Semua orang ingin menjadi pelajar cemerlang. Untuk menuju kecemerlangan, pelajar perlu mengamalkan beberapa pantang larang. Pantang larang ini bukanlah untuk menyekat kebebasan pelajar tetapi bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan juga ingatan, juga sebagai satu usaha untuk meningkatkan kecerdasan akal fikiran. Berikut antara beberapa pantang yang perlu pelajar ikuti untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran. Insya-Allah.
1. Makan Terlalu Kenyang.
Makan terlalu kenyang boleh mendatangkan kemudaratan kepada pelajar. Terlampau kenyang akan menggangu tumpuan pelajar untuk mentelaah pelajaran serta mengurangkan mutu pembelajaran. Makan terlalu kenyang boleh menyebabkan pelajar menjadi mengantuk yang mengakibatkan kelembapan akal fikiran serta menegah pelajar dari memberi tumpuan sepenuhnya terhadapa pelajaran.
Makan terlalu kenyang juga menyebabkan hati jadi keras, juga satu sikap yang keji yang boleh membunuh akal fikiran. Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud: "Jangan kamu matikan hati (akal fikiran) dengan banyak makan dan minum, maka sesungguhnya hati seperti tanaman, sesungguhnya mati tanaman apabila berlebihan air ke atasnya."
2. Tidur Berlebihan
Tidur yang berlebihan akan mempusakai keras hati, malas belajar dan lemah ingatan. Sebagai seorang pelajar jauhi dari sikap ini agar pelajar mudah menerima pelajaran dan sentiasa tingkatkan daya ingatan. Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud: "Tiga perkara mempusakai keras hati, suka tidur, suka melepak dan suka makan".
3. Makan makanan yang masam.
Asaam yang berlebihan seperti pauh masam, epal masam, cuka dan sebagainya boleh menyebabkan akal menjadi tumpul. Memakan banyak asam boleh menyebabkan banyak lendir terkumpul di bahagian tengkuk yang dikenali sebagai balgham yang boleh menyebabkan lambatnya proses mengingatkan pelajaran.
4. Membaca Nama di batu nesan.
Membaca nama di batu nesan di kubur boleh menyebabkan hati keras dan lembabnya fikiran.
5. Bau busuk.
Jauhi dari terlalu kerap menghidu bau busuk kerana selain dari makruh, ia juga boleh menyebabkan akal menjadi lemah dan ingatan menjadi kurang menyebabkan akal jadi mati dari terus cergas untuk menaakul.
6. Menatapi pada najis serta aurat, terutamanya kemaluan.
Melihat dengan pandangan yang memerhati kepada kekotoran, najis serta kemaluan adalah antara faktor-faktor yang menjadikan seseorang itu pelupa atau lemah ingatan.
7. Tidur selepas subuh dan asar.
Pelajar perlu membuang tabiat suka tidur selepas subuh dan asar kerana kesanya badan jadi lemah dan akal juga jadi lemah. Badan lemah juga memudahkan dihinggapi penyakit.
8. Belajar secara memenatkan.
Pelajar hendaklah menghindari dari belajar secara memaksa atau memenatkan fikiran seperti belajar terburu-buru di saat-saat akhir untuk mengejar pelajaran yang tertinggal. Ini akan hanya menjadikan fikiran pelajar lebih berkecamuk menyebabkan pelajar susah untuk mengingatkan fakta.
Urusan belajar adalah satu urusan yang besar yang tidak boleh dilakukan dengan tergesa-gesa. Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud: "Gopoh gapah daripada syaitan,an beransur-ansur daripada Allah Taala."
9. Malu bertanya.
Malu bertanya sesat jalan. Hindarkan dari sikap malu bertanya terutamanya bertanya mengenai pelajaran yang tidak difahami.
Cikgu doakan semoga pelajar-pelajar semua diberkati dan dirahmati Allah serta dipermudahkan dalam urusan pembelajaran serta menjadi pelajar yang cemerlang dunia dan akhirat.
3 Comments
thanks
ReplyDeleteterime kasih..
ReplyDeleteThank you..
ReplyDelete