Ad Code

Keputusan STPM 2012 Menunjukkan Peningkatan Berbanding Tahun Lalu

Tahniah kepada semua calon yang telah berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan STPM yang diumumkan keputusannya hari ini. Seramai 47,884 calon atau 92.67 peratus daripada 51,673 yang mengambil Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2012 mencatatkan keputusan lulus penuh bagi sekurang-kurangnya satu mata pelajaran dalam peperiksaan yang diduduki hujung tahun lalu.

Jumlah itu merupakan peningkatan sebanyak 0.48 peratus berbanding 46,705 calon pada tahun 2011 yang mendapat keputusan sama.

Menurut Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Prof. Datuk Dr. Mohd. Noh Dalimin berkata, daripada jumlah itu, seramai 2,709 calon mencapai keputusan lulus penuh untuk lima mata pelajaran manakala 21,779 calon pula lulus penuh empat mata pelajaran.

Seramai 10,029 calon (19.41 peratus) lagi lulus penuh tiga mata pelajaran, 7,299 calon (14.13  peratus) lulus penuh dua mata pelajaran dan 6,068 calon (11.47 peratus) lulus penuh satu mata  pelajaran.

Jumlah calon yang mendapat lulus penuh dalam lima dan empat mata pelajaran telah meningkat sebanyak 1,253 calon, iaitu daripada 23,246 calon (45.89 peratus) pada tahun 2011 kepada 24,488 calon  (47.39 peratus) bagi tahun lepas.

Seramai 18 calon telah mencapai keputusan cemerlang Gred A  dalam lima mata pelajaran yang diambil berbanding 12 calon pada tahun sebelumnya. Daripada jumlah itu, tujuh calon adalah pelajar aliran sains dan 11 lagi dari aliran  sastera.

Bilangan calon yang mengambil lima mata pelajaran dan mendapat empat Gred A pula adalah  sebanyak 53 calon manakala bilangan calon yang mengambil empat mata pelajaran dan mendapat empat Gred A  adalah sebanyak 379 calon.

Prestasi calon tahun 2012 adalah lebih baik berbanding tahun  sebelumnya, di mana min Purata Nilai Gred Keseluruhan (PGNK) negara meningkat kepada 2.24 daripada 2.22  pada 2011.

Pada 2012, seramai 442 calon (0.86 peratus) mendapat PGNK 4.00 berbanding 300 calon (0.59  peratus) pada tahun sebelumnya, iaitu meningkat sebanyak 142 calon.


Post a Comment

0 Comments