Ad Code

TABURAN KESUKARAN ITEM SOALAN PMR 2005 - 2007

Berdasarkan analisis yang dijalankan soalan paling sukar bagi tahun 2005 ialah soalan nombor 2. Soalan nombor 2 berdasarkan Kertas I PMR tergolong dalam soalan yang menguji kemahiran morfologi pelajar. Jawapan yang dicadangkan untuk soalan 2 peperiksaan PMR tahun 2005 ialah A, memandangkan ‘di’ merujuk kepada kata sendi nama yang merujuk kepada tempat. Pengganggu dalam soalan ini amat berkesan sehingga tidak ada pelajar yang menanda jawapan A untuk soalan tersebut. Soalan 2 untuk peperiksaan PMR tahun 2005 adalah seperti berikut:


2.

Ketua kelas itu menampalkan jadual peperiksaan ……….. papan kenyataan kelas.

A. di

B. atas

C. pada

D. kepada


Berdasarkan analisis, juga didapati soalan nombor 3 bagi tahun peperiksaan 2005, iaitu soalan yang menguji kemahiran morfologi pelajar dikatakan soalan paling mudah yang mana semua pelajar menjawab betul bagi soalan tersebut. Cadangan jawapan bagi soalan 3 ialah D. Petikan soalan 3 Peperiksaan PMR Bahasa Melayu Kertas I untuk tahun 2006 ialah (LPM 2006):


3.
Peserta Bengkel Bahasa Melayu ________ pandangan bagi menyiapkan tugasan untuk dibentangkan pada akhir kursus.

A.berbantah-bantah

B.berbalas-balas

C.berubah-ubah

D.bertukar-tukar


Analisis yang dijalankan untuk soalan tahun 2006, didapati soalan paling sukar ialah soalan nombor 11. Soalan nombor 11 berdasarkan Kertas I Bahasa Melayu PMR, masih tergolong dalam soalan yang menguji kemahiran morfologi pelajar. Dalam soalan ini, pelajar dikehendaki memilih penggunaan perkataan yang salah dari segi tatabahasa berdasarkan jawapan bergaris yang bertanda A, B atau C. Jika semua perkataan dalam ayat tersebut didapati tidak mengandungi kesalahan, pelajar dikehendaki memilih jawapan D. Jawapan yang dicadangkan untuk soalan 11 ialah C, memandangkan ejaan yang betul bagi perkataan ‘perkarangan’ mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) ialah ‘pekarangan’. Terdapat 5 orang daripada 50 orang yang menanda betul untuk soalan ini. 

Petikan soalan 11 Peperiksaan PMR Bahasa Melayu Kertas I untuk tahun 2006 ialah (LPM 2006):

Deretan pasu bunga dan tompokan rumput yang terdapat di
A
                                     B
perkarangan rumah
Kak Hasnah sangat menarik perhatian
       C
kami. Tiada kesalahan.         
                 D           
Hasil analisis didapati terdapat dua soalan yang dikatakan paling mudah untuk tahun kajian 2006 iaitu soalan nombor 17 dan 2 (Rajah 3). Semua pelajar menjawab betul untuk kedua-dua soalan ini. Cadangan jawapan bagi soalan 17 ialah C iaitu untuk pasangan jawapan III dan IV. Soalan 2 pula menguji kemahiran morfologi iaitu menguji penggunaan kata ganda yang sesuai dalam ayat. Jawapan untuk soalan 2 ialah C.

Petikan soalan 17 Peperiksaan PMR Bahasa Melayu Kertas I untuk tahun 2006 ialah (LPM 2006):

I.
Dia   makan  nasi   itu   dengan  berseleranya hingga tidak meninggalkan basi
II.
Adik menunjukkan wajahnya yang basi setelah dimarahi oleh abang.
III.
Ani bernasib baik kerana tidak termakan kuih yang basi itu.
IV.
Cerita yang disampaikannya kepada kami sudah basi.
A.
I dan II 
B.
III dan IV
C.
II dan III 
D.
I dan IV

Analisis yang dijalankan untuk soalan tahun 2007, didapati soalan paling sukar ialah soalan nombor 20. Soalan nombor 20 berdasarkan Kertas I Bahasa Melayu PMR, tergolong dalam soalan yang menguji bidang sintaksis. Soalan ini menghendaki pelajar menentukan bahagian bergaris pada soalan sama ada mengandungi kesalahan ataupun tidak. Pelajar dikehendaki memilih cadangan jawapan yang disediakan sama ada A, B dan C atau memilih jawapan D jika ayat tersebut tidak mengandungi kesalahan. Jawapan yang dicadangkan untuk soalan 20 ialah D memandangkan kedudukan ayat tersebut perkataan ikut tidak perlu dimasukkan sebarang imbuhan. Hanya terdapat dua orang yang menjawab betul untuk soalan ini. Soalan 20 untuk tahun 2007 disisipkan sebagaimana berikut:

Pandulah kenderaan ikut peraturan supaya kemalangan jalan raya dapat dielakkan.
A.     Pandulah kenderaan mengikut peraturan
B.     Memandulah kenderaan mengikut peraturan
C.     Memandulah kenderaan ikut peraturan
D.     Pandulah kenderaan ikut peraturan
Soalan nombor 22 bagi tahun peperiksaan 2007 merupakan soalan yang paling mudah. Soalan yang menguji kemahiran sintaksis iaitu pelajar dikehendaki memilih ayat-ayat yang mempunyai maksud sama ataupun maksud yang hampir sama dengan ayat yang dicetak tebal. Cadangan jawapan bagi soalan 22 ialah B. Semua pelajar memilih B untuk soalan ini. Pengganggu yang dikemukakan tidak dapat berfungsi dengan baik sehingga semua pelajar menjawab betul. Petikan soalan 22 Peperiksaan PMR Bahasa Melayu Kertas I untuk tahun 2007 ialah (LPM 2007):

“Jangan berbual-bual dan membuat kerja lain ketika saya mengajar,” kata Cikgu Rosnah kepada murid-muridnya.
A.
Cikgu Rosnah melarang murid-muridnya bercakap atau membuat kerja lain sewaktu saya sedang mengajar.
B.
Cikgu Rosnah melarang murid-muridnya bercakap atau membuat kerja lain semasa dia sedang mengajar.
C.
Cikgu Rosnah berkata kepada murid-muridnya jangan membuat kerja lain atau bercakap semasa cikgu sedang mengajar.
D.
Cikgu Rosnah berkata kamu jangan bercakap atau melakukan kerja lain semasa dia mengajar murid-muridnya.
Sumber:
  1. TABURAN KESUKARAN ITEM SOALAN PEPERIKSAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH BAHASA MELAYU BERDASARKAN MODEL RASCH Zamri Mahamod, Mohd Sarifuddin Mat Salleh &; Anita Abdul Rahman,  Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi, Selangor.



Post a Comment

0 Comments