Ad Code

Peribahasa - A

1. Ada air adalah ikan.

Ada negeri adalah rakyatnya.



2. Ada angin ada pohonnya.

Segala yang terjadi ada sebab-sebabnya.



3. Ada bangkai adalah kering.

Ada perempuan jahat di situlah juga terdapat lelaki jahat.


4. Ada batang mati, adalah cendawan timbul.

Walau di mana kita tinggal, akan ada rezeki kita.


5. Ada beras taruh dalam peti, ada ingat taruh dalam hati.

Rahsia hendaklah disimpan dengan sebaik-baiknya.


6. Ada bukit ada paya.

Kaya dan miskin, senang dan susah adalah lumrah hidup manusia.


7. Ada gula adalah semut.

a. Orang berharta dan berkedudukan mempunyai banyak kawan.

b. Di tempat orang mudah mendapat rezeki, di situlah orang bertumpu.



8. Ada hujan ada panas, ada hari boleh balas.

Perbuatan jahat akan dibalas jua akhirnya.


10. Ada kari ada nasi.

Seseorang akan beroleh rezeki selagi masih hidup.


11. Ada kemenyan sebesar lutut jika tidak dibakar tidak berbau.

Seseorang yang berilmu tetapi tidak digunakan atau diajarkan kepada orang lain tidak akan membawa faedah.


12. Ada padang ada belalang.

Lihat:  Ada air adalah ikan.


13. Ada padi masak adalah pipit.

Lihat: Ada batang mati, adalah cendawan timbul.


14. Ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras.

Semua pekerjaan dapat dilaksanakan sekiranya ada kemampuan, kemahiran atau bayaran.


15. Ada rotan ada duri.

Dalam kesenangan tentu ada kesusahan juga.


16. Ada rupa ada harga.

Sesuatu yang mahal itu biasanya bermutu dan cantik.


17. Ada sampan hendak berenang

Ada perkara yang senang tetapi sengaja hendak bersusah payah.


18. Ada ubi ada batas, ada hari boleh balas.

Lihat: Ada hujan ada panas, ada hari boleh balas.


19. Ada ubi ada tolas, ada budi ada balas.

Setiap perbuatan baik atau jahat ada balasannya.


20. Ada udang di sebalik batu.

Ada maksud di sebalik sesuatu perbuatan.


21. Adakah buaya menolak bangkai?

Seseorang yang jahat, akan cuba berbuat jahat sekiranya ada kesempatan.


22. Adakah dari telaga yang jernih mengalir air yang keruh?

Tidak mungkin orang yang daripada keturunan baik-baik melakukan perbuatan keji.


23. Adakah duri dipertajam?

a. Orang cerdik tidak guna ditunjuk ajar.

b. Musuh tidak perlu diberi pertolongan.



24. Adapun buah peria itu, kalau ditanam di atas batas sakar, dan dibaja dengan madu, lagi disiram dengan manisan, atau diletakkan di atas tebu sekalipun, apabila masak pahit  juga.

Orang jahat yang tidak dapat diperbaik kelakuannya.


25. Adat bernegeri memagar negeri, adat berkampung memagar kampung.

Tidak mementingkan diri sendiri.


26. Adat bersendi syarak, syarak bersendi adat.

Pergaulan dalam masyarakat hendaklah bersesuaian dengan adat dan syarak.


27. Adat diisi janji dilabuh.

Adat dilaksanakan, persetujuan ditepati.


28. Adat diisi lembaga dituang.

Mengerjakan sesuatu menurut adat kebiasaannya.


29. Adat gajah terdorong.

Orang yang berkuasa kerap menyalahgunakan kuasanya.


30. Adat juara menang kalah.

Dalam setiap usaha mesti terdapat untung ruginya.


31. Adat lama pusaka usang.

Adat yang kekal sejak zaman berzaman.


Post a Comment

0 Comments