Pentingnya peperiksaan adalah untuk menilai, mengenal pasti, mengkaji tahap setiap individu pelajar. Sebaik sahaja disebut peperiksaan, kebanyakan pelajar berasa takut dan gerun, apatah lagi peperiksaan ini merupakan peperiksaan yang menentukan masa depan mereka. Walau bagaimanapun, peperiksaan merupakan sesuatu yang amat penting dalam sistem pendidikan di negara kita. Peperiksaan merupakan sesuatu cara menyukat atau menilai prestasi pelajar untuk mengetahui pengetahuan mereka dalam pelajarannya.
Perancangan yang teliti dan persediaan yang rapi perlu dibuat oleh setiap pelajar supaya mereka benar-benar bersedia menghadapi peperiksaan. Setelah bertungkus-lumus selama 3 tahun belajar, kini tibalah saat yang akan menentukan hala tuju murid-murid di masa akan datang. Walaupun ini bukanlah pengakhiran kepada proses pembelajaran sekiranya pelajar-pelajar gagal, namun peperiksaan ini akan menilai sejauh mana tahap pendidikan seseorang murid samada cemerlang ataupun lemah.
Oklah. Adakah murid-murid semua sudah benar-benar bersedia? Selama 3 tahun, guru-guru mencurahkan ilmu kepada murid-murid semua. Ujian demi ujian juga telah dilaksanakan untuk menentukan tahap pencapaian murid-murid. Kini tibalah masanya murid-murid diuji dengan peperiksaan yang sebenar iaitu PMR.
Murid-murid seharusnya telah pun menyediakan strategi untuk menghadapi peperiksaan. Dengan strategi yang betul murid-murid akan dapat menyiapkan diri dengan baik dan tidak takut untuk menghadapi peperiksaan. Apakah startegi yang perlu dibuat? Ianya lebih merupakan persediaan dari segi fizikal, mental, emosi dan juga rohani serta strategi bagaimana untuk belajar menghadapi peperiksaan. Ini penting supaya apabila memasuki dewan peperiksaan nanti murid-murid tidak akan mengelabah dan panik yang seterusnya akan mengakibatkan tekanan kepada murid-murid. Bila ini berlaku tumpuan murid-murid akan hilang dan sukar untuk memberikan tumpuan kepada peperiksaan dan ini mungkin akan mengakibatkan kegagalan. Murid-murid boleh baca lebih lanjut mengenai Strategi Menghadapi Peperiksaan di sini.
Murid-murid seharusnya membuat persediaan yang cukup rapi sebelum peperiksaan bermula, persediaan pada malam peperiksaan, tindakan yang perlu di ambil pada pagi hari peperiksaan dan tindakan-tindakan yang perlu diambil pada hari peperiksaan. Murid-murid boleh baca selanjutnya mengenai persediaan-persediaan menghadapi peperiksaan ini di sini
0 Comments