Ad Code

Panduan menjawab soalan kefahaman. Bahagian A(ii): Pemahaman

Soalan 1.

Maksud rangkai kata- berikan maksud berdasarkan dalam petikan soalan. Biasanya 2 patah perkataan sahaja. Jawapan pelajar mesti 2 patah perkataan juga. (2 markah)

Soalan 2.

Soalan pemahaman berdasarkan petikan. Jawapan pelajar mesti berdasarkan petikan dan pelajar perlu mencari jawapan dalam petikan tersebut. Antara soalan ialah Nyatakan 2 kesan/cara/faktor/kaedah/ dll- pelajar mesti kemukakan 2 jawapan yang tepat. (4 markah)

Soalan 3.

Soalan pemahaman yang memerlukan pelajar memberikan pendapat atau penjelasan berdasarkan pemahaman terhadap petikan. Jawapan jangan ditiru bulat-bulat berdasarkan petikan. Contoh soalan ialah Berikan pendapat anda…….. 2 isi perlu dikemukakan. (4 markah).

Contoh soalan (Soalan PMR 2009)
Berdasarkan petikan Bahagian A(i), jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
1.     Berikan maksud masa senggang.                                          [2 markah]
2.     Jelaskan pandangan sesetengah pihak yang kurang bersetuju tentang pemberian kerja rumah kepada murid-murid.[4 markah]
3      Pada pendapat anda, selain menyiapkan kerja rumah, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh murid untuk berjaya dalam pelajaran?    [4 markah]


Sumber: BENGKEL PEMANTAPAN PROFESIONALISME GURU-GURU BAHASA MELAYU PMR 2010 Oleh EN. SABRI BIN CHE SEMAN


http://www.smktunku.edu.my

Post a Comment

0 Comments