1. APAKAH PROGRAM 6P?
Program 6P adalah singkatan bagi Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin. Ia adalah satu pakej program yang menggabungkan beberapa syor yang dikemukakan oleh Makmal Pengurusan Warga Asing (MPWA) sebagai pendekatan terkini oleh Kerajaan untuk memantapkan pengurusan warga asing di Malaysia.
2. APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN 6P?
Program 6P adalah singkatan bagi Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin. Ia adalah satu pakej program yang menggabungkan beberapa syor yang dikemukakan oleh Makmal Pengurusan Warga Asing (MPWA) sebagai pendekatan terkini oleh Kerajaan untuk memantapkan pengurusan warga asing di Malaysia.
2. APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN 6P?
Angka enam (6) pada nama Program 6P itu membawa maksud kepada enam peringkat pelaksanaan yang akan digerakkan sepanjang tempoh program ini, bermula dengan PENDAFTARAN, PEMUTIHAN, PENGAMPUNAN, PEMANTAUAN, PENGUATKUASAAN dan PENGUSIRAN.
3. APA YANG AKAN DILAKUKAN KERAJAAN PADA SETIAP PERINGKAT TERSEBUT?
Secara asasnya, berikut adalah proses yang akan berlaku pada setiap peringkat:
PERINGKAT 1: PENDAFTARAN
Pada peringkat ini, proses pendaftaran akan dilaksanakan untuk tujuan mendaftarkan pebdatang asing tanpa izin (PATI) di Malaysia, dan menerusi kaedah ini, Kerajaan berpeluang mendapatkan maklumat majikan PATI, selain rekod peribadi serta data biometrik PATI yang merupakan elemen teras bagi rasional pelaksanaan program ini. Tindakan ini selari dengan inisiatif Kerajaan untuk mewujudkan pangkalan data komprehensif bagi setiap warga asing di Malaysia, sekali gus membolehkan proses pemantauan dilaksanakan secara lebih berkesan, termasuklah usaha membabitkan penyelesaian dalam menangani isu pemalsuan identiti serta dokumen yang selama ini mudah dipalsukan akibat tiada rekod biometrik.
PERINGKAT 2: PEMUTIHAN
Pada peringkat ini, setiap PATI yang telah berdaftar menerusi program ini akan dikenal pasti jika wujud keperluan untuk mengekalkan mereka dalam sektor tertentu yang mempunyai penawaran kekosongan kerja membabitkan pekerja asing. Jika hasil pertimbangan mendapati PATI yang terbabit sesuai untuk mengisi kekosongan tersebut, maka mereka akan diputihkan dan seterusnya dijadikan pekerja asing yang sah dengan senarai majikan yang berdaftar. Bagaimanapun, proses pemutihan ini hanya akan dipertimbangkan untuk sektor serta negara sumber yang tersenarai dalam dasar penggajian pekerja asing dan yang pernah diberikan kebenaran khas kerajaan termasuk sub-sektor yang sedang dibekukan. Pada masa yang sama, proses pemutihan ini juga akan mengambil kira kelayakan majikan berdasarkan keperluan semasa mengikut sektor dan sub-sektor yang akan ditentukan oleh kementerian/agensi kawal selia.
PERINGKAT 3: PENGAMPUNAN
Pada peringkat ini PATI yang tidak tersenarai untuk diputihkan, atau PATI yang secara sukarela memilih untuk pulang ke negara asal mereka masing-masing akan diampun dan dibenarkan pulang atas kos sendiri tanpa dikenakan sebarang bentuk tindakan. Bagaimanapun, pengampunan ini hanya terhad kepada PATI yang melakukan kesalahan imigresen sahaja.
PERINGKAT 4: PEMANTAUAN
Pada peringkat ini, naziran ke premis-premis majikan seluruh negara akan dilakukan untuk memberi nasihat kepada majikan, selain pada masa sama menerangkan implikasi tindakan undang-undang sekiranya mereka didapati melindungi pekerja berstatus PATI yang tidak berdaftar dengan Program 6P. Antara lain, majikan serta PATI yang berkenaan boleh dikenakan tindakan di bawah peruntukan Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 (Pindaan 2010) dan Akta Imigresen 1959/63 yang boleh membawa kepada hukuman denda sehingga RM1 juta.
PERINGKAT 5: PENGUATKUASAAN
Pada peringkat ini, operasi penguatkuasaan bersepadu akan dilaksanakan secara besar-besaran dan digerakkan dengan tujuan untuk mengesan serta menangkap PATI serta majikan yang dikenal pasti masih melakukan kesalahan imigresen.
PERINGKAT 6: PENGUSIRAN
Di peringkat terakhir ini, PATI yang telah ditangkap melalui operasi penguatkuasaan bersepadu akan dikenakan tindakan undang-undang sebelum diusir keluar dari Negara ini. Oleh kerana kos bagi proses pengusiran ini ditanggung menggunakan peruntukan Kerajaan, maka setiap PATI yang diusir akan turut sama disenaraihitamkan daripada kebenaran untuk masuk semula ke negara ini.
4. APAKAH RASIONAL KERAJAAN MELAKSANAKAN PROGRAM 6P?
Program 6P dilaksanakan atas dua rasional seperti berikut:
I. RASIONAL KESELAMATAN
- Bertujuan mendapatkan data serta biometrik pendatang asing tanpa izin di Negara ini, sekali gus juga mendapatkan statistik jumlah mereka di Malaysia;
- Bertujuan memantapkan pengurusan warga asing di negara ini, termasuklah kawalan keluar masuk yang sekali gus juga membolehkan lokasi penempatan mereka dikenal pasti;
- Bertujuan membuang persepsi negatif rakyat terhadap Kerajaan yang cenderung disalah anggap sebagai tidak bertindak tegas terhadap PATI;
- Bertujuan membolehkan pelaksanaan penguatkuasaan undang-undang dilakukan secara besar-besaran untuk tujuan mengurangkan bilangan PATI di Negara ini. Tindakan ini sekali gus juga bertujuan mengekang perkembangan jenayah yang membabitkan PATI.
II. RASIONAL INDUSTRI
- Bertujuan menangani masalah kekurangan tenaga kerja dalam sektor tertentu dengan menukar status tidak sah pekerja asing tanpa izin di Negara ini bagi diagih dan ditempatkan bekerja dengan senarai majikan yang berdaftar;
Sumber: Portal Berita IKDN
0 Comments