Anak ibarat kain putih , ibu bapalah yang insan yang
bertanggungjawab mencorakkannya. Jika merah, merahlah ia, jika biru, birulah
ia. Corak yang dihasilkan itu bakal menentukan siapakah anak-anak pada masa
hadapan, Ibu bapa sentiasa mengharapkan dan mendambakan anak-anak mereka
menjadi insan yang berguna serta berbakti terhadap orang tua. Demi mencapai
keinginan tersebut ibu bapa sanggup melakukan apa sahaja bagi memastikan hasrat
hati mereka itu terlaksana dengan jayanya. Mereka tega menghabiskan masa dan tenaga
bahkan wang ringgit demi melihat anak-anak mereka berjaya. Kebanyakan ibu bapa
menyayangi anak mereka dengan setelusnya, umpama menatang minyak yang penuh.
Namun, dengan mencurhkan kasih sayang semata-amata tidak mungkin akan dapat
menjadikan anak-anak seorang insan yang berbakti, justeru usaha-usaha lain
harus ditimbal balik dan diambil kira.
Memetik kata-kata pakar motivasi terkenal Malaysia Dr. H.M Tuah Iskandar
“seribu mancis tidak dapat menerangi engkau dalam kegegalapan namun, cahaya
keimanan pasti dapat menyuluh engkau ke jalan kebahagiaan”. Oleh hal yang
demikian, langkah awal wajar diambil oleh ibu bapa untuk meralisasikan hasrat
murni itu iaitu dengan cara menerapkan dan memberikan didikan agama yang sempurna.
Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud; “ suruh dan perintahlah anak-anakmu
mendirikan solat sedari umurnya tujuh tahun”. Solat merupakan perkara
terpenting yang perlu dipantau oleh ibu bapa. Solat dapat mendidik anak-anak
untuk sentiasa melakukan perkara baik dan menjauhi perkara mungkar. Apabila
anak-anak telah diterapkan dengan nilai-nilai murni seperti menghormati oarng
tua dan berbudi pekerti luhur, sudah pasti segala apa yang diangan-angankan
oleh ibu bapa akan menjadi realiti. Insan yang berguna ialah insan yang tahu
nilai diri dan estetika. Jadi apabila benteng pertahanan diri mereka sudah
cukup teguh, segala apa yang dirancang pasti menjadi nyata.
Seterusnya usaha yang wajar dilakukan oleh ibu bapa untuk memastikan harapan
melihat anak-anak mereka berjaya itu tercapai adalah dengan bermain “tarik
tali’ dengan anak-anak. Dalam usaha mendidik anak-anak ibu bapa perlu
mengamalkan toleransi, perasaan kasih sayang dan bertegas dalam bicara perlu
menjadi tunjang utama. Ibu bapa tidak perlu memanjakan anak-anak sehingga
mereka merasakan bahawa diri seperti anak emas dalam keluarga, ibu bapa boleh
menuruti rengekkan dan permintaan anak-anak. Namun, mereka harus berpada-pada,
Sedikit penegasan perlu diberikan. Hal ini bertujuan mengelakkan anak-anak menjadi
manja dan besar kepala. Menghukum apabila anak-anak melakukan kesalahan tidak
bererti ibu bapa membanci, tetapi hal ini merupakan tanda ibu bapa
menyayangianak-anak. Apabila perasaan kasih sayang dan bertegas sudah menjadi
sama rata, maka tidak akan wujud sebarang kekangan. Anak-anak akan sentiasa
mengawal tingkah laku dan peradaban mereka. Malah, mereka pasti akan melakukan
yang terbaik demi membahagiakan diri sendiri dan ibu bapa yang tercinta. “Di
mana ada kemahuan di situ ada jalan. Perpeganglah kepada peribahasa tersebut,
nescaya kesudahan yang baik akan menjadi milik kita.
“Lampu Alladdin tidak akan bersinar dengan sendiri tetapi Alladdin akan
mengosoknya terlebih dahulu”. Begitulah kata-kata azimat yang ditinta oleh Alex
Osborn. Hasrat ibu bapa untuk menyaksikan anak-anak mereka menjadi insan yang
berguna tidak akan berhasil jika ibu bapa sahaja yang bertungkus lumus
menggembleng tenaga. Dalam konteks ini, ibu bapa perlu memberi sedikit
penekanan terhadap kepentingn pendidikan dalan sanubari anak-anak. Ibu bapa
perlu mengasuh anak-anak untuk memahami dan mendalami ilmu. Anak-anak pula
perlulah berusaha untuk mencapai keinginan tersebut. Anak-anak umpama jentera
yang memerlukan minyak pelincir bagi menlancarkan pergerakannya. Apabila minyak
pelincir sudah dituang, maka akan lencarlah pergerakannya. Sehubungan dengan
itu, kedua-dua belah pihak perlu melaksanakan tanggungjawab masing-masnig bagi
memastikan kelangsungan perjalanan hidup mereka.
Tun Dr Mahathir pernah berkata, “banyak masalah di dunia ini berpunca daripada
sikap manusia yang tidak pernah berusaha memahami antara satu sama lain dan
berbincang untuk melepaskan diri daripada sebarang musibah”. Oleh yang demikian
langkah drastik yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk memastikan anak-anak mereka
menjadi insan yang berguna ialah dengan menyelami hati dan keinginan anak-anak.
“Umpama menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus tepung tidak
berselerak”, ibu bapa perlu sebaik-baiknya mengetahui rasa hati anak-anak. Cara
sebegini akan dapat menghindari anak-anak daripada berasa tertekan. Tertekan
dalam konteks ini bermaksud bahawa anak-anak akan berasa dalam dilema sama ada
menurut kemahuan diri dan menghancurkan harapan ibu bapa atau menurut kemahuan
ibu bapa dan merobek hati sendiri. Kebanyakan ibu bapa mengharapkan anak-anak
berusaha untuk mencapai mimpi mereka tanpa memikirkan kemampuan sebenar
anak-anak. Anak-anak akan memberontak akibat desakan yang bertubi-tubi daripada
ibu bapa. Nah, apabila situasi ini berlaku, lain yang diharap lain yang
menjadi, bak kata pepatah, yang dikejar tidak dapat yang diikendong berciciran.
Oleh itu, ibu bapa perlu memikirkan sedalam-dalamnya atas segala tindakan yang
akan diambil. Setiap insan memiliki paradigma dan pandangan yang berbeza dalam
menentukan hala tuju hidup mereka. Dato Dr Fadzillah Kamsah, ada menyebut “usah
direnung ke langit hingga terlupakan bumi, sedangkan langit tidak mungkin
digapai, sedangkan bumi sedia di tapak kaki”.
Selanjutnya ibu bapa haruslah memberikan sedikit ruang kepada anak-anak untuk
melakukan apa yang mereka hajati, asalkan tidak menyipang dan tersasar jauh ke
lembah kehancuran. Dalam memastkan anak-anak berhsil menjadi insan yang
berguna, ibu bapa tidak boleh terlalu mengongkong anak-anak. Tiada paksaan
dalam menuntut ilmu. Jika anak-anak tidak mampu meneruskannya, ibu bapa tidak
boleh terus memaksa. Sebaliknya dorongan dan kata-kata semangat perlu diberi
untuk menaikkan semula semangat membara anak-anak. Ahli Falsafah Pascal
mengungkapkan “kalau kita berusaha mencapai keinginan, mulakan dengan kata-kata
yang lembut kerana kata-kata yang lembut umpama air yang menyirami tanah yang
tandus”. Desakan dan paksaan akan menjatuhkan anak-anak. Sebaliknya dorongan
dan nasihat akan mendorong anak-anak untuk berjaya kerana “anak umpama bunga-bunga
yang tumbuh di taman, yang menjadi tanah dan baja ialah ibu bapa”. Justeru
mulakan dengan kelembutan dalam memastikan kejayaan menjadi hak hakiki dan
azali anak-anak.
Intihanya, sudah terang lagi bersuluh, usaha untuk memastikan anak-anak mereka
supaya menjadi insan berguna bukanlah mudah. Professor Beetcher pernah berkata,
“anak-anak ibarat simen basah, sesiapa yang jatuh ke atasnya pasti memberi
kesan”. Justeru, ibu bapa perlu berhati-hati mengambil sebarang tindakan dalam
usaha melahirkan model insan yang cemerlang. Usaha yang sewajarnya perlu
diambil dan segala emosi yang membungkam jauh dalam sanubari perlu ditolak ke
tepi. Kepentingan setiap individu perlu diambil kira dan dipertimbangkan. Akhir
kalam, pendayong sudah di tangan, perahu sudah di air, segala tindakan wajar
sudah terpampang hanya yang tinggal adalah usaha untuk melaksanakannya. Jauhkan
emosi untuk meningkatkan prestasi.
Assalamu'alaikum... Saya suka karangan ini. Mantap. Saya mempunyai kerja sekolah untuk menyalin karangan yang berkaitan dengan tajuk ini. Saya mohon untuk menggunakan karangan ini... Terima kasih... :)
13 Comments
Assalamu'alaikum...
ReplyDeleteSaya suka karangan ini. Mantap.
Saya mempunyai kerja sekolah untuk menyalin karangan yang berkaitan dengan tajuk ini. Saya mohon untuk menggunakan karangan ini... Terima kasih... :)
Sangat membantu. Terima kasih :D
ReplyDeleteisi karangannya sangat bagus..harap maaf,tetapi ada sedikit kesalahan ejaan.
ReplyDeletesaya suka sangat karangan ni.. ayatnya power2. boleh tak awak (pemilik blog ini) memberi beberapa ayat2 yang power
ReplyDeletesaya suka! saya suka! saya suka!
best ayat2 dalam karangan ni,..terima aksih sebab berkongsi
ReplyDeleteterima kasihhh naaa ..
ReplyDeleteterima kasihh saya ucapkan
ReplyDeletei love you.... :*
ReplyDeletei miisssssssssss youuu hmmmmmmmm
ReplyDeletetrima ksihh .. krangan ini pnuh dgn ayat2 mnarik dan ayat2 dri pelbagai ahli falsafah.
ReplyDeleteits good
ReplyDeletesangat berguna. namun terdapat kesalahan ejaan
ReplyDeletei like your article .
ReplyDelete