Ad Code

CONTOH MENJAWAB SOALAN - Bahagian B


Bahagian B
[20 Markah]

Berdasarkan rajah di bawah, huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah untuk memupuk semangat kejiranan. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.


Contoh 1.

      Marcapada ini, semangat kejiranan amat penting dalam masyarakat berbilang kaum. Persoalannya, apakah langkah-langkah untuk memupuk semangat kejiranan.

      Menyertai aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong dapat menyemai semangat bekerjasama dan toleransi di kalangan anggota masyarakat. Dengan menyertai aktiviti gotong-royong, semua anggota masyarakat boleh mengenali satu sama lain dan semangat perpaduan dapat dipupuk sesama jiran tetangga tanpa mengira agama mahupun bangsa.

      Selain itu, mengadakan rumah terbuka juga merupakan satu langkah yang baik untuk memupuk semangat kejiranan. Ini kerana, di rumah terbuka kita boleh saling bertegur sapa dan berkenalan dengan lebih mendalam jiran tetangga kita. 

      Menziarahi jiran tetangga yang sakit amat digalakkan kerana kita bukan sahaja dapat menzahirkan simpati  tetapi secara tidak langsung dapat mengurangkan perasaan tertekan pesakit. Di samping itu, kita juga dapat mengenali jiran tetangga dengan lebih dekat.

Contoh 2.

      Marcapada ini, semangat kejiranan dalam masyarakat kita semakin luntur. Sehubungan itu, langkah-langkah yang drastik perlu diambil untuk memupuk semangat kejiranan.

      Antara langkah memupuk semangat kejiranan ialah selalu menyertai aktiviti kemasyarakatan. Misalnya, ketua kampung boleh mengadakan gotong royong satu kali sebulan dan melibatkan semua penduduk dalam kegiatan ini. Dengan ini, nilai toleransi dan semangat bekerjasama dapat disemai.

      Selain itu, menghadiri rumah terbuka juga boleh memupuk semangat kejiranan. Dengan menghadiri rumah terbuka, jiran-jiran boleh bergaul dan berbual bersama-sama tanpa mengira kaum supaya hubungan sesama tetanga lebih mesra.

      Menziarahi jiran tetangga yang sakit bukan sahaja memupuk perasaan kasih sayang dan saling hormat-menghormati. Mereka akan rasa disayangi oleh jiran-jiran kerana ada yang mengambil berat ketika mereka sakit.

    Natijahnya, langkah-langkah ini perlu dilaksanakan demi memupuk semangat kejiranan yang lebih kental dikalangan masyarakat.

Post a Comment

1 Comments

  1. this is really goooood... even though i dont exactly understand :P

    ReplyDelete