Ad Code

Skema Pemarkahan Percubaan BM Kertas 1 2017 Johor


Peraturan Pemarkahan
Karangan Bahagian A ( Karangan Berpandu )
Kehendak soalan :
1.    Calon perlu menjelaskan ciri-ciri bandar pintar di Malaysia.
2.    Calon mesti menjawab berdasarkan maklumat yang diberikan
- Taman Rekreasi Terancang
- Kemudahan Awam Moden
- Kecanggihan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Kemungkinan:
1.    Sekiranya calon mengambil satu idea yang diberikan dan ditambah dengan isi yang lain, diterima. Periksa seperti biasa.
2.    Calon hanya menghuraikan satu idea dan dikembangkan, diterima. Periksa seperti biasa.
3.    Sekiranya jumlah perkataan kurang 200 patah perkataan, karangan tidak boleh diberikan markah di peringkat cemerlang kerana huraian dianggap tidak berkembang.
4.    Calon menulis idea lain selain yang terdapat dalam bahan rangsangan tetapi masih menyentuh tugasan soalan – markah maksimum peringkat kepujian/25 markah.
5.    Calon tulis dua isi, diterima. Periksa seperti biasa.
6.    Calon menambah idea lain, diterima. Periksa seperti biasa. Tiada markah tambahan.

Bahagian B:
Soalan 1:
Golongan remaja amat wajar memberikan sumbangan dalam usaha untuk mengisi kemerdekaan
negara yang telah diperjuangkan oleh generasi terdahulu.

Bincangkan sumbangan yang dapat anda berikan demi keamanan dan kemajuan negara kita.
Tugasan soalan:
1.    Calon perlu membincangkan sumbangan sendiri (saya) untuk mengisi kemerdekaan yang telah diperjuangkan oleh generasi terdahulu demi:
i.   keamanan negara
ii.  kemajuan negara

2.    Sekiranya calon hanya membincangkan sumbangan untuk mengisi kemerdekaan hanya untuk keamanan negara sahaja atau kemajuan negara sahaja markah maksimum peringkat baik bawah (51 – 57).
3.    Sekiranya calon membincangkan sumbangan untuk mengisi kemerdekaan demi keamanan dan kemajuan negara tetapi tidak memberikan fokus kepada diri sendiri (saya) sahaja markah maksimum peringkat baik atas (58 – 65).
4.    Sekiranya calon membincangkan sumbangan untuk mengisi kemerdekaan tetapi tidak mengaitkan langsung dengan kemanan dan kemajuan negara, markah maksimum peringkat memuaskan (36 – 50).
5.    Sekiranya calon tidak bersetuju dengan pernyataan, markah maksimum pencapaian minimum (01 – 20).

Soalan 2:
Dewasa ini, permainan tradisional seperti layang-layang, gasing dan congkak kurang diminati
dan semakin dilupakan oleh generasi muda.

Bincangkan peranan ibu bapa untuk menggalakkan anak-anak bermain permainan tradisional.

Tugasan soalan:
1.         Calon perlu menulis tentang peranan ibu bapa untuk menggalakkan anak-anak bermain permainan tradisional.
2.    Calon mesti menulis tugasan tentang:
2.1 Peranan ibu bapa untuk menggalakkan anak-anak bermain permainan tradisional
3.    Jika calon mencampuradukkan peranan ibu bapa dengan pelbagai pihak, markah maksimum peringkat memuaskan (36 – 50).
4.    Sekiranya calon menjelaskan sebab-sebab permainan tradisional kurang diminati dan semakin dilupakan oleh generasi muda, markah maksimum peringkat pencapaian minimum (01 – 20).

SOALAN 3
Usaha kerajaan menarik pelabur-pelabur asing melabur di negara ini memang wajar kerana
pelaburan tersebut memberikan pelbagai faedah kepada rakyat dan negara.

Bincangkan.
Tugasan soalan:
1.    Tugasan soalan ialah usaha kerajaan untuk menarik pelabur asing melabur di negara ini sangat wajar kerana pelaburan asing mendatangkan kebaikan kepada rakyat dan negara.
2.    Usaha kerajaan untuk menarik pelabur asing mesti dinyatakan dengan jelas.
3.    Usaha tersebut mestilah mendatangkan faedah kepada rakyat dan negara.
4.    Sekiranya calon hanya menulis usaha kerajaan dan faedah kepada rakyat sahaja, markah maksimum kepujian bawah (66 – 72).
5.    Sekiranya calon menulis faedah-faedah pelaburan asing tanpa mengaitkannya dengan usaha kerajaan, markah maksimum di peringkat baik bawah (51 – 57).
6.    Jika calon menjawab tidak wajar, markah maksimum pencapaian minimum (01 – 20).
7.    Calon mesti menulis usaha-usaha kerajaan dan dikaitkan dengan kebaikan kepada rakyat serta negara sekali gus dalam setiap perenggan isi.

SOALAN 4

Pendidikan maya, iaitu pendidikan yang memaksimumkan penggunaan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi mempunyai pelbagai kepentingan dalam melahirkan masyarakat yang berilmu,
berwibawa dan bertaraf dunia.

Bincangkan.

Tugasan soalan:
1.    Tugasan soalan ialah bagaimana pendidikan maya atau pendidikan atas talian dapat melahirkan masyarakat yang berilmu, berwibawa dan bertaraf dunia.
2.    Kepentingan pendidikan maya atau pendidikan atas talian mesti dinyatakan dengan jelas.
3.    Kepentingan tersebut mesti dikaitkan dengan pembentukan masyarakat yang berilmu, berwibawa dan bertaraf dunia.
4.    Sekiranya calon hanya membincangkan kepentingan pendidikan maya tanpa mengaitkan dengan pembentukan masyarakat berilmu, berwibawa dan bertaraf dunia, markah maksimum baik bawah (51 – 57)
5.    Antara kepentingan pendidikan maya ialah :
-      Melahirkan masyarakat berilmu.
Pelajar dari dalam dan luar negara meningkat.
Bilangan universiti bertambah (IPTA dan IPTS).
-      Melahirkan masyarakat berwibawa
Perkembangan personaliti yang positif.
Dapat membuat keputusan yang berkualiti.
Melahirkan bakal pemimpin negara yang berpengetahuan tinggi.
Pemimpin yang dapat membuat pertimbangan yang rasional (situasi semasa)
-      Bertaraf dunia
Pemimpin bertaraf dunia
Kejayaan dikecapi oleh segenap lapisan masyarakat
Dapat membangun dengan pesat (dalam semua bidang)
Ciptaan teknologi moden diiktiraf dalam semua bidang.
Negara berteknologi moden.
Pasaran meluas (barangan keluaran di pasaran antarabangsa)
Mampu bersaing dengan negara lain.
Dihormati dan dipengaruhi oleh orang negara lain.

SOALAN 5:
Apabila terpelihara lidah,
Nescaya dapat daripadanya faedah.
Petikan gurindam di atas membawa maksud kepentingan seseorang menjaga tutur kata dalam
kehidupan.
Huraikan pendapat anda tentang kepentingan- kepentingan seseorang menjaga tutur kata agar
berjaya dalam kehidupan.

Tugasan soalan:
1.    Calon perlu menulis tentang kepentingan-kepentingan seseorang menjaga tutur kata agar dia berjaya dalam kehidupan.
2.    Calon mesti menerangkan konsep atau maksud tutur kata yang baik
-    Ikhlas
-    tidak menyinggung perasaan orang lain
-    Sopan
-    Jujur
-    tidak menabur fitnah
-    tidak mewujudkan prasangka/prejudis dan sebagainya.
3.    Calon mesti menerangkan kepentingan seseorang menjaga tutur kata
-    Dihormati
-    Disayangi
-    dipercayai dan sebagainya.
4.    Calon mesti menerangkan konsep berjaya dalam hidup
-    cemerlang sahsiah
-    mendapat pekerjaan yang baik
-    dihormati oleh masyarakat
-    menjadi contoh kepada orang lain.

5.    Sekiranya calon menulis karangan tentang kepentingan-kepentingan seseorang menjaga tutur kata tetapi tidak mengaitkannya dengan kesan, iaitu berjaya dalam kehidupan, markah maksimum peringkat baik bawah (51 – 57).

Post a Comment

0 Comments