Selain itu, bahan-bahan bacaan ilmiah lebih mahal daripada komik dan bahan-bahan bacaan picisan. Penjualan buku-buku ilmiah masih terbatas dan sukar dibeli di pasaran manakala bahan-bahan bacaan picisan boleh diperoleh di kaki lima, pusat beli-belah, stesen bas, pasar malam, dan pelbagai tempat lagi.
Komik dan bahan-bahan bacaan picisan juga dipersembahkan dalam bentuk ilustrasi dan grafik yang menarik. Bahan bacaan picisan menjadi pilihan pembaca kerana memuatkan karya-karya yang mengungkapkan tema yang ringan-ringan dan boleh dibaca ketika bersantai. Mereka tidak perlu memerah otak untuk memahaminya. Contohnya, kisah-kisah yang dipaparkan dalam karya picisan adalah tentang percintaan yang berakhir dengan pertemuan dijinjang pelamin, cinta tiga segi dan sebagainya.
Kehadiran bahan-bahan seperti ini bukan sahaja tidak membina minda masyarakat malah boleh menyebabkan berlakunya masalah sosial. Oleh itu, pihak kerajaan mestilah memantau penerbitan dan pengedaran bahan-bahan bacaan ini dalam masyarakat.
Buku-buku ilmiah juga kurang diberi perhatian kerana terpaksa bersaing dengan media massa dalam teknologi moden seperti Internet, video, dan televisyen. Oleh itu, terdapat ramai golongan cendekiawan serta para pelajar beralih kepada penggunaan teknologi moden yang lebih murah dan menyeronokkan.
(Dipetik dan diubahsuai daripada rencana,
'Minda Pembaca' Berita Harian 2007)
Bahagian A (ii) - Pemahaman
[10 markah]
1. Berikan maksud rangkai kata masih terbatas seperti dalam petikan.
[2 markah]
JawapanContoh 1
Rangkai kata masih terbatas seperti petikan di atas bermaksud lagi terhad.
Contoh 2.
Maksud rangkai kata masih terbatas seperti dalam petikan ialah lagi terhad.
2. Mengapakah komik dan bahan-bahan bacaan picisan menjadi pilihan
ramai?
[4 markah]
Jawapan
Contoh 1
Komik dan bahan-bahan bacaan picisan menjadi bahan pilihan ramai kerana bahan tersebut dipersembahkan dalam bentuk ilustrasi dan grafik yang menarik. Selain itu, bahan bacaan tersebut memuatkan karya-karya yang mengungkapkan tema yang ringan-ringan dan boleh dibaca ketika bersantai.
Contoh 2
Komik dan bahan bacaan picisan menjadi pilihan ramai kerana bahan ini mudah diperolehi di kaki lima, pusat beli-belah, stesen bas, pasar malam, dan pelbaga tempat lagi. Selain itu, komik dan bahan bacaan picisan dipersembahkan dalam bentuk ilustrasi dan grafik yang menarik.
3. Nyatakan dua cara pada pendapat anda, kerajaan dapat menggalakkan
minat membaca buku-buku ilmiah dalam kalangan masyarakat.
[4 markah]
JawapanContoh 1
Pada pendapat saya, dua cara kerajaan dapat menggalakkan minat membaca buku-buku ilmiah dalam kalangan masyarakat ialah mengadakan bulan membaca buku ilmiah. Selain itu, mengadakan kempen kepentingan membaca buku-buku ilmiah agar dapat memberikan kesedaran kepada masyarakat. Di samping itu, pihak kerajaan perlu mengadakan promosi jualan buku-buku ilmiah dan dipasarkan di pasaran. Buku-buku ilmiah juga perlulah disaratkan dengan isi kandungan yang menarik minat pembaca.
Contoh 2
Dua cara pada pendapat saya, kerajaan dapat menggalakkan minat membaca buku-buku ilmiah dalam kalangan masyarkat dengan mengadakan kempen "bacalah buku-buku ilmiah". Kempen ini dapat menyalurkan kebaikan dan kepentingan membaca buku ilmiah kepada kalangan masyarakat. Selain itu, kerajaan boleh mengadakan pameran buku ilmiah dua kali setahun di tempat tertentu. Kerajaan boleh memberi diskaun kepada sesiapa yang membeli buku ilmiah tersebut sebagai usaha menggalakkan masyarakat membaca buku ilmiah. Tambahan pula, kerajaan boleh mempelbagaikan jenis atau topik buku ilmiah supaya pembaca dapat membuat pilihan.
3 Comments
soalan pendapat...
ReplyDeletekite memang kene bagi 4 pendapat/jawapan kew???
takde ke karangan tentang kepentingan mengadakan pesta buku?
ReplyDeletebole ke jwp tu buat mcm ringkasan? bole tak klau letak mcm ni " 1)@#%% 2)@##%" ? kt permulaan jwp?
ReplyDelete