhyiddin, kerajaan sejak zaman kepimpinan Almarhum Bapa Kemerdekaan Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj sehingga sekarang, tidak pernah mengetepikan hak rakyat di negara ini biar apa pun kaum atau agama anutan mereka.

Katanya, Perlembagaan Persekutuan menjadi asas dan panduan bagi memastikan hak asasi rakyat tidak disisihkan, dan kerajaan, dari semasa ke semasa, melaksanakan pelbagai usaha dan program untuk mengisi keperluan rakyat baik dalam bentuk pembangunan fizikal mahupun pengisian rohani.

Justeru, Muhyiddin menggesa semua rakyat Malaysia agar mensyukuri setiap nikmat yang telah dan akan diperoleh.

"Hakikatnya, tanpa sumbangan dan penglibatan setiap golongan masyarakat di Malaysia, kita tidak akan dapat berdiri seperti sekarang ini," katanya.

Juga penting, kata Muhyiddin, adalah memastikan gandingan rakyat dan pemerintah yang mantap diteruskan supaya Malaysia dapat terus membangun dan gemilang.

Katanya, rakyat yang kuat dan pandai membuat penilaian tidak akan terjerumus ke dalam apa juga kancah yang cuba ditimbulkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Muhyiddin berkata kerajaan menerusi dasar dan program yang diperkenalkan termasuk yang terbaharu, Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera, sentiasa memberi ruang yang amat luas kepada rakyat Malaysia tanpa ada sempadan atau batasan baik di Semenanjung atau Sabah dan Sarawak, (di mana) rakyat sentiasa menjadi keutamaan.

Menekankan signifikannya sambutan Jubli Emas Malaysia, Muhyiddin berkata penyatuan negeri-negeri di Semenanjung tanah air dengan Sabah dan Sarawak berjaya melahirkan negara Malaysia yang unik, harmoni dan pesat membangun.

"Sejarah membuktikan bahawa usaha menyatukan Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung bersandarkan hasrat murni barisan kepimpinan terdahulu yang mahu melihat Malaysia secara keseluruhannya bergerak seiring dalam mengisi denyut nadi pembangunan," katanya.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata penyatuan jiwa bangsa di bawah nama Malaysia dapat menyerlahkan lagi keunikan dan kepelbagaian penduduk di negara ini sekali gus menjadikannya destinasi menarik sehingga menimbulkan rasa kagum masyarakat luar.

--BERNAMA


0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Categories

Alam Sekitar Anak Din Biola Analisis Keputusan SPM 2012 analisis novel Analisis pemahaman KOMSAS Analisis Soalan Novel Analisis Soalan Penulisan Analisis soalan PMR Analisis Soalan PMR K2 Analisis soalan-soalan PMR Kertas 1 bahagian A (ii) Bahagian A(ii): Pemahaman Bahagian B BAHAGIAN B (Karangan Bahan Rangsangan) Bahagian C Karangan Umum Bahagian D KOMSAS Bahasa Melayu Bahasa Melayu PMR Cerpen Tingkatan 5 Contoh jawapan Contoh Jawapan Bahagian D Contoh jawapan Bhg B Contoh jawapan Bhg C Contoh jawapan Kertas 2 Contoh jawapan pemahaman Contoh Jawapan Ringkasan Contoh karangan Contoh Karangan PMR 2012 Contoh karangan respon terbuka Contoh Soalan Kertas 1 Contoh teks ucapan contoh teks ucapan hari inovasi sekolah Definisi Wacana Doa kejayaan dalam peperiksaan Drama Tingkatan 5 huraian pantun budi Identiti Nasional Interlok karangan karangan autobiografi Karangan Bahagian A Karangan Bahagian B Karangan berbentuk peribahasa Karangan berbentuk syarahan karangan berdasarkan fakta Karangan bergambar Karangan jenis biografi Karangan jenis catatan diari Karangan Jenis Ucapan Karangan PMR Karangan Rangsangan Karangan SPM Karangan Tidak Berformat Kepentingan Perpaduan Kaum Kepentingan Sukan Kertas 1 Kertas 2 Kertas 2 BM SPM Kesalahan tatabahasa kesedaran sivik Kesilapan tatabahasa komsas Komsas Tingkatan 5 Kosa Kata Masalah ponteng Menguruskan Alam Sekitar Novel Novel Tingkatan 5 Panduan membuat karangan Panduan menjawab Kertas 2 Panduan Menulis Ringkasan pantun pantun budi Patung Kencana Dari Kuripan Pemahaman Penanda Wacana penanda wacana ayat 2 Penanda wacana memulakan karangan Pencemaran Air Penjagaan alam sekitar Penjodoh Bilangan Pentaksiran Berasaskan Sekolah Pentaksiran Tingkatan 3 Peranan ibu bapa Peranan Ibu Bapa Membendung Gejala Sosial Peranan Ibu bapa Membentuk Akhlak percubaan 2011 Percubaan K 2 Percubaan PMR BM 2009 Percubaan PMR BM 2011 Peribahasa Perkasakan Bahasa Melayu PMR Prosa tradisional Puisi moden Punca stress dan cara mengatasi stress. Stress Raja Bersiung Rencana Ringkasan Rumusan Soalan 1 soalan 1 - 7 Soalan 1 Kertas 2 Soalan 15 - 17 Soalan 18 - 21 Soalan 22 - 24 Soalan 25 - 27 Soalan 28 - 30 Soalan 3 Soalan 31 - 40 Soalan 8 - 14 Soalan Bahagian C no. 2. Kertas 2 Soalan Perbahasa Kertas 1 Soalan percubaan 2010 Soalan Percubaan BM SPM 2012 Soalan Percubaan PMR Soalan Percubaan PMR 2010 Soalan Percubaan PMR 2012 Soalan Percubaan PMR BI 2011 Soalan Percubaan PMR BM 2012 Soalan percubaan UPSR 2012 Soalan Peribahasa Kertas 2 Soalan Pertengahan tahun 2011 Soalan PMR Soalan PMR 2009 SPM SPM 2012 SPM Kertas 1 Bahagian A Sukan Surat kiriman Surat kiriman tidak rasmi Surat rasmi Surat Tidak Rasmi Taburan kesukaran soalan PMR tatabahasa tatabahasa secara umum Teknik menjawab soalan kertas 2 Teknik Penulisan Karangan Teks Ucapan teks ucapan pengetua tip cemerlang belajar Tip mudah ingat Tips Karangan SPM Tips lulus cemerlang Tragedi 4 dis wacana
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Hakmilik retibahasa.blogspot.com. Powered by Blogger.
Subscribe Via Email

Subscribe to our newsletter to get the latest updates to your inbox. ;-)

Your email address is safe with us!

SAHABAT BLOGGER

loading...

Like FB Page Kami

Tweet Bahasa Itu Indah

Google+ Followers

KOLEKSI SOALAN BAHASA MELAYU

KARANGAN BAHASA MELAYU PMR

PMR Kertas 1

Karangan SPM

BAHASA MELAYU SPM KERTAS 2

Contoh Karangan

Popular Posts