Dirgahayu bahasaku
Pantun Enam Kerat
FIFY FARAHANA BINTI MOHD AZMY
NUR ALIAH IZZATI BINTI MASDZARIF
Maksud
Rangkap 1
Seseorang yang miskin dan tidak mempunyai wang biasanya tidak dihiraukan oleh orang lain. Hal ini akan membuatkan orang berkenaan berasa sangat kecewa.
Rangkap 2
Setiap masalah dan nasib malang yang dihadapi oleh seseorang bukan disebabkan oleh orang lain tetapi sememangnya takdir kehidupannya begitu.
Rangkap 3
Sudah menjadi resam dunia apabila orang itu memiliki sesuatu yang baharu, dia akan mengabaikan yang lama.
Tema dan persoalan
º | Tema : | |
Kesedihan akibat kehidupan yang miskin, nasib yang sentiasa malang, dan sering disisih oleh masyarakat | ||
º | Persoalan : | |
i. | Persoalan tentang masalah kewangan yang sering menjadikan seseorang itu sentiasa dibelenggu masalah. | |
ii. | Persoalan tentang nasib yang menimpa diri seseorang sememangnya sudah ditakdirkan. | |
iii. | Persoalan tentang sikap manusia yang mengabaikan sesuatu yang lama setelah mendapat sesuatu yang baharu. |
Bentuk
i. | Terdiri daripada tiga rangkap pantun. |
ii. | Puisi ini merupakan pantun enam kerat kerana terdiri daripada enam baris dalam satu rangkap. |
iii. | Tiga baris pertamanya ialah pembayang dan tiga baris yang terakhir ialah maksud. |
iv. | Jumlah kata dalam baris adalah antara 3 – 4 patah. |
v. | Bilangan suku kata dalam baris antara 8 – 12 suku kata. |
vi | Rima akhirnya ialah a,b, c, a,b, c. |
vii. | Puisi ini berbentuk terikat dengan ciri-ciri puisi tradisional |
Gaya bahasa
º | Unsur bunyi | |
Asonansi – hati luka pura tiada ( rangkap 1 baris 4) – pengulangan vokal ‘a’ Aliterasi – kail tersangkut di tepi batang ( rangkap 3 baris 3) – pengulangan konsonan ‘t’ | ||
º | Peribahasa | |
Ibarat kaca jatuh ke lantai ( rangkap 1 baris 6) Ibarat melukut di tepi gantang (rangkap 3 baris 6) | ||
º | Sinkope | |
Rasa pedih buat tak tahu (rangkap 1 baris 5) | ||
º | Repitisi | |
Sudah takdir sudah suratan (rangkap 2 baris 5) | ||
º | Unsur alam | |
Haiwan – ikan cencaru, ikan gelama Tumbuhan – kelapa, kedondong, buluh, | ||
Nilai
i. | Kesabaran - manusia mestilah sentiasa sabar menghadapi masa-masa sukar kerana ketiadaan wang dan sebagainya. | |
ii. | Bersyukur - manusia sentiasa bersyukur dan berserah apabila menerima nasib yang kurang baik. | |
iii. | Mengenang jasa - manusia tidak harus mengamalkan sikap lupa daratan apabila mendapat sesuatu yang baharu. | |
Pengajaran
i. | Kita hendaklah bersabar untuk menempuh segala masalah yang bakal dihadapi. | |
ii. | Manusia hendaklah sentiasa bersyukur dan menerima segala dugaan yang ditakdirkan. | |
iii. | Masyarakat mestilah mengenang jasa orang dan tidak mengamalkan sikap melupakan yang lama setelah memperoleh sesuatu yang baharu | |
Isi:
º | Kesedaran memikul tanggungjawab | |
Pelajar yang cemerlang mempunyai kesedaran dan kesediaan untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang menjadi harapan agama, bangsa, negara, keluarga dan masyarakat pada masa akan datang. Maruah keluarga, masyarakat dan negara pada masa akan datang bergantung pada generasi remaja masa kini. Pelajar yang cemerlang ialah pelajar yang sedar hakikat ini. Pelajar yang menyedari hakikat ini sudah pasti akan berusaha lebih gigih agar | ||
º | Berusaha hingga berjaya | |
Setiap pelajar perlu mempunyai semangat berusaha hingga berjaya supaya tidak berputus asa apabila menghadapi masalah. Semangat berusaha membolehkan seseorang pelajar menjadi rajin dan ingin berjaya untuk mendapat prestasi yang baik dalam pelajaran. | ||
º | Tanggungjawab sebagai seorang pelajar | |
Setiap pelajar mesti mempunyai matlamat sendiri supaya berjaya pada masa depan. Seseorang yang mempunyai matlamat akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut. | ||
0 Comments