Friday, January 6, 2012

Novel Tingkatan 3 Zon 3- Merenang Gelora

Merenang Gelora ini menceritakan kisah sebenar yang berlaku di sesetengah sekolah seperti kes buli, pengaruh dadah, samseng mafia sekolah.Kisahnya berkisar sekitar tahun 90-an, dimana kepincangan pelajar jarang dihebohkan oleh pihak sekolah kerana bimbang nama baik sekolah terjejas walaupun keadaan itu benar-benar berlaku.



Merenang Gelora tidak berkias malah terus ke dalam minda pembaca seperti mana kejadian yang berlaku di sekolah di samping memberi fokus mengenai permasalahan remaja kini.

Konsep pembacaan sedemikian turut disasarkan untuk dimiliki golongan pelajar serta para guru kerana pelbagai senario yang pernah berlaku di sekolah dicatat dalam novel berkenaan.

Karya yang memenangi pertandingan novel remaja hadiah sastera Kumpulan Utusan pada tahun 2001 itu juga memaparkan keadaan di mana tidak semestinya seseorang yang baik dan rajin belajar akan memperoleh kejayaan kerana banyak individu rajin masih gagal. Jadi, kegagalan itu menjadi pemangkin bagi seseorang terus berusaha.

0 comments:

Post a Comment