Ad Code

CONTOH MENJAWAB SOALAN - Bahagian C - Mempelajari seni pertahanan diri banyak membawa kebaikan. Jelaskan faedah-faedah mempelajari seni pertahanan diri.

Contoh jawapan soalan 1.

     Dalam era globalisasi ini, isu-isu tentang seni pertahanan diri sudah menjadi 'buah mulut' orang ramai. Ramai orang terutamanya golongan ibu bapa amat menggalakkan anak-anak mereka mempelajari seni pertahanan diri. Terdapat banyak jenis seni pertahanan diri. Antaranya ialah Wushu, Taekwando, Karate, dan sebagainya. Persoalannya, apakah faedah-faedah seni pertahanan diri ini?

     Faedah yang paling utama sekali ialah kita dapat mempertahankan diri sendiri apabila berada di luar. Marcapada ini, banyak gejala peras ugut, rogol dan ragut yang berlaku. Untuk mengelakkan diri dari menjadi mangsa, kita perlu tahu mempertahankan diri sendiri bila berhadapan dengan situasi yang tidak diingini terutamanya golongan wanita. Bukan itu sahaja, kita juga boleh membantu orang lain melawan penjahat yang cuba melakukan kejahatan terhadap mereka.

     Di samping itu belajar seni pertahanan diri juga dapat menyihatkan tubuh badan kita. Gerakan-gerakan yang dilakukan semasa mempelajari seni pertahanan diri juga sebenarnya adalah senaman yang dapat membantu menguatkan otot-otot dan anggota badan kita. Bila badan kita cergas secara tidak langsung otak juga akan cerdas bak kata pepatah 'badan sihat otak cerdas'. Badan yang sihat dapat membantu mengurangkan risiko dihinggapi penyakit kerana dengan bersenam akan dapat meningkatkan kadar nadi dan mencegah pengerasan arteri, serta dapat mengurangkan tekanan darah tinggi. Arteri yang keras merupakan penyebab utama berlakunya tekanan darah tinggi yang boleh membawa penyakit jantung dan angin ahmar.

     Menyertai seni pertahanan diri juga adalah satu wadah yang paling baik untuk menambah kenalan dan bersosial. Disamping berlatih kita juga boleh berinteraksi dengan rakan-rakan lain. Secara tidak langsung kita boleh berkonsgi pengalaman dan juga menambah pengetahuan melalui perbualan dan perbincangan bersama-sama rakan sepelatih. Kita boleh bertukar-tukar pengetahuan bukan sahaja mengenai seni pertahan diri, tetapi boleh juga bertukar-tukar pendapat mengenai isu semasa dan juga kerja sekolah. Dengan ini, pengetahuan kita akan bertambah luas dan ilmu kita akan bertambah banyak.

     Selain itu, mempelajari seni pertahanan diri juga dapat mendisiplinkan diri. Kita bukan sahaja diterapkan dengan teknik-teknik pertahanan diri tetapi kita juga akan diterapkan dengan nilai-nilai murni seperti baik hati, menolong orang lain, menepati masa, menghormati guru, bekerjasama dalam satu pasukan, dan sebagainya. Jika nilai-nilai sebegini telah diterapkan di dalam diri kita, maka kita tidak akan terjebak dengan gejala yang tidak baik seperti tidak menghormati guru, mementingkan diri sendiri, lambat datang ke sekolah, tidak merokok dan sebagainya. Kehidupan kita akan menjadi lebih baik dan kita akan disayangi oleh semua orang.

    Konklusinya, seni pertahanan diri memang banyak mendatangkan faedah kepada kita. Semua pihak perlu berganding bahu, bersama-sama mengembangkan seni pertahanan diri di dalam masyarakat. Ibu bapa perlu memberikan galakan sepenuhnya sekiranya anak mereka ingin belajar seni pertahanan diri. Selain dari mempertahankan diri sendiri, seni pertahanan diri juga mampu membentuk akhlak serta disiplin, meningkatkan keyakinan dan jati diri, dan juga menyemai ikatan persaudaran di kalangan ahlinya. Di samping itu, seni pertahanan diri juga mampu membentuk sahsiah yang tinggi dan melahirkan masyarakat yang mempunyai kesetiaan dan kecintaan terhadap tanah air.

Post a Comment

10 Comments

  1. nomu nomu nomu gomawo... ^-^

    ReplyDelete
  2. hahaha... bagus2..... assignment bm pasal benda nih... dah xde idea dah.. thanks..

    ReplyDelete
  3. camner nak print nie..:)

    ReplyDelete
  4. Copy rencana ini dan paste di word. Kemudian print.

    ReplyDelete
  5. Skg cikgu dah tambah icon printer. Dah boleh terus print

    ReplyDelete
  6. terima kasih..thank you..xie xie..gomawo..merci.. hehehe

    ReplyDelete
  7. ouh tenkiu .boley la buat krngn jap lg:-)

    ReplyDelete
  8. Jinjja ige neomu neomu gomawoyoo..

    ReplyDelete