PEPERIKSAAN Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) penting kerana ia bakal menjadi satu pengukur aras masa depan seseorang remaja. Ini kerana pelbagai urusan seperti permohonan kemasukan ke universiti mahupun untuk mendapatkan kerja, sijil itu adalah menjadi keutamaan untuk dinilai.
Tanpa sijil itu, masa depan remaja mungkin akan gelap dan menyebabkan kehidupan mereka terkandas di satu tahap yang mungkin akan kekal buat selama-lamanya.
Atas dasar itu, persediaan rapi diperlukan untuk memastikan pelajar mendapat
keputusan yang cemerlang dan tidak hanya sekadar membaca semata-mata. Lazimnya apabila anak menduduki peperiksaan ibu bapa yang lebih berasakan ketegangannya.
keputusan yang cemerlang dan tidak hanya sekadar membaca semata-mata. Lazimnya apabila anak menduduki peperiksaan ibu bapa yang lebih berasakan ketegangannya.
Pada saat begini, ibu bapa biasanya akan mengambil pelbagai usaha bagi memastikan anak memperoleh kejayaan cemerlang dalam peperiksaan diduduki. Kejayaan dalam peperiksaan sering digunakan sebagai kayu pengukur untuk melihat keupayaan seseorang anak. Ia juga tiket melanjutkan pendidikan ke peringkat lebih tinggi.
Sebagai ibu bapa, kita bertanggungjawab mempersiapkan mereka dari segi mental, fizikal, emosi dan rohani. Antaranya mewujudkan kemesraan dan bersikap tegas ketika mendidik mereka dan pada masa sama menerima kelebihan selain memperbaiki kelemahan anak.
Ibu bapa juga perlu mengelak daripada mengulangi kesilapan tidak membentuk anak supaya bercita-cita tinggi, tidak membantu anak menetapkan matlamat jangka pendek dan panjang serta menguruskan masa dengan bijak.
Di samping itu, jangan meletakkan harapan terlalu tinggi kepada anak, tetapi tidak memberi sokongan atau dorongan ke arah mencapai kecemerlangan dalam pelajaran. Ibu bapa juga hendaklah sentiasa mendoakan anak mereka.
Menjelang peperiksaan penting itu pelajar perlu memberikanpenekanan terhadap persediaan seperti fizikal, mental, emosi dan rohani.
Aspek fizikal seperti pemakanan, tidur yang cukup, aktiviti riadah dan keselamatan diri paling perlu diberikan penekanan kerana pelajar memerlukan kesihatan yang baik bermula dari membuat persediaan mengulang kaji sehinggalah ke dewan peperiksaan kelak.
Pemakanan seimbang penting kerana ia bakal membantu pelajar terus cergas dan bertenaga sebelum dan semasa mengambil peperiksaan. Banyakkan makanan seperti kurma, kismis dan makanan bijiran dan susu.
Pelajar juga perlu sentiasa melatih diri untuk sentiasa bangun dan tidur awal sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum peperiksaan itu supaya pelajar terbiasa dengan keadaan itu ditambah dengan aktiviti riadah yang boleh membantu pelajar sentiasa cergas.
Mengapa anda perlu bangun pagi?
Anda pernah mendengar slogan “Early to bed, early to rise, makes a man healthy, wealthy, and wise“?
Slogan ini sungguh tepat kerana ketika anda tidur lebih cepat dan bangun lebih awal, anda mendapat cukup waktu istirehat dan bangun dalam keadaan yang segar-bugar. Dengan keadaan sebegini, anda boleh meningkatkan produktiviti hidup anda sepanjang hari. Untuk anda yang jarang atau sukar bangun pagi, di sini diberikan 7 alasan mengapa anda perlu bangun pagi.
1. Mengasah fikiran dan hati
Pagi hari merupakan waktu yang baik untuk pengembangan diri. Suasana yang masih tenang akan membolehkan anda mengembangkan diri secara
Pagi hari merupakan waktu yang baik untuk pengembangan diri. Suasana yang masih tenang akan membolehkan anda mengembangkan diri secara
profesional, emosional, fizikal, mental, dan spiritual. Pagi hari adalah waktu untuk mengasah fikiran dan hati.
2. Bersenam
Tidur lebih awal membuat anda mampu bangun pagi dengan segar dan boleh dibunakan untuk bersenam samada di rumah atau di gym.
Tidur lebih awal membuat anda mampu bangun pagi dengan segar dan boleh dibunakan untuk bersenam samada di rumah atau di gym.
3. Membereskan hal-hal kecil
Dengan bangun di awal paghi anda mempunyai masa yang panjang untuk membereskan urusan-urusan yang kecil supaya ianya tidak akan menggangu urusan anda yang lebih besar kemudian nanti. Bila anda bangun awal anda boleh membuat persediaan yang lebih rapi sebelum ke dewan peperiksaan dan anda akan cukup bersedia untuk menghadapi peperiksaan pada hari tersebut.

4. Meningkatkan produktiviti
Jika anda bangun lebih awal, hari terasa lebih panjang. Dengan demikian, anda boleh melakukan lebih banyak pekerjaan pada hari tersebut. Jika anda rasa ada subjek-subjek yang anda belum habis ulangkaji, tidurlah lebih awal, bangun lebih pagi, maka anda dapat mengulangkaji dengan lebih tenang.

5. Menggunakan waktu untuk berpikir
Pakar kewangan James Citrin pernah mengatakan, “Heningnya pagi seringkali terjadi ketika pikiran kita sedang jernih, dan memungkinkan untuk memecahkan persoalan penting.” Artikelnya, Tapping the Power of Your Morning Routine, akan memberikan wawasan pada anda betapa berharganya waktu pagi. Dalam artikel tersebut Jim juga melaporkan bahwa 80 peratus orang yang berjaya dalam perusahaan yang diwawancaranya bangun pukul 05.30 atau lebih pagi.

6. Melakukan sembahyang sunat
Sembahyang sunat juga boleh memberikan keseimbangan emosional dan
kesejahteraan diri. Dengan melakukan sembahyang sunat terutamanya tahajjud, anda akan membawa keseimbangan dalam hidup sepanjang hari, dan memperbaiki kualiti hidup anda.
kesejahteraan diri. Dengan melakukan sembahyang sunat terutamanya tahajjud, anda akan membawa keseimbangan dalam hidup sepanjang hari, dan memperbaiki kualiti hidup anda.
7. Mengelakkan kelewatan
Sekiranya anda bangun awal, anda boleh bersiap awal dan pergi ke dewan peperiksaan dengan lebih awal. Sekiranya anda sampai awal anda akan merasa lebih tenang dan bersedia. Kelewatan akan menyebabkan anda menjadi lebih gemuruh dan tertekan dan akan menjejaskan tumpuan menyebabkan anda sukar untuk menjawab soalan.

Tidur awal adalah supaya pelajar mendapat rehat yang secukupnya setelah menjalani pelbagai aktiviti dan bangun awal kerana tidur berlebihan juga tidak baik untuk kesihatan.
Sehubungan itu, peranan ibu bapa amat perlu dalam menentukan pelajar pelajar dapat tidur yang secukupnya dan bangun awal untu bersedia ke dewan peperiksaan.
Ibu bapa juga perlu mengelakkan konflik dengan pelajar sewaktu musim peperiksaan kerana ibu bapa adalah komponen penting dalam kejayaan seseorang pelajar dan restu daripada mereka adalah penting sebelum menduduki peperiksaan.
Juga pastikan pelajar-pelajar tidak mempunyai konflik dengan guru kerana restu dari guru juga amat perlu dalam menentukan kejayaan pelajar.
Sebaik-baiknya ibu bapa hendaklah bersolat jamaah dengan anak-anak terutamanya di musim peperiksaan kerana aspek kerohanian penting kerana dengan menjaga solat dan sentiasa berdoa kepada Tuhan kita akan diberkati
dan dipermudahkan segala urusan sebelum, semasa dan selepas peperiksaan.
dan dipermudahkan segala urusan sebelum, semasa dan selepas peperiksaan.
Sebelum peperiksaan pelajar digalakkan memaafkan semua orang yang telah melakukan kesalahan kepada diri mereka dan memohon maaf kepada orang lain terutama ibu bapa dan guru supaya hati akan sentiasa tenang dan lapang.
Satu perkara yang perlu dielakkan oleh ibu bapa, jangan desak anak-anak. Ibu bapa tidak seharusnya obses dengan keputusan cemerlang dan menekan anak anak mereka demi kepuasan diri yang akhirnya akan memberi kesan kepada anak mereka.
Paling penting ibu bapa perlu memberi dorongan supaya mereka belajar dengan bersungguh-sungguh dan menghargai usaha mereka walaupun keputusan yang dicapai tidak mengikut kehendak mereka.
Sebagai alternatif, ibu bapa disarankan mendoakan kesejahteraan dan kejayaan anak-anak mereka dengan memberitahu apa yang didoakan untuk mereka supaya anak-anak lebih menghargai apa yang dilakukan.
0 Comments