Penglibatan ibu bapa dalam mendidik anak-anak tidak
seharusnya terhenti setelah anak-anak berada di sekolah menengah. Sebaliknya
penglibatan ibu bapa perlu berterusan sehingga anak-anak menamatkan
persekolahan mereka. Komponen konteks keluarga memainkan peranan penting dalam
usaha ibu bapa melibatkan diri dalam pendidikan anak-anak. Kesemua komponen
dalam konteks keluarga dilihat signifikan dan membolehkan ibu bapa melibatkan
diri dalam pendidikan anak-anak terutama penglibatan di rumah. Penglibatan di
rumah didapati lebih cenderung dipersetujui oleh anak-anak berbanding dengan
ibu bapa yang melibatkan diri di sekolah.
Anak-anak merasakan ibu bapa perlu memberikan perhatian
kepada pendidikan mereka ketika di rumah kerana perhatian oleh guru telah
diperoleh di sekolah. Keluarga merupakan persekitaran pertama anak-anak sejak
dilahirkan. Bertepatan dengan teori Bronfenbrenner (1979, 1986), persekitaran
positif dalam keluarga membentuk perkembangan kanak-kanak. Keperluan konteks
keluarga yang harmoni dapat memberi ruang kepada ibu bapa untuk membentuk
anak-anak yang saling berinteraksi dan efektif. dapatan menjelaskan bahawa
penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak ketika di sekolah menengah
dipengaruhi oleh konteks keluarga itu sendiri. Ibu bapa yang sering
menitikberatkan interaksi dan komunikasi dalam keluarga memperlihatkan hubungan
yang positif dengan penglibatan ibu bapa di rumah. Interaksi dua hala antara
ibu bapa dan anak-anak mempunyai pertalian yang jelas mengapa ibu bapa terlibat
dalam pendidikan anak-anak ketika di sekolah menengah.
Anak-anak merasakan ibu bapa perlu memberikan perhatian
kepada pendidikan mereka ketika di rumah kerana perhatian oleh guru telah
diperoleh di sekolah. Keluarga merupakan persekitaran pertama anak-anak sejak
dilahirkan. Bertepatan dengan teori Bronfenbrenner (1979, 1986), persekitaran
positif dalam keluarga membentuk perkembangan kanak-kanak. Keperluan konteks
keluarga yang harmoni dapat memberi ruang kepada ibu bapa untuk membentuk
anak-anak yang saling berinteraksi dan efektif. dapatan menjelaskan bahawa
penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak ketika di sekolah menengah dipengaruhi
oleh konteks keluarga itu sendiri. Ibu bapa yang sering menitikberatkan
interaksi dan komunikasi dalam keluarga memperlihatkan hubungan yang positif
dengan penglibatan ibu bapa di rumah. Interaksi dua hala antara ibu bapa dan
anak-anak mempunyai pertalian yang jelas mengapa ibu bapa terlibat dalam
pendidikan anak-anak ketika di sekolah menengah.
Amalan keibubapaan
Amalan keibubapaan yang jelas dipersetujui oleh anak-anak
telah menjadi penyebab kepada keterlibatan ibu bapa dalam pendidikan mereka
ketika di sekolah menengah. Ibu bapa yang mengamalkan tingkah laku keibubapaan
yang positif seperti sentiasa mengingatkan anak-anak tentang matlamat belajar,
memberi galakan, mendorong untuk meningkatkan prestasi, mengambil berat,
mengamalkan tabiat membaca didapati lebih terlibat dalam pendidikan anak-anak.
Keperluan penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak ditafsirkan sebagai
satu tanggungjawab yang menjadi tuntutan dalam keluarga. Ibu bapa tidak hanya
menjadi pendorong utama untuk anak-anak berjaya malahan menjadi idola kepada
anak-anak walaupun pada tahap sekolah menengah, anak-anak sudah mampu
berdikari.
Kesenggangan
Kesenggangan dalam konteks keluarga juga didapati menjadi
penyebab kepada keterlibatan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak ketika di
sekolah menengah. Masa sentiasa diluangkan kepada anak-anak sama ada dalam
bentuk membantu semasa belajar, meluangkan masa bertanyakan perihal pelajaran,
makan dan menonton bersama, berbual tentang keperluan anak-anak menunjukkan
kecenderungan kepada ibu bapa untuk melibatkan diri dalam pendidikan anak-anak.
Keperluan memperuntukkan masa untuk anak-anak menunjukkan bahawa ibu bapa lebih
banyak meluangkan masa melibatkan diri di rumah berbanding di sekolah. Kekangan
masa untuk menghadirkan diri ke sekolah memberi ruang untuk ibu bapa berusaha
melibatkan diri untuk bersama anak-anak di rumah.
Keterbukaan
Amalan keterbukaan dalam keluarga juga menjadi penyebab
mengapa ibu bapa melibatkan diri dalam pendidikan anak-anak. Sikap ibu bapa
yang lebih terbuka memberi ruang kepada anak-anak untuk menyatakan pendapat,
memilih dan membuat keputusan tentang pendidikan mereka terutama berkaitan
aliran yang mereka gemari. Keputusan yang dibuat melalui perbincangan dan
menerima pandangan anak-anak sebagai satu pendapat memperlihatkan ketelusan ibu
bapa terhadap anak-anak untuk membantu membentuk konteks keluarga yang sihat.
Anak-anak juga tidak berasa terasing dalam keluarga sendiri dan secara tidak
langsung ibu bapa terdorong untuk melibatkan diri sama ada dalam pendidikan
anak-anak di rumah mahupun di sekolah.
Penerimaan
Sikap menerima akan kebolehan anak-anak tidak kira mereka
cemerlang ataupun tidak memperlihatkan ibu bapa cenderung untuk terlibat sama
dalam pendidikan anak-anak. Penerimaan dalam konteks keluarga menunjukkan
hubungan yang positif mengapa ibu bapa melibatkan diri. Penerimaan ibu bapa
terhadap keupayaan anak-anak dan kesanggupan untuk membantu dan berbincang akan
usaha untuk meningkatkan kecemerlangan anak-anak memperlihatkan akan
keprihatinan ibu bapa akan kepentingan pendidikan anak-anak. Konteks keluarga
yang sebegini mencerminkan bahawa ibu bapa bersetuju akan tanggungjawab mereka
dan cuba melibatkan diri secara konsisten dalam pendidikan anak-anak tidak kira
pada tahap mana anak-anak belajar. Ibu bapa sering memberi alasan bahawa
anak-anak mereka sudah mampu berdikari. Seharusnya ibu bapa faham akan
tanggungjawab dan keperluan penglibatan mereka dan dari sudut manakah keperluan
mereka bertanggungjawab ke atas anak-anak ketika di sekolah menengah.
Rencana di olah dari rencana asal, Konteks Keluarga dan Hubungannya dengan Penglibatan Ibu Bapa dalam Pendidikan Anak-anak di Sekolah Menengah
0 Comments