Peperiksaan SPM akan bermula isnin ini. Tentunya murid-murid sudah membuat persiapan yang rapi bermula dari awal tahun lagi. Perasaan berdebar dan takut tentunya bermain di fikiran murid-murid. Sebab itu walaupun kita rasa sudah cukup bersedia untuk menghadapi peperiksaan SPM jangan lupa untuk memanjatkan doa, memohon kepada Allah semoga murid-murid akan dipermudahkan dalam semua urusan peperiksaan, disihatkan tubuh badan serta dijauhkan dari sebarang musibah. Berikut antara doa yang boleh murid-murid baca memohon ke hadrat Allah S.W.T semoga berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM ini.
Doa ini dipetik dari laman web Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darus Salam
"Dengan
nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala
puji-pujian bagi Allah. Tuhan seru sekalian alam, selawat dan salam ke
atas semulia-mulia para nabi dan para rasul Sayyidina Muhammad dan ke
atas ahli keluarga baginda dan para sahabat sekalian.
Ya Allah, ya Tuhan kami, rahmatilah ke atas penghulu kami nabi Muhammad
suatu rahmat yang Engkau lepaskan kami dengannya dari segala kesusahan
dan kebinasaan dan yang Engkau tunaikan bagi kami dengannya segala
hajat, dan yang Engkau sucikan kami dengannya dari segala kejahatan dan
yang Engkau angkat kami dengannya di sisi-Mu pada setinggi-tinggi
darjat, dan yang Engkau sampaikan kami dengannya sejauh-jauh tujuan
segala kebajikan semasa hidup dan sesudah mati. Dan juga selawat ke atas
keluarga dan sahabat baginda dan anugerahkanlah mereka salam sejahtera
yang banyak dengan rahmat-Mu wahai Tuhan Yang Maha Mengasihani.
Ya Allah, jadikanlah anak-anak dan penuntut-penuntut kami dari golongan
orang-orang yang berjaya dan orang-orang yang mendapat kemenangan di
dalam pembelajaran dan peperiksaan, dan jadikanlah mereka dari golongan
hamba-hambaMu yang soleh.
Ya Allah, jadikanlah kami dan mereka
dari golongan orang yang berilmu dan orang yang membuat kebaikan, dan
janganlah Engkau jadikan kami dan mereka daripada golongan orang yang
jahat dan orang yang membuat kerosakan.
Ya Allah bukakanlah
hati mereka sebagaimana terbukanya hati orang-orang yang arif bijaksana ,
dan kurniakanlah kepada mereka kepada mereka kefahaman di dalam agama,
dan ajarkanlah kepada mereka perkara ta�wil dan tunjukkanlah mereka ke
jalan yang benar dan kurniakanlah kepada mereka kefahaman para nabi ,
hafalan para rasul, ilham para malaikat muqarrabin di dalam keadaan
afiat, wahai Tuhan yang maha Pengasih dari segala yang lain yang
mengasihani.
Ya Allah, lapangkanlah bagi mereka dada-dada
mereka, dan permudahkanlah bagi mereka urusan-urusan mereka, dan
kurniakanlah taufiq dan hidayah kepada mereka, dan luruskanlah mereka
dan kumpulkan bagi mereka di antara perkara yang betul dan perkara yang
berpahala, dan lindungilah mereka daripada membuat kesalahan terlarang
daripada mendapat nikmat dan lupa.
Ya Allah, terangilah cahaya
pada hati-hati mereka dengan cahaya hidayatMu, sebagaimana Engkau
terangi bumi dengan cahaya matahari Mu, dan bukakanlah pintu kemenangan
kepada mereka dengan kemenangan yang dekat , wahai Tuhan yang Maha
Pemberi keputusan, wahai Tuhan yang Maha Mengetahui.
Ya Allah,
Keluarkanlah mereka daripada kesamaran dan muliakanlah mereka dengan
cahaya kefahaman, dan bukakanlah kepada mereka pintu-pintu ilmu, dan
hiasilah mereka dengan akhlak yang baik dan sopan santun, dan jauhkanlah
mereka daripada kemungkaran akhlak, perbuatan hawa nafsu, dan penyakit,
dengan rahmat Mu Tuhan yang Maha Pengasih dari segala yang lain yang
mengasihani.
Dan Allah telah berselawat ke atas Sayyidina
Muhammad dan ke atas ahli keluarga baginda dan para sahabat sekalian,
dan segala puji-pujian bagi Allah Tuhan seru sekalian alam".
0 Comments