Ad Code

Peribahasa - A, Contoh Soalan PMR

1.
Adat muda menanggung rindu.

Hidup harus menanggung berbagai-bagai dugaan.



2.
Adat pasang turun naik.

Segala di dunia ini tidak tetap keadaannya.



3. Adat periuk berkerak, adat lesung berdedak.

Setiap usaha memerlukan ketabahan dan kerajinan.


4.
Adat sepanjang jalan, cupak sepanjang betung.

Semua pekerjaan perlu mengikut adat dan peraturannya.


5.
Adat teluk timbunan kapal.

Orang berpangkat menjadi tempat orang meminta pertolongan.


6.
Agih-agih kungkang.

Terlalu memberi kepada orang lain sehingga menyusahkan diri sendiri.


7. Air beriak tanda tak dalam

Banyak bercakap tanda tidak berilmu.



8.
Air berkocak tanda tak penuh.

Lihat: Air beriak tanda tak dalam.


9.
Air besar batu bersibak.

Saudara dan sahabat berpecah belah apabila berlaku perselisihan besar.


10.
Air besar sampan tak hanyut.

Maksud yang tidak tercapai.


11.
Air cucuran atap jatuhnya ke pelimbahan.

Seseorang anak itu menurut sifat dan teladan orang tuanya.


12.
Air dicincang tiada putus.

Perselisihan antara saudara, tidak akan memutuskan persaudaraan itu.




Contoh soalan PMR




Roslan itulah satu-satunya adik kamu. Walaupun bersalah, dia tetap adik kamu. Maafkanlah dia," nasihat Pak Atan kepada Jalil. Nasihat di atas sesuai dengan peribahasa

A. air dicincang tiada akan putus

B. sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan

C. buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali

D. menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri


13. Air digenggam tiada tiris.

Sangat berhati-hati membelanjakan wang.


14. Air ditetak tidak akan putus.

Perselisihan antara saudara, tidak akan memutuskan persaudaraan itu.


15.
Air yang tenang jangan disangka tiada buaya.

Orang yang diam bukan pengecut.


16. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.

Kalau sudah terlanjur melakukan kejahatan, biarlah dapat meraih hasil daripada perbuatan itu.


17.
Alah bisa tegal biasa.

Kerja yang sukar, jikalau selalu dilakukan akan menjadi mudah.


18.
Alah membeli menang memakai.

Biar membeli barangan yang mahal sedikit, asalkan tahan lama.




Contoh soalan PMR




Walaupun harga perabot yang dibeli oleh Puan Rokiah amat mahal, namun beliau tetap berpuas hari kerana masih elok setelah digunakan bertahun-tahun.

A. Ukur baju di badan sendiri.

B. Besar periuk besarlah keraknya.

C. Alah membeli menang memakai.

D. Ada rupa ada gaya.



19.
Alang-alang berdakwat biarlah hitam.

Alang-alang berminyak biarlah licin.

Alang-alang mandi biar basah.

Berbuat sesuatu biarlah sampai menuju maksudnya.


20.
Anak dipangku dilepaskan beruk dihutan disusukan.

Hal sendiri terabai kerana menguruskan hal orang lain.





Post a Comment

0 Comments