Tuesday, August 24, 2010

Contoh jawapan soalan 2.

      Pada era globalisasi kini, pelajar berlumba-lumba untuk menjejakkan kaki ke menara gading. Mereka mesti berjuang antara satu sama lain demi untuk merealisasikan impian mereka dan juga impian kedua ibu bapa mereka. Pada masa sekarang tubuh sasa dan rupa bentuk yang menawan buka lagi menjadi ukuran. Kini yang menjadi ukuran ialah tahap pelajaran seseorang, lebih tinggi tahap pelajaran mereka, lebih tinggilah kedudukan mereka disisi masyarakat. Zaman sekarang adalah zaman ilmu. Sesiapa yang tidak berilmu akan ketinggalan di belakang. Namun masih ramai lagi pelajar-pelajar yang tidak mementingkan masa depan. Mereka lebih suka merempit, terlibat dengan perkara-perkara yang tidak baik yang hanya merosakkan masa depan mereka sahaja.

      Sebenarnya mereka bukan anjing buruk kepala, jika mereka berusaha dengan gigih, mereka juga boleh berjaya seperti orang lain. Dalam hal ini, ibu bapa memainkan peranan penting dalam memastikan kejayaan akademik anak-anak mereka. Kata orang melentur buluh biarlah dari rebung. Disinilah peranan ibu bapa amat penting dalam mencorakkan masa depan anak-anak mereka. Jangan tunggu sehingga mereka dah besar dan terjebak dengan gejala sosial, baru ibu bapa mahu bertindak. Kejayaan akademiklah yang akan menentukan haluan mereka di kemudian hari. Ibu bapa harus menanamkan budaya suka membaca dan suka kepada ilmu terhadap anak-anak mereka. Malah, wahyu yang pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w adalah perkataan "Iqra!" atau "Bacalah!". Disini jelas kepada kita bahawa mencari ilmu atau belajar itu amat penting dalam kehidupan kita.

      Untuk menggalakkan anak-anak suka membaca, harus dimulakan dengan ibu bapa terlebih dahulu. Sekiranya ibu bapa rajin membaca di rumah, anak-anak akan mengikut jejak langkah mereka. Sebab ibu bapa adalah rujukan pertama anak-anak mereka sebelum mereka melangkah ke alam persekolahan. Ibu bapa perlu memaksakan diri untuk menemani anak-anak membaca. Jangan jadikan alasan penat atau sibuk untuk tidak menemani mereka membaca. "Membaca itu jambatan ilmu'", dengan membaca baru kita boleh dapat ilmu.

      Untuk membaca kita perlukan bahan bacaan seperti buku, majalah, dan sebagainya. Ibu bapa tidak boleh bersikap tangkai jering demi untuk membeli buku-buku terutamanya buku-buku ilmiah. Malahan dengan galakan pemotongan cukai yang diberikan oleh kerajaan untuk pembelian buku, sepatutnya dijadikan dorongan untuk ibu bapa membeli lebih banyak buku. Ibu bapa sepatutnya sering membawa anak-anak ke perpustakaan awam atau ke pameran buku supaya sikap cintakan ilmu boleh dipupuk terhadap anak-anak.

      Ibu bapa juga haruslah sentiasa memastikan bahawa anak-anak membuat kerja rumah yang diberikan oleh guru-guru mereka. Temani mereka ketika mereka membuat kerja rumah. Kalau perlu buatkan air minuman untuk mereka semasa mereka membuat kerja rumah. Ambil berat tentang mereka supaya mereka tahu bahawa kita amat mementingkan kejayaan akademik mereka. Kalau kita tidak mampu untuk menyelesaikan kerja rumah mereka, sekurang-kurangnya berilah nasihat betapa pentingnya kejayaan akademik pada masa sekarang. Berilah contoh-contoh mengenai kejayaan saudara-mara atau sahabat handai kita yang telah berjaya dalam bidang akademik. Kita juga boleh memberikan contoh mereka yang gagal dalam pelajaran. Supaya dengan contoh-contoh yang kita berikan ini dapat mendorong mereka untuk lebih cemerlang didalam pelajaran mereka.

      Sekiranya mereka gagal atau kurang cemerlang dalam pelajaran, berikan galakan dan dorongan. Jangan menghukum mereka disebabkan kegagalan mereka dan jangan sesekali katakan "awak gagal". Cuba katakan kepada mereka "awak belum berjaya", untuk memberikan dorongan kepada mereka supaya berusaha dengan lebih gigih sehingga mereka berjaya. Ibu bapa perlu sentiasa memberikan nasihat dan kata-kata peransang kepada mereka. "Batu yang keras, air pelekuknya, hati yang keras lidah pelembutnya". Mudah-mudahan dengan nasihat yang lemah lembut, dan kata-kata peransang yang baik dari kedua ibu bapa akan menguatkan lagi semangat mereka untuk berjaya.

      Kejayaan tidak datang sekelip mata. Kejayaan memerlukan pengorbanan. Pengorbanan ibu bapa memastikan kejayaan akademik anak mereka adalah pengorbanan yang begitu tulus dan suci. Harta yang paling bernilai yang kita boleh tinggalkan untuk anak-anak ialah ilmu. Ilmu tidak boleh dinilai harganya. Nabi Muhammad bersabda yang maksudnya "sekiranya kamu inginkan akhirat, hendaklah dengan ilmu. Sekiranya kamu inginkan dunia, hendaklah juga dengan ilmu. Sekiranya kamu inginkan kedua-duanya, hendaklah juga dengan ilmu". Berikan ilmu yang secukupnya kepada anak-anak supaya mereka tidak akan mendakwa kita mengabaikan pendidikan mereka dikemudian hari.      



4 comments:

  1. Replies
    1. karangan yang sangat menarik perhatian....

      Delete
  2. nice essay..i love it ..very usefull
    thank you vv much..

    ReplyDelete
  3. KARANGAN YANG SANGAT BAGUS UNTUK SAYA MENGULANGKAJI

    ReplyDelete

Categories

Alam Sekitar Anak Din Biola Analisis Keputusan SPM 2012 analisis novel Analisis pemahaman KOMSAS Analisis Soalan Novel Analisis Soalan Penulisan Analisis soalan PMR Analisis Soalan PMR K2 Analisis soalan-soalan PMR Kertas 1 bahagian A (ii) Bahagian A(ii): Pemahaman Bahagian B BAHAGIAN B (Karangan Bahan Rangsangan) Bahagian C Karangan Umum Bahagian D KOMSAS Bahasa Melayu Bahasa Melayu PMR Cerpen Tingkatan 5 Contoh jawapan Contoh Jawapan Bahagian D Contoh jawapan Bhg B Contoh jawapan Bhg C Contoh jawapan Kertas 2 Contoh jawapan pemahaman Contoh Jawapan Ringkasan Contoh karangan Contoh Karangan PMR 2012 Contoh karangan respon terbuka Contoh Soalan Kertas 1 Contoh teks ucapan contoh teks ucapan hari inovasi sekolah Definisi Wacana Doa kejayaan dalam peperiksaan Drama Tingkatan 5 huraian pantun budi Identiti Nasional Interlok karangan karangan autobiografi Karangan Bahagian A Karangan Bahagian B Karangan berbentuk peribahasa Karangan berbentuk syarahan karangan berdasarkan fakta Karangan bergambar Karangan jenis biografi Karangan jenis catatan diari Karangan Jenis Ucapan Karangan PMR Karangan Rangsangan Karangan SPM Karangan Tidak Berformat Kepentingan Perpaduan Kaum Kepentingan Sukan Kertas 1 Kertas 2 Kertas 2 BM SPM Kesalahan tatabahasa kesedaran sivik Kesilapan tatabahasa komsas Komsas Tingkatan 5 Kosa Kata Masalah ponteng Menguruskan Alam Sekitar Novel Novel Tingkatan 5 Panduan membuat karangan Panduan menjawab Kertas 2 Panduan Menulis Ringkasan pantun pantun budi Patung Kencana Dari Kuripan Pemahaman Penanda Wacana penanda wacana ayat 2 Penanda wacana memulakan karangan Pencemaran Air Penjagaan alam sekitar Penjodoh Bilangan Pentaksiran Berasaskan Sekolah Pentaksiran Tingkatan 3 Peranan ibu bapa Peranan Ibu Bapa Membendung Gejala Sosial Peranan Ibu bapa Membentuk Akhlak percubaan 2011 Percubaan K 2 Percubaan PMR BM 2009 Percubaan PMR BM 2011 Peribahasa Perkasakan Bahasa Melayu PMR Prosa tradisional Puisi moden Punca stress dan cara mengatasi stress. Stress Raja Bersiung Rencana Ringkasan Rumusan Soalan 1 soalan 1 - 7 Soalan 1 Kertas 2 Soalan 15 - 17 Soalan 18 - 21 Soalan 22 - 24 Soalan 25 - 27 Soalan 28 - 30 Soalan 3 Soalan 31 - 40 Soalan 8 - 14 Soalan Bahagian C no. 2. Kertas 2 Soalan Perbahasa Kertas 1 Soalan percubaan 2010 Soalan Percubaan BM SPM 2012 Soalan Percubaan PMR Soalan Percubaan PMR 2010 Soalan Percubaan PMR 2012 Soalan Percubaan PMR BI 2011 Soalan Percubaan PMR BM 2012 Soalan percubaan UPSR 2012 Soalan Peribahasa Kertas 2 Soalan Pertengahan tahun 2011 Soalan PMR Soalan PMR 2009 SPM SPM 2012 SPM Kertas 1 Bahagian A Sukan Surat kiriman Surat kiriman tidak rasmi Surat rasmi Surat Tidak Rasmi Taburan kesukaran soalan PMR tatabahasa tatabahasa secara umum Teknik menjawab soalan kertas 2 Teknik Penulisan Karangan Teks Ucapan teks ucapan pengetua tip cemerlang belajar Tip mudah ingat Tips Karangan SPM Tips lulus cemerlang Tragedi 4 dis wacana

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Hakmilik retibahasa.blogspot.com. Powered by Blogger.
Subscribe Via Email

Subscribe to our newsletter to get the latest updates to your inbox. ;-)

Your email address is safe with us!

Sponsor

SAHABAT BLOGGER

Tweet Bahasa Itu Indah

Google+ Followers

Jalinkan Silaturahim

Recommend us on Google!
Pin It On Pinterest
Follow Me on Pinterest

Jom Sembang

KOLEKSI SOALAN BAHASA MELAYU

KARANGAN BAHASA MELAYU PMR

PMR Kertas 1

Karangan SPM

BAHASA MELAYU SPM KERTAS 2

Unordered List

Popular Posts