Ad Code

Analisis novel PMR - Anak Din Biola, Tragedi Empat Disember

Tingkatan satu.
Anak Din Biola

Tema Kegigihan anak yatim bernama Budiman yang serba kekurangan.
a.  Budiman dan rakan-rakan bekerja di waktu malam
b.  Kanak-kanak buta bermain piano
c.  Budiman belajar menggesek biola
Persoalan a. Penyakit sosial dalam masyarakat
    Contoh: Rasuah
b. Ketaatan kepada perintah tuhan
    Contoh: Solat subuh secara berjemaah
c. Penghargaan terhadap orang yang berjasa
    Contoh: Ayah Budiman dikurniai pingat.
Perwatakan Budiman a. gigih
    Contoh: Belajar menggesek biola
b. berani
    Contoh: Berani melaporkan perbuatan Pak Mat tukang masak
c.  Teguh menyimpan rahsia
    Contoh: Tidak membocorkan rahsia bahawa Pak mat Tukang Masak memiliki Biola.
Perwatakan Watak Sampingan a. Pak Jais -
b. Pak Wan Busu -
c. Pak Mat Tukang Masak -
Nilai a. setia kawan 
    Contoh: Chong dan Chandra sanggup membantu Budiman
b.  Kejujuran
    Contoh: cadangan untuk menutup lubang air ketika hujan tidak disetujui Chong
c.  Kebersihan
    Contoh: Gotong royong di Rumah Bonda.
Pengajaran a. kita hendaklah bekerjasama antara satu sama lain
    Contoh: Chong dan Chandra sanggup membantu Budiman yang keresahan.
b. kita hendaklah melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh.
    Contoh: Budiman melakukan pelbagai perkara supaya dapat belajar bermain biola.
c. kita hendaklah menunaikan amanat yang diberikan.
    Contoh: Pak mat Tukang Masak yang tidak amanah akhirnya menerima pembalasan.
Latar Tempat/
Peristiwa
a.  rumah anak-anak yatim     -
b. Kampung asal Budiman –
c. Tempat Din Biola disemadikan
Latar Masyarakat a  anak yatim -
b. pencinta muzik tradisional -
c. mengkhianati anak yatim -
Klimaks a.  Menyertai pertandingan
b.  Mempersembahkan lagu pertama
c.  Ditemu ramah selepas lagu pertama dimainkan
d.  Menyambung persembahan
e.  Pengumuman keputusan
Peleraian a.  Budiman menjadi juara
b.  Mendapat hadiah
c.  Budiman dan rakan-rakan sudah boleh berdikari
d.  Pak Mat Tukang Masak mendapat pembalasan.

Tingkatan Dua
Tragedi Empat Disember


Tema Pengalaman penuh trajik yang ditempuh dengan ketabahan.
Persoalan a. Kepatuhan kepada ketua
    Contoh: Razi, Lina Lim dan Rendera patuh kepada Kamarul Azam
b. Kelemahan dalam kawalan keselamatan
    Contoh: Terdapat senjata berbahaya yang diseludup masuk ke pesawat.
c. Muafakat dalam sebarang urusan
    Contoh: Pegawai polis, kakitangan penyelamat dan pihak pengurusan kapal terbang bekerjasama
Perwatakan Kamarul
Azam
a. Mempunyai bakat kepimpinan
    Contoh: Menjadi ketua yang cekap dalam perkhemahan
b. Taat kepada perintah tuhan
    Contoh: Solat Maghrib secara berjemaah
c.  Bijaksana
    Contoh: Mengarahkan Razi agar membawa bot berhampiran dengan pantai.
Perwatakan Watak Sampingan a.  Razi -
b.  Antik -
c.  DSP Razali -
Nilai a. Kerjasama 
    Contoh: Pasukan keselamatan malaysia bekerjasama dengan pasukan keselamatan Indonesia
b. Berhemah tinggi
    Contoh: Fairuz menghormati DSP Yazid sebagai pegawai tinggi polis
c. Kesabaran
    Contoh: Puan Katijah sabar menghadapi cabaran akibat kehilangan suami dan anak yang belum ditemukan.
Pengajaran a. Menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara jiran
    Contoh: Hubungan yang baik antara Malaysia dengan Indonesia
b. kita hendaklah bekerjasama supaya kerja yang susah menjadi mudah
    Contoh: Masing-masing menjalankan tugas ketika berkhemah
c. kita hendaklah tabah menghadapi dugaan
    Contoh: Puan Katijah tenang walaupun kehilangan suami tersayang.
Latar Tempat/
Peristiwa
a.  Kampung kelahiran Pak Widodo -
b.  Perkhemahan Pengakap -
c.  Kapal terbang terhempas -
Latar Masyarakat a  Pasukan keselamatan -
b. Nelayan-
c. Pengkhianat Negara -
Klimaks
Peleraian a.  Antik kembali ke pangkuan keluarganya
b.  Misteri kehilangan kotak yang dijumpai oleh Azam dan Razi terjawab.



Tingkatan Tiga
Kanang Anak Langkau


Tema Semangat cinta akan negara dalam kalangan anggota tentera
Persoalan a. Kenakalan anak dalam keluarga bermasalah
b. Disiplin amat tinggi dalam angkatan tentera
c. Ketegasan ketika menjalankan tugas diperlukan
d..Semangat setia kawan yang tinggi dalam pasukan.
Perwatakan Kanang a. Berani
    Contoh: Ketika operasi di Hutan Korbu, Kanang telah menumpaskan banyak pengganas.
b. Sangat nakal
    Contoh: Menyumpit ayam orang hingga mati menggelupar
c.  Bijaksana
    Contoh: Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan sesuatu operasi
Perwatakan Watak Sampingan a.  Datuk kanang -
b.  Mr Ford -
c.  Koperal Micheal - 
Nilai a. Gigih 
    Contoh: Tidak fasih berbahasa  Melayu ataupun Inggeris tetapi dapat menjalani latihan hingga tamat.
b. Berani
    Contoh: Berjalan di hadapan sekali ketika operasi di dalam hutan.
c. Berdisiplin
    Contoh: Pakaian Kanang sentiasa kemas, berambut pendek.
Pengajaran a. kita hendaklah bertimbang rasa
    Contoh: Kanang menumbuk Kompeni Sarjan Mejer
b. kita hendaklah mengekalkan keharmonian keluarga
    Contoh: Kanang nakal kerana ditinggalkan oleh ayah dan ibunya.
c. kita hendaklah sentiasa bersedia untuk berkhidmat kepada negara
    Contoh: Kanang dipanggil bertugas pada hari perkahwinannya.
Latar Tempat/
Peristiwa
a.  Rumah Panjang Skra Hilir -
b.  Sekolah latihan Peperangan Hutan di Ulu Tiram, Johor. -
c.  Hutan Korbu, Perak. -
Latar Masyarakat a  Masyarakat Iban -
b. Komunis -
c. Orang Inggeris -
Klimaks
Peleraian a.  Keadaan Kanang dan keluarga selepas beliau bersara
b.  Sanggup masuk hutan semula bertugas walaupun baru keluar dari hutan



Post a Comment

0 Comments