Ad Code

Selamat Menyambut Ramadhan 2012

Salam Ramadhan 2012 untuk semua pembaca blog cikgu. Maaflah dah lama sangat cikgu tak update blog ini. Maklumlah sekarang cikgu agak sibuk dengan pelbagai urusan di sekolah dan juga di rumah yang tak habis-habis. Sempena bulan Ramadan Al Mubarak ini cikgu ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf atas segala kesilapan yang cikgu lakukan. Al maklum sebagai manusia biasa kita tidak pernah sunyi dari melakukan kesilapan.

Cikgu juga nak syorkan kepada semua pelajar terutamanya yang akan mengambil peperiksaan pada tahun ini, ambil peluang di bulan yang mulia ini untuk memanjatkan doa memohon kepada Allah supaya pelajar-pelajar semua mendapat keredhaan dan keampunan dari-Nya juga mohonlah supaya dipermudahkan segala urusan pembelajaran dan seterusnya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan nanti.

Post a Comment

0 Comments