Sebaik-baik waktu sembahyang hajat adalah pada waktu tengah malam. Ini
bersesuaian dengan Sabda Rasulullah saw apabila di soal oleh Abu Zar
al-Ghiffari r.a. yang ertinya : “Solat malam yang manakah lebih afdal? Jawap baginda : “Di waktu separuh malam atau jauh malam, tetapi sayangnya amat sedikit yang melakukannya”. Cara Sembahyang sunat Hajat berikut di ambil dari riwayat Wuhaib bin Ward;
Imam Ahmad meriwayatkan
dengan sanad shahih dari Abu Dardak bahawa Nabi saw bersabda: "Barangsiapa
berwudhuk dan menyempurnakannya, kemudian bersembahyang dua rakaat dengan
sempurna, maka dia diberi Allah apa saja yang diminta baik cepat ataupun
lambat."
NIAT SOLAT HAJAT
أصَÙ„ِّÙŠ سُÙ†َّØ©َ الØَاجَØ©ِ رَÙƒَعَتَÙŠْÙ†ِ Ù„ِلهِ تَعالى
Sahaja aku sembahyang sunnat hajat dua rakaat kerana Allah Ta'ala
Sahaja aku sembahyang sunnat hajat dua rakaat kerana Allah Ta'ala
Sembahyang hajat bolek dilakukan sebanyak 12 rakaat atau paling sedikit 2 rakaat. Boleh pula dilakukan di waktu malam atau siang dan boleh berseorangan atau berjemaah.
Antara syarat-syarat solat hajat ialah.
Antara syarat-syarat solat hajat ialah.
- Perkara yang dihajati halal atau harus. Tidak boleh berhajat kepada yang haram.
- Tidak meninggalkan dengan sengaja amalan-amalan wajib terutamanya sembahyang fardhu.
- Tidak melakukan dosa-dosa besar atau maksiat. Kalau pernah perlulah memohon ampun dan bertaubat.
- Sembahyang perlulah bertepatan dengan kehendak syarak.
- Hendaklah bersangka baik terhadap Allah s.w.t dan redhalah dengan segala ketentuannya.
- Bersungguh-sungguh memohon agar hajatnya dimabulkan.
Pada rakaat kedua baca Al Fatihah dan Suruh Al Kauthar 11 kali.
Selepas salam bacalah wirid berikut. Wirid ini telah dibaca semasa majlis Solat Hajat dan bacaan Yasin di SMKA Syarifah Rodziah yang di pimpin oleh Ustaz Yaakub bin Muhammad Amin.
0 Comments