Ad Code

Karangan

CIRI-CIRI KARANGAN YANG BAIK ( 80 hingga 100 markah )

a. Takrif karangan tepat sekali
- Calon mesti menulis karangan menurut kehendak soalan.

b. Fikiran sungguh matang.

- Calon dianggap berfikiran matang sekiranya dapat mengemukakan pendapat, pandangan, atau cadangan yang baik atau bernas, logik, dan berasional iaitu dapat mengemukakan alasan yang munasabah.

c. Isi cukup dan berkembang

Isi cukup bermaksud calon mengemukakan tidak tidak kurang daripada 3 isi namun calon yang biasanya mendapat markah yang baik mengemukakan tidak kurang daripada 6 isi dan isi yang dikemukakan itu dikemukakan secara seimbang sekiranya terdapat lebih daripada 1 skop kehendak soalan.

Isi yang berkembang pula bermaksud isi yang diikuti dengan huraian dan contoh-contoh yang sesuai.

d. Pengolahan istimewa atau sangat menarik dan sungguh berkesan.

e. Bahasa sangat memuaskan dan lancar .

Bahasa yang digunakan ialah bahasa baku atau bahasa yang standard serta tidak dipengaruhi oleh gaya bahasa lisan. Misalnya :

f. Terdapat kesalahan tatabahasa yang tidak ketara (jelas )

g. Terdapat pelbagai jenis ayat.

Ini bermakna calon perlu menulis dalam ayat selapis, ayat majmuk (yang menggunakan kata hubung), ayat pendek, sederhana, dan panjang.

h. Kosa kata ( perkataan ) sangat luas dan digunakan dengan betul.

Calon yang baik menggunakan perkataan yang menunjukkan calon banyak membaca buku atau majalah yang ilmiah. Calon juga perlu menunjukkan kebolehan dapat menggunakan perkataan-perkataan tersebut dengan betul dan tepat.

i. Pemerengganan dan wacana digunakan dengan betul.

Calon menulis isi atau fakta, huraian, dan contoh yang lengkap dalam satu perenggan. Perenggan baru yang ditulis seharusnya menunjukkan kesinambungan dengan perenggan yang sebelumnya dengan menggunakan perkataan seperti :

Selain itu,…/ Namun begitu, masih terdapat beberapa bidang lain yang perlu kita terokai untuk melayakkan kita dianggap sebagai satu masyarakat yang serba boleh.

j. Tanda baca digunakan dengan tepat.

Calon yang memperoleh markah yang baik dalam penulisan karangan sangat mengambil berat tentang penggunaan tanda baca terutamanya tanda koma dan nokhtah.

Post a Comment

0 Comments