Ad Code

Urusan pemangkuan Guru / Pensyarah Cemerlang 2011

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia akan melaksanakan urusan pemangkuan Guru / Pensyarah Cemerlang bagi tahun 2011 bagi gred Khas C, gred DG54, gred DG48 (sekolah rendah), gred DG44, gred DGA38. gred DGA34 dan gred DGA32.

Calon-calon mestilah memenuhi syarat-syarat berikut:

Syarat-Syarat Umum

  1. Telah disahkan dalam perkhidmatan (bagi pemohon Guru Cemerlang ke Gred DGA32 dan DG44 sahaja);
  2. Telah   menerima  surat   kenaikan   pangkat  ke   gred   semasa  (bagi permohonan ke Gred DGA32, DGA34, DG44. DG52 dan DG54);
  3. Markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) sekurang-kurangnya 85% untuk setiap tahun bagi tahun 2008, 2009 dan 2010;
  4. Bebas daripada tindakan tatatertib dan  mahkamah (rujuk  Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2009);
  5. Telah membuat pengisytiharan harta (tempoh sah laku 5 tahun);
  6. Lulus  tapisan keutuhan  Suruhanjaya  Pencegahan  Rasuah  Malaysia (SPRM);
  7. Bebas daripada senarai Peminjam Tegar Institusi Pinjaman Pendidikan; dan;
  8. Diperakukan oleh Ketua Jabatan (Pengarah Institusi/ Pengetua/ Guru Besar).
Surat siaran iklan dan borang-borang berkaitan boleh di download di http://www.moe.gov.my/jnjk/page71/page71.html atau di http://tinyurl.com/4ygg2fs

Post a Comment

0 Comments