Keputusan PMR 2011 - BAHASA ITU INDAH. BAHASA JIWA BANGSA

Monday, December 19, 2011

Keputusan PMR 2011

Majlis Pengumuman Analisis Keputusan PMR 2011 akan diadakan pada hari Khamis 22 Disember 2011 pada jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama Aras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.

Calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.

Mulai tahun ini juga Kementerian Pelajaran Malaysia memperkenalkan perkhidmatan semakan keputusan PMR melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi 22 Disember 2011 dan akan ditamatkan pada 12 tengah malam 28 Disember 2011.

Cara untuk membuat semakan melalui sms adalah seperti berikut:

Taip PMR jarak No.KP jarak NOMBOR ANGKA GILIRAN dan hantar ke 15888




No comments:

Post a Comment