Setiap sekolah akan menjalankan aktiviti
kokurikulum. Aktiviti ini dijalankan pada sebelah petang. Para pelajar
wajib menyertai aktiviti yang dijalankan., naik menyertai persatuan,
unit beruniform, ataupun olahraga. Kementerian Pelajaran tidak mahu para
pelajar hanya menumpukan kepada pelajaran sehingga mengabaikan aktiviti
kokurikulum.
Melalui aktiviti ini, tubuh badan
akan menjadi sihat. Keadaan ini berlaku kerana apabila kita melakukan
sesuatu aktiviti, otot-otot akan bergerak dengan aktif, seterusnya
mengeluarkan peluh. Apabila diri kita sihat, mudahlah kita untuk
mengulangkaji pelajaran dan yang pasti dapat ke sekolah. Jika tubuh
badan kita tidak sihat, tubuh menjadi letih serta lesu dan tidak
bermaya, menyebabkan minat untuk belajar menjadi luntur.
Faedah kedua yang kita perolehi
dengan menyertai aktiviti kokurikulum adalah, pelajar dapat memanfaatkan
masa lapang mereka dengan bijak. Sekiranya tidak menyertai aktiviti
kokurikulum, masa yang terluang pasti akan digunakan dengan menonton
televisyen, melepak, merokok,dan berpeleseran di pusat membeli belah.
Akktiviti tidak berfaedah ini juga bakal menjerumuskan mereka ke kancah
perjudian, pelacuran malahan juga ke kancah jenayah. Mereka juga bakal
terdorong untuk bergaul dengan remaja nakal dan terlibat dalam pelbagai
kegiatan negative seperti merempit, meragut, menagih dan mengedar dadah
dan banyak lagi.
Apabila menyertai aktiviti
kokurikulum, secara tidak langsung kita juga boleh menambah kenalan.
Penyertaan dalam persatuan mahupun aktiviti sukan tidak mengira dari
kelas mana ataupun warna kulit. Jadi, menerusi aktiviti yang dijalankan,
kita dapat berbincang dan saling mengenali, sekaligus mewujudkan
perpaduan antara satu dengan yang lain.
Adat sesuatu pertandingan, ada
menang dan ada yang kalah. Apabila pasukan yang kita sertai memenangi
kejohanan yang kita sertai nama sekolah akan menjadi harum. Pada
peringkat sekolah, kita sudah berjaya mengharumkan nama sekolah, apabila
dewasa kelak, tidak mustahil kita juga boleh mengharumkan nama Negara.
Berdasarkan huraian yang diberikan,
jelaslah kepada kita akan kepentingan aktiviti kokurikulum kepada kita.
Oleh itu, saya menyarankan kepada rakan-rakan, manfaatkanlah masa yang
terluang dengan menyertai aktiviti kokurikulum. Apalah gunanya memounyai
otak yang pintar sekiranya tubuh badan kita tidak bermaya.
0 Comments