Kelebihan berdoa banyak diterangkan dalam al-Quran dan hadis. Selain menjadi inti pati ibadah, doa adalah penghubung di antara hamba dan khalik (pencipta). Hanya dengan beberapa patah perkataan atau diniatkan segala permintaan dalam hati kepada Allah, hakikatnya ia tetap dikelaskan dalam jenis berdoa. Oleh itu, amalan berdoa bukan sesuatu yang sukar sebaliknya boleh dilakukan sepanjang masa tidak kira sama ada anda berada di dalam kereta, di majlis2 tertentu, di pasar2 dan di mana sahaja. Ia bertepatan dengan firman Allah maksudnya: "Minta doalah daripada-Ku, aku menerima doamu." (Surah al-Mukmin, ayat 60) Doa bukan hanya ibadat, malah otak ibadah seperti yang diterangkan Rasulullah saw, maksudnya: "Doa itu adalah otaknya ibadat." - (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari) Ibadat yang dilakukan tanpa doa dapat diumpamakan seperti manusia yang tidak mempunyai akal (tidak berotak). Ketika berdoa, setiap Muslim perlu mematuhi adabnya supaya ia lebih mustajab. Waktu berdoa diambil kira ketika berdoa. Antara waktu paling sesuai ialah ketika sujud, ketika ingin mengerjakan solat fardu dan di antara dua khutbah. Umat Islam juga digalakkan menghadap kiblat sambil mengangkat dua belah tangan hingga nampak ketiak ketika berdoa. Selepas selesai berdoa pula, disyaratkan seseorang menyapu dua tangan ke muka. Satu perkara perlu dipatuhi ketika berdoa ialah tidak sesekali berdoa dengan nada suara yang tinggi. Sebaliknya, umat Islam diminta agar berdoa dengan penuh perasaan takut, gerun, mengakui kehebatan dan kebesaran Allah serta khusyuk kepada-Nya. Secara ringkasnya adab berdoa adalah seperti berikut: 1. Berwudhuk (suci dari hadas kecil dan besar) 2. Menutup aurat 3. Menghadap Qiblat 4. Dalam keadaan khusyu' 5. Tidak tergesa-gesa 6. Mulakan dengan memuji Allah seperti Alhamdulillah.. 7. Berselawat ke atas Junjungan Nabi Muhammad S.A.W 8. Membaca dengan penuh penghargaan dan penghayatan 9. Akhirkan dengan selawat dan salam 10. Sebaik-baiknya fahamilah isi kandungan doa itu Meskipun waktu dan keadaan berdoa sudah dipatuhi, masih ada doa yang tidak dimakbulkan Allah. Ibrahim bin Adham, seorang ahli sufi menjelaskan kenapakah doa seseorang masih tidak dimakbulkan Allah. Antaranya ialah. # Kamu mengenal Allah, tetapi kamu tidak menunaikan hak-Nya. # Kamu sangka bahawa kamu cintakan Rasulullah, tetapi kamu tinggalkan sunnahnya. # Kamu membaca al-Quran, tetapi kamu tidak beramal dengannya. # Kamu makan nikmat Allah, tetapi kamu tidak tunaikan syukur-Nya. # Kamu berkata bahawa syaitan itu musuh, tetapi kamu tidak menentangnya. # Kamu berkata bahawa syurga itu benar, tetapi kamu tidak beramal untuk mendapatkannya. # Kamu berkata bahawa neraka itu benar, tetapi kamu tidak lari daripadanya. # Kamu berkata bahawa mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia baginya. # Kamu bangun daripada tidur, lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia tetapi kamu lupakan keaiban kamu sendiri. # Kamu kebumikan mayat saudara kamu, tetapi tidak mengambil iktibar daripadanya. Antara doa-doa yang boleh diamalkan semasa menghadapi peperiksaan adalah 1. Doa kecergasan. 2. Doa hilangkan darah gemuruh 3. Doa ketika memasuki dewan peperiksaan 4. Doa minta dapat petunjuk 5. Doa mendapat idea yang baik 6. Doa minta tambah ilmu 7. Doa penerang Hati 8. Doa ketika menghadapi kesukaran 9. Doa bila terlupa 10. Doa mudah hafal/faham |
0 Comments