Ad Code

Analisis Keputusan SPM 2012

Analisis SPM 2012
Seramai 15,793 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu memperoleh gred A bagi semua mata pelajaran yang diduduki, peningkatan 0.13 peratus berbanding 15,079 calon pada 2011. Daripada jumlah tersebut seramai 13,721 daripada calon itu merupakan calon sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang meningkat daripada 12,970 calon tahun sebelumnya, dan 2,072 calon lagi ialah calon sekolah bukan KPM, yang mengalami penurunan berbanding 2,109 tahun sebelumnya.

Seramai 481 calon iaitu 438 calon sekolah KPM dan 43 calon sekolah bukan KPM berjaya memperoleh gred A+ iaitu Cemerlang Tertinggi bagi semua mata pelajaran yang diduduki.

Seramai 844 calon berkeperluan khas menduduki peperiksaan SPM tahun lalu berbanding 662 calon pada tahun sebelumnya, iaitu pertambahan sebanyak 27.5 peratus. Daripada jumlah itu tiga calon rabun dan dua calon lain-lain jenis kecacatan (Attention Deficit Disorder dan High Spectrum Autism) mendapat sekurang-kurangnya gred A- (Cemerlang) dalam semua mata pelajaran yang diduduki.

Berdasarkan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP), prestasi 51 mata pelajaran meningkat, 54 mata pelajaran menurun dan tiga mata pelajaran kekal berbanding tahun sebelumnya. Mata pelajaran yang meningkat ialah mata pelajaran teras iaitu Matematik yang meningkat 0.30 mata dan Pendidikan Moral yang meningkat 0.21 mata.

Prestasi mata pelajaran teras lain iaitu Bahasa Melayu, Pendidikan Islam, Sejarah, Sains dan Bahasa Inggeris pula menurun. Bagaimanapun seramai 229,009 atau 51.1 peratus calon yang menduduki Bahasa Inggeris (1119) SPM berjaya memperoleh Sijil GCE O-Level.

Bagi mata pelajaran elektif, 49 daripada 101 mata pelajaran menunjukkan peningkatan prestasi termasuk mata pelajaran elektif sains seperti Matematik Tambahan dan Kimia serta Biologi yang mencatat peningkatan signifikan sebanyak 0.33 mata, juga beberapa mata pelajaran elektif teknikal seperti Pengajian Kejuruteraan Mekanikal, Reka Cipta, Teknologi Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).

Mata pelajaran Prinsip Perakaunan juga menunjukkan peningkatan prestasi sebanyak 0.10 mata, dan daripada 78,612 calon yang menduduki Prinsip Perakaunan, seramai 48,193 atau 61.3 peratus layak menerima Sijil LCCI daripada Education Development International (EDI), United Kingdom.

Post a Comment

0 Comments