Ad Code

CONTOH MENJAWAB SOALAN RINGKASAN - sebab-sebab masyarakat kurang membaca buku ilmiah

Bahagian A(i) – ringkasan
[20 markah]
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasn tentang sebab-sebab masyarakat kurang membaca buku ilmiah. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah ayat asal. (Soalan percubaan PMR Negeri Melaka, 2010)


Tabiat membaca buku ilmiah dalam kalangan rakyat Malaysia masih rendah berbanding dengan negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, England, Jepun dan Taiwan. Penduduk negara yang ekonominya berasaskan sektor pertanian, masih beranggapan bahawa memiliki buku-buku ilmiah tidak sepenting seperti memiliki makanan. Lagipun, jumlah ahli keluarga yang besar, memaksa ketua keluarga berbelanja untuk membeli keperluan asas sahaja. Fenomena ini berlaku kerana rakyat yang tinggal di negara yang berasaskan pertanian sangat malas berfikir kerana bidang pertanian lebih teratur dan tidak banyak pancaroba. Mereka membaca hanyalah untuk menghiburkan hati. Lantaran itu, buku-buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, bernilai RM 40 juta tidak terjual kerana gagal menarik minat pernbaca. Buku-buku tersebut dikatakan kurang memuatkan ilustrasi dan isi kandungan buku pula terlalu padat.

Selain itu, bahan-bahan bacaan ilmiah lebih mahal daripada komik dan bahan-bahan bacaan picisan. Penjualan buku-buku ilmiah masih terbatas dan sukar dibeli di pasaran manakala bahan-bahan bacaan picisan boleh diperoleh di kaki lima, pusat beli-belah, stesen bas, pasar malam, dan pelbagai tempat lagi.


Komik dan bahan-bahan bacaan picisan juga dipersembahkan dalam bentuk ilustrasi dan grafik yang menarik. Bahan bacaan picisan menjadi pilihan pembaca kerana memuatkan karya-karya yang mengungkapkan tema yang ringan-ringan dan boleh dibaca ketika bersantai. Mereka tidak perlu memerah otak untuk memahaminya. Contohnya, kisah-kisah yang dipaparkan dalam karya picisan adalah tentang percintaan yang berakhir dengan pertemuan dijinjang pelamin, cinta tiga segi dan sebagainya.

Kehadiran bahan-bahan seperti ini bukan sahaja tidak membina minda masyarakat malah boleh menyebabkan berlakunya masalah sosial. Oleh itu, pihak kerajaan mestilah memantau penerbitan dan pengedaran bahan-bahan bacaan ini dalam masyarakat.

Buku-buku ilmiah juga kurang diberi perhatian kerana terpaksa bersaing dengan media massa dalam teknologi moden seperti Internet, video, dan televisyen. Oleh itu, terdapat ramai golongan cendekiawan serta para pelajar beralih kepada penggunaan teknologi moden yang lebih murah dan menyeronokkan.
(Dipetik dan diubahsuai daripada rencana, 
'Minda Pembaca' Berita Harian 2007)

Jawapan. 

Contoh 1

Sebab-sebab masyarakat kurang membaca buku ilmiah ialah penduduk yang ekonominya berasaskan pertanian, beranggapan buku-buku ilmiah tidak penting. Selain itu, jumlah ahli keluarga yang besar, memaksa ketua keluarga berbelanja untuk keperluan asas sahaja. Bahan-bahan bacaan ilmiah pula lebih mahal daripada bahan-bahan bacaan picisan. Di samping itu penjualannya terbatas dan sukar dibeli di pasaran. Buku-buku ilmiah juga tidak dipersembahkan dalam bentuk ilustrasi dan grafik yang menarik dan kini terpaksa bersaing pula dengan media massa dalam teknologi moden yang lebih murah dan menyeronokkan.

(80 patah perkataan)

Contoh 2

Sebab-sebab masyarakat kurang membaca buku ilmiah jumlah ahli keluarga yang besar, memaksa ketua keluarga berbelanja untuk membeli keperluan asas sahaja. Mereka membaca hanyalah untuk menghiburkan hati. Buku-buku ilmiah pula kurang memuatkan ilustrasi dan grafik yang menarik serta isi kandungan buku terlalu padat. Selain itu, bahan-bahan tersebut lebih mahal daripada komik dan bahan-bahan picisan. Di samping itu, penjualan buku-buku ilmiah masih terbatas dan sukar dibeli di pasaran. Buku-buku ilmiah juga kurang diberi perhatian kerana terpaksa bersaing dengan media massa dalam teknologi moden.

(81 patah perkataan)

Contoh 3

Sebab-sebab masyarakat kurang membaca buku ilmiah ialah buku ilmiah kurang memuatkan ilustrasi. Selain itu, isi kandungan buku ilmiah pula terlalu padat. Di samping itu, bahan-bahan bacaan ilmiah lebih mahal daripada komik dan bahan-bahan picisan. Tambahan pula, penjualan buku-buku ilmiah masih terbatas dan sukar di beli di pasaran. Selain itu, buku ilmiah gagal menarik minat pembaca. Tambahan pula, masyarakat beranggapan bahawa memiliki bahan-bahan ilmiah tidak sepenting seperti membeli makanan. Di samping itu, buku-buku ilmiah terpaksa bersaing dengan media massa dalam teknologi moden.

(81 patah perkataan)

Post a Comment

6 Comments

  1. syerifah emmanina syed shahrilFebruary 6, 2012 at 6:38 PM

    salam nak tanye kenape skla maseh gagal mewujudkan budaya membaca dalam kalangan murid???

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin ibu bapa kurang menggalakkan anak-anak mereka membaca

      Delete
    2. Lya betul kerana ibu bapa memberi hurang tumpuan kepada anak anak mereka

      Delete
  2. أنا أحب ماليزيا

    ReplyDelete
  3. iTz_tarraGLOW.lauvMarch 9, 2020 at 3:24 AM

    wah.. karangan ni sangat memberi maklumat, info dgn ilmu kpada sya..Saya seorang budak tingkatan 1 dan mengulang kaji pelajaran skrg.. TERIMA KASIH cikgu..

    ReplyDelete