1 Kertas 2 ini dikenali dengan kod 02/2 PMR.
2 Mulai tahun 2005, bentuk atau format kertas ini berubah agak ketara.
3 Masa yang diperuntukkan ialah 2 jam, manakala markahnya ialah 100 markah.
Bahagian A:
Dibahagi kepada dua, iaitu:
(a) Ringkasan – 20 markah
(b) Pemahaman petikan umum (3 item soalan) – 10 markah
Bahagian B
Karangan berdasarkan bahan rangsangan – 20 markah
Bahagian C
Karangan respons terbuka (5 item soalan, pilih 1) – 40 markah
Bahagian D
KOMSAS (Novel) – 10 markah
Jumlah markah keseluruhan – 100 markah
BAHAGIAN A (i) RINGKASAN
- Soalan ini meminta pelajar menulis ringkasan tidak melebihi 80 patah perkataan berdasarkan sebuah petikan 200 hingga 250 patah perkataan atau 4 hingga 5 perenggan.a) Cari sekurang-kurangnya lima (5) isib) Tulis semula isi-isi dalam satu perengganc) Sambungkan ayat-ayat menggunakan penanda wacana seperti: selain itu....., sehubungan itu....d) Elakkan daripada menyalin terus daripada petikane) Elakkan menyalin isi secara terpilih
- Langkah pertama, pelajar haruslah membaca arahan soalan dengan teliti terutamanya untuk mengenal pasti kata kunci/fokus soalan seperti faktor, langkah, kesan, kepentingan, manfaat, implikasi, akibat, cara dan sebagainya.
Selepas mengenal pasti kata kunci tersebut, pelajar perlu mencari isi-isi penting dalam petikan berdasarkan kata kunci/fokus soalan yang diberi.Jangan hadkan jumlah isi-isi penting. Carilah sebanyak mungkin yang ada dalam petikan tersebut.
Selepas dapat mencari isi-isi penting tersebut, tulis ringkasan dalam satu perenggan yang mengandungi tidak lebih daripada 80 patah perkataan (sekurang-kurangnya mesti ada 6 hingga 7 isi).
INGAT!!! Jangan salin ayat bulat-bulat daripada isi tersebut; dan jangan ubah kesemua perkataan yang terdapat dalam isi tersebut kerana bimbang maksudnya akan terpesong.
- Lebih baik dan selamat, ubah satu atau dua perkataan yang terdapat dalam ayat isi itu.
- Selepas menulis ringkasan itu sila kira jumlah perkataan serta semak jika terdapat kesalahan ejaan atau tatabahasa.
- Markah maksimum untuk isi ialah 10 markah (5 isi x 2 = 10 markah); manakala markah maksimum untuk bahasa ialah 10 markah (bergantung pada persembahan bahasa pelajar).
Berdasarkan petikan umum untuk membuat ringkasan tadi, pelajar juga perlu menjawab 3 soalan pemahaman.
Soalan 1
Soalan tentang maksud frasa atau rangkai kata dan juga peribahasa yang terdapat dalam petikan dan 2 markah akan diberi. Seboleh-bolehnya, gantikan setiap perkataan dalam rangkai kata tadi dengan perkataan anda sendiri, tetapi hendaklah mengikut maksud penggunaannya dalam petikan. Maksud perlu tepat mengikut konteks dalam petikan dan ditulis dalam ayat gramatis
Soalan 2
Soalan pemahaman berdasarkan petikan dan markah yang diberi ialah 4. Oleh sebab soalan ini berdasarkan petikan, pelajar mestilah mencari isi jawapannya dalam petikan tersebut. Setelah ditemui, jangan disalin bulat-bulat tetapi seperti menjawab ringkasan, pelajar sekurang-kurangnya mengubah satu atau dua perkataan. Markah yang diberi ialah 4, maka pelajar perlu mengemukakan lebih daripada satu isi (2, 3 atau 4 isi jika ada dalam petikan).
- Jawapan ada dalam petikan yang diberi.
- Berikan dua isi yang tepat.( lebih selamat 4 isi )
- Tulis jawapan dalam ayat yang gramatis.
Soalan 3
Merupakan soalan pendapat yang jawapannya dikategorikan sebagai tersirat. Hal ini bermakna pelajar mesti membuat kesimpulan atau memberikan pendapat sendiri.
- Jawapan TIADA dalam petikan yang diberi.
- Berikan dua isi yang tepat.( lebih selamat 4 isi )
- Tulis jawapan dalam ayat yang gramatis
INGAT!!! Pelajar tidak boleh memberikan pendapat yang sewenang-wenangnya. Oleh itu, untuk selamat, pelajar perlulah bertindak bijak dengan memberikan seberapa banyak isi yang dapat.
BAHAGIAN B KARANGAN BERPANDU
- Mulai PMR 2005, pelajar akan menjawab karangan berdasarkan bahan rangsangan sama ada dalam bentuk gambar, bahan grafik, jadual dan sebagainya.
- Untuk menjawab soalan ini, langkah pertama yang penting adalah membaca arahan soalan dengan teliti, kerana terdapat kata kunci yang akan membimbing pelajar untuk menghasilkan karangan nanti. Bahan rangsangan hanya sebagai alat pencetus idea / peta minda. Isi karangan boleh diambil daripada bahan rangsangan dan isi karangan boleh juga berdasarkan pengetahuan luar pelajar.
- Ingatlah, bahawa ini ialah karangan. Oleh itu, haruslah mengandungi pengenalan, tiga isi, dan penutup. Oleh sebab masa yang dicadangkan hanyalah 25 minit, maka pelajar dinasihatkan hanya menulis sebanyak 120-150 patah perkataan sahaja.
- Jangan terlalu mengambil masa yang lama untuk menulis karangan bahagian ini kerana markah yang diperuntukkan hanyalah 20 markah sahaja.
- Dalam Bahagian C ini, anda diberi 5 pilihan. Bacalah dengan teliti semua soalan.
- Jangan baca sekerat sahaja dan terus membuat keputusan.
- Mulai tahun 2005, markah yang diberi ialah 40 markah. Karangan akan disemak secara impression dan mementingkan aspek bahasa. Oleh itu, pelajar mesti berhati-hati, dan sentiasa menyemak karangan bagi mengurangkan kesilapan tatabahasa. Penilaian karangan adalah berdasarkan penggunaan bahasa, idea dan isi serta pengolahan karangan.
- Pilihlah soalan yang anda tahu bukannya memilih soalan yang popular tetapi anda tidak memahami isu yang dinyatakan.
- Sebaik-baiknya pilih soalan yang sesuai dengan pemahaman, pengetahuan, dan keupayaan anda mengembangkannya. Selepas itu, sediakan rangka karangan seringkas yang mungkin. Unsur keindahan bahasa perlu dimasukkan dalam karangan ( kosa kata/peribahasa). Frasa menarik juga dapat membantu meningkatkan markah.
- Sebelum menulis rangka karangan, fahamilah kata kunci soalan karangan, isu soalan dan jenis karangan tersebut.
- Untuk Kertas 02/2 PMR Bahasa Melayu, anda digalakkan menulis:
- Pendahuluan (40 patah kata)
- Empat isi penting (40 x 4 isi = 160 patah kata)
- Penutup (40 patah kata)
– Jumlah perkataan = 240 patah kata
– Jumlah yang dikehendaki = 180 patah kata
- Perenggan isi hendaklah mengandungi: Fakta + Huraian + Contoh(F + H + C)
- Soalan bahagian ini adalah berdasarkan novel-novel yang dikaji mengikut zon masing-masing.
- Oleh itu, pelajar mesti membaca serta mengkaji novel dari aspek-aspek sasteranya seperti sinopsis, tema, persoalan, perwatakan, plot, latar, gaya bahasa, nilai, dan pengajaran.
- Untuk menjawab soalan ini, pelajar tidak harus hanya bergantung pada sinopsis sahaja, kerana kebanyakan aspek sastera tersebut memerlukan contoh-contoh yang mesti dikemukakan semasa menjawab soalan.
- Semasa menjawab soalan KOMSAS, pelajar diwajibkan menulis dalam bentuk esei/karangan bukannya ditulis dalam bentuk poin, rangka isi atau jadual. Jika tidak, markah pelajar akan dipotong. Tulis jawapan anda dalam satu perenggan sahaja.
- Sebaik-baiknya tulis isi jawapan dengan formula = FAKTA
- Selain itu, pelajar juga mesti mengelakkan daripada melakukan banyak kesalahan dari aspek tatabahasa dan ejaan, kerana terdapat markah untuk bahasa dalam soalan ini. Ayat yang dibina hendaklah gramatis disertakan dengan huraian/contoh berdasarkan watak/peristiwa/latar (mana-mana yang berkaitan)
- Jika ada masa, tulislah sebanyak mungkin isi kerana isi yang salah tidak akan ditolak markah, manakala isi yang betul akan diberikan markah.
4 Comments
Minta juga untuk tips bahagian B dan C
ReplyDeleteBhg B dan C juga ada dalam posting ini.
ReplyDeletetolong keluarkan karangan tentang cerita berdasar kan peribahasa cerita ya
ReplyDeleteterima kasih atas maklumat ini
ReplyDelete