Thursday, March 29, 2012


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia
Saudara/ri Pengacara Majlis….
Yang Amat Berhormat Datuk Seri Hj. Mohd Ali bin Mohd Rustam
Ketua Menteri Melaka,
Yang Berhormat Datok Md Yunos bin Husin
Pengerusi Jawatankuasa Negeri – Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar, 
Yang Berhormat Datuk Gan Tian Loo
Exco Pelajaran, Belia dan Sukan,
Yang Berhormat Datuk Mat Sirat bin Abu 
Ahli Parlimen Bukit Katil, 
Yang Berhormat Datuk Wira Othman bin Muhamad
Speaker Kerajaan Negeri Melaka,
Pengerusi-Pengerusi dan Pegawai-Pegawai Kanan Jabatan,
Ahli-Ahli Yang Berhormat Dato-Dato, Datin-Datin Dif-Dif Kehormat, Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian,

Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya, dapat kita bersama-sama meraikan Karnival PIBG yang julung-julung kalinya dianjurkan secara bersama antara Parlimen Bukit Katil dan PIBG Sekolah-Sekolah Negeri Melaka.


Inisiatif yang diambil bagi mengadakan Karnival PIBG secara usahasama  ini sememangnya sesuatu yang harus dipuji. Pada hemat saya, program ini seiring dengan gagasan ‘1 Malaysia: Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’. Dalam konteks ini, kerajaan bukan sahaja komited terhadap usaha-usaha mengukuhkan perpaduan rakyat, tetapi juga menekankan kepada prestasi dan pencapaian program untuk faedah rakyat keseluruhannya.

Saya menyambut baik inisiatif program ini yang melibatkan penyertaan semua pihak termasuk guru-guru dan pelajar-pelajar sekolah serta warga PIBG.Langkah ini sudah tentu memberi suntikan semangat dan motivasi kepada semua yang terlibat. Justeru, amat penting untuk kita meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran bagi menghadapi era globalisasi.

Adalah menjadi harapan Jabatan Pelajaran Melaka agar karnival selama dua hari ini, yang akan diisi dengan pelbagai program antaranya, pameran dan jualan, akan dapat dijadikan platform dan dimanfaatkan sepenuhnya. Saya percaya banyak maklumat yang bermanfaat akan dapat diperoleh oleh para peserta menerusi program ini.

Hadirin yang saya hormati sekelian,

Tanpa kerjasama dan kesepakatan yang padu antara pihak sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri, PIBG, komuniti, pemimpin setempat, sudah tentulah hasrat untuk mencapai kecemerlangan dalam pelbagai aspek sukar dicapai. Permuafakatan seumpama ini, diharapkan dapat membina persefahaman, tentang tugas dan tanggungjawab bersama. Ini penting, dalam usaha meningkatkan mutu pelajaran dan pembelajaran murid-murid  di sekolah. Sekolah yang mempunyai PIBG yang prihatin tentang kemajuan sekolahnya akan menjadi sekolah yang gemilang dan cemerlang. Dengan adanya PIBG yang aktif, cetusan idea yang baik akan diperolehi, masalah sekolah boleh diatasi bersama, beban guru akan dapat dikurangkan dan masalah kewangan juga akan dapat diringankan. Bahawa setiap amanah dan tugas yang diberikan harus disempurnakan oleh ahli jawatankuasa PIBG  dengan penuh dedikasi dan dengan lebih bersemangat.

Pihak ibu bapa khususnya PIBG merupakan tulang belakang bagi kekuatan sekolah dalam menggerakkan kecemerlangan pelajar dalam pelbagai bidang. Tanpa sokongan PIBG, segala perkara yang kita lakukan tidak akan membuahkan hasil seperti yang dinginkan. Pihak sekolah juga seharusnya sentiasa bersama-sama dengan PIBG dengan merancang dan melaksanakan program kebajikan, membantu keperluan pelajar yang berpotensi tinggi untuk berjaya dan memastikan segala keperluan yang tidak dapat diselesaikan oleh pihak sekolah dibantu dan dapat diselesaikan melalui saluran PIBG. Tidak ada jalan mudah untuk mencapai sesuatu kejayaan kecuali dengan kerja keras dan kerjasama semua pihak.

Akhir kata, dengan sambutan yang amat menggalakkan terhadap program ini, saya yakin dan percaya program ini akan mencapai matlamatnya dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat dan memacu pembangunan di Parlimen Bukit Katil. Sekian, wabillahi taufiq wal hidayah wasalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Categories

Alam Sekitar Anak Din Biola Analisis Keputusan SPM 2012 analisis novel Analisis pemahaman KOMSAS Analisis Soalan Novel Analisis Soalan Penulisan Analisis soalan PMR Analisis Soalan PMR K2 Analisis soalan-soalan PMR Kertas 1 bahagian A (ii) Bahagian A(ii): Pemahaman Bahagian B BAHAGIAN B (Karangan Bahan Rangsangan) Bahagian C Karangan Umum Bahagian D KOMSAS Bahasa Melayu Bahasa Melayu PMR Cerpen Tingkatan 5 Contoh jawapan Contoh Jawapan Bahagian D Contoh jawapan Bhg B Contoh jawapan Bhg C Contoh jawapan Kertas 2 Contoh jawapan pemahaman Contoh Jawapan Ringkasan Contoh karangan Contoh Karangan PMR 2012 Contoh karangan respon terbuka Contoh Soalan Kertas 1 Contoh teks ucapan contoh teks ucapan hari inovasi sekolah Definisi Wacana Doa kejayaan dalam peperiksaan Drama Tingkatan 5 huraian pantun budi Identiti Nasional Interlok karangan karangan autobiografi Karangan Bahagian A Karangan Bahagian B Karangan berbentuk peribahasa Karangan berbentuk syarahan karangan berdasarkan fakta Karangan bergambar Karangan jenis biografi Karangan jenis catatan diari Karangan Jenis Ucapan Karangan PMR Karangan Rangsangan Karangan SPM Karangan Tidak Berformat Kepentingan Perpaduan Kaum Kepentingan Sukan Kertas 1 Kertas 2 Kertas 2 BM SPM Kesalahan tatabahasa kesedaran sivik Kesilapan tatabahasa komsas Komsas Tingkatan 5 Kosa Kata Masalah ponteng Menguruskan Alam Sekitar Novel Novel Tingkatan 5 Panduan membuat karangan Panduan menjawab Kertas 2 Panduan Menulis Ringkasan pantun pantun budi Patung Kencana Dari Kuripan Pemahaman Penanda Wacana penanda wacana ayat 2 Penanda wacana memulakan karangan Pencemaran Air Penjagaan alam sekitar Penjodoh Bilangan Pentaksiran Berasaskan Sekolah Pentaksiran Tingkatan 3 Peranan ibu bapa Peranan Ibu Bapa Membendung Gejala Sosial Peranan Ibu bapa Membentuk Akhlak percubaan 2011 Percubaan K 2 Percubaan PMR BM 2009 Percubaan PMR BM 2011 Peribahasa Perkasakan Bahasa Melayu PMR Prosa tradisional Puisi moden Punca stress dan cara mengatasi stress. Stress Raja Bersiung Rencana Ringkasan Rumusan Soalan 1 soalan 1 - 7 Soalan 1 Kertas 2 Soalan 15 - 17 Soalan 18 - 21 Soalan 22 - 24 Soalan 25 - 27 Soalan 28 - 30 Soalan 3 Soalan 31 - 40 Soalan 8 - 14 Soalan Bahagian C no. 2. Kertas 2 Soalan Perbahasa Kertas 1 Soalan percubaan 2010 Soalan Percubaan BM SPM 2012 Soalan Percubaan PMR Soalan Percubaan PMR 2010 Soalan Percubaan PMR 2012 Soalan Percubaan PMR BI 2011 Soalan Percubaan PMR BM 2012 Soalan percubaan UPSR 2012 Soalan Peribahasa Kertas 2 Soalan Pertengahan tahun 2011 Soalan PMR Soalan PMR 2009 SPM SPM 2012 SPM Kertas 1 Bahagian A Sukan Surat kiriman Surat kiriman tidak rasmi Surat rasmi Surat Tidak Rasmi Taburan kesukaran soalan PMR tatabahasa tatabahasa secara umum Teknik menjawab soalan kertas 2 Teknik Penulisan Karangan Teks Ucapan teks ucapan pengetua tip cemerlang belajar Tip mudah ingat Tips Karangan SPM Tips lulus cemerlang Tragedi 4 dis wacana
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Hakmilik retibahasa.blogspot.com. Powered by Blogger.
Subscribe Via Email

Subscribe to our newsletter to get the latest updates to your inbox. ;-)

Your email address is safe with us!

SAHABAT BLOGGER

loading...

Like FB Page Kami

Tweet Bahasa Itu Indah

Google+ Followers

KOLEKSI SOALAN BAHASA MELAYU

Contoh Karangan

Popular Posts