1. | Bagai Belanda minta tanah. | |
Orang yang telah diberi sedikit namun minta banyak lagi. | ||
2. | Bagai bulan di pagar bintang. | |
Sangat sesuai dari segala segi. | ||
3. | Bagai cacing kepanasan | |
Gelisah dan tidak tentu arah. | ||
4. | Bagai dihiris dengan sembilu. | |
Sangat sedih. | ||
5. | Bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. | |
Tidak semuafakat dalam sesuatu perbincangan. | ||
Contoh soalan PMR Kejayaan negara dalam pelbagaj bidang pada hari ini disebabkan wujudnya semangat kerjasama antara kaum. Keadaan ini tidak mungkin dinikmati sekiranya rakyat Malaysia bersikap | ||
A. | Bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing | |
B. | Seperti pahat dengan penukul. | |
C. | Hangat-hangat tahi ayam. | |
D. | Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah. | |
6. | Bagai isi dengan kuku. | |
Persahabatan yang terlalu akrab. | ||
Contoh soalan PMR Hubungan antara Azlin dengan Farah amat erat, tambahan pula mereka hidup berjiran. Peribahasa yang tepat dengan pernyataan ini ialah | ||
A. | Biduk lalu kiambang bertaut | |
B. | Seperti cincin dengan permata | |
C. | Air dicincang tidak akan putus | |
D. | Bagai isi dengan kuku | |
7. | Bagai itik pulang petang. | |
Berjalan sangat lambat dan berlenggang-lenggok. | ||
8. | Bagai kacang lupakan kulit. | |
Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan. | ||
9. | Bagai lesung dengan antan. | |
Sangat sesuai. | ||
10. | Bagai melepaskan batuk di tangga. | |
Membuat sesuatu pekerjaan dengan tidak bersungguh-sungguh. | ||
0 Comments