Ad Code

TEKNIK MENJAWAB KERTAS 2 BAHASA MELAYU PMR

PEMBAHAGIAN SOALAN
BAHAGIAN A i - Ringkasan Karangan
BAHAGIAN A ii – Pemahaman
BAHAGIAN B - Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan
BAHAGIAN C - Karangan Respons Terbuka
BAHAGIAN D - Pemahaman Novel

TEKNIK MENJAWAB BAHAGIAN A i
a)  Cari sekurang-kurangnya lima (5) isi 
b)  Tulis semula isi-isi dalam satu perenggan 
c)  Sambungkan ayat-ayat menggunakan penanda wacana seperti: selain itu....., sehubungan itu.... 
d)  Elakkan daripada menyalin terus daripada petikan 
e)  Elakkan menyalin isi secara terpilih
    BAHAGIAN A ii (Pemahaman)
    Soalan 1 :
    Maksud kata/rangkai kata 2 markah
    Maksud perlu tepat mengikut konteks dalam petikan dan ditulis dalam ayat gramatis

    Soalan 2 :
    Soalan pemahaman (isi tersurat berdasarkan petikan) 4 markah
    2 isi (yang tepat dan ditulis dalam ayat yang lengkap dan gramatis )
    x 2 markah = 4 markah

    TEKNIK MENJAWAB SOALAN 2

    -  Jawapan ada dalam petikan yang diberi.
    -  Berikan dua isi yang tepat.( lebih selamat 4 isi )
    -  Tulis jawapan dalam ayat yang gramatis.

    BAHAGIAN A ii (Pemahaman Kemahiran Berfikir)

    Soalan 3
    Soalan pemahaman (isi tersirat/isi berdasarkan pengetahuan luar yang berkaitan) - 4 markah

    TEKNIK MENJAWAB SOALAN 3

    -  Jawapan TIADA dalam petikan yang diberi.
    -  Berikan dua isi yang tepat.( lebih selamat 4 isi )
    -  Tulis jawapan dalam ayat yang gramatis
      
    BAHAGIAN B (Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan)

    Markah penuh - 20 markah
    Isi karangan berdasarkan bahan rangsangan yang diberi
    Bahan rangsangan :
    -  Gambar tunggal
    -  Gambar bersiri
    -  Iklan
    -  Gambarajah


    TEKNIK MENJAWAB BAHAGIAN B 

    -  Bahan rangsangan hanya sebagai alat pencetus idea / peta minda

    -  Isi karangan boleh diambil daripada bahan rangsangan
    -  Isi karangan boleh berdasarkan pengetahuan luar pelajar ( yang berkaitan)

    BAHAGIAN C (Karangan Respon Terbuka)
    Markah penuh - 40 markah

    Karangan dinilai berdasarkan :

    a)  Penggunaan Bahasa
    b)  Idea / Isi
    c)  Pengolahan

    TEKNIK MENJAWAB BAHAGIAN C

    a)  Baca soalan dengan teliti.
    b)  Pilih tajuk karangan yang benar-benar difahami.
    c)  Cadangan : Isi + huraian + contoh
    d)  Bilangan perkataan perlu lebih 180 patah perkataan.
    e)  Unsur keindahan bahasa perlu dimasukkan dalam karangan ( kosa kata/peribahasa)
    f)  Frasa menarik (FS) membantu meningkatkan markah
      TEKNIK MENJAWAB BAHAGIAN D (Pemahaman Novel)

      a)  Pilih novel yang benar-benar diketahui jalan ceritanya.
      b)  Nyatakan nama novel yang dipilih dalam jawapan.
      c)  Tulis jawapan dalam satu perenggan sahaja.
      d)  Ayat yang dibina mestilah gramatis.
      e)  Isi mestilah disertakan dengan huraian/contoh berdasarkan watak/peristiwa/latar (mana-mana yang berkaitan)

        Post a Comment

        0 Comments