| Soalan 8 – 14 | |||
| 1. | Merupakan soalan mengesan kesalahan umum tatabahasa sama ada dari segi: | ||
| a. | Kesalahan dari segi penggunaan kata; | ||
| b. | Kesalahan dari segi penggunaan frasa; | ||
| c. | Kesalahan dari segi struktur ayat; | ||
| d. | Kesalahan dari segi penggandaan; | ||
| e. | Kesalahan dari segi pemajmukan; dan | ||
| f. | Kesalahan dari segi pengimbuhan. | ||
| 2. | Untuk menjawab soalan jenis ini, sekali lagi, penguasaan tatabahasa adalah sangat penting. | ||
| Latihan menjawab soalan-soalan tahun lepas akan dapat membantu pelajar membiasakan diri dengan bentuk-bentuk kesalahan yang sering disoal dalam kertas soalan. Contoh: tepak-tapak, rasmi-resmi, tembok-tembuk, di dalam/dalam, demi untuk/untuk, pada/kepada, dari/daripada | |||
| Jadikan kamus dan buku rujukan tatabahasa sebagai bahan untuk mengukuhkan penguasaan tatabahasa anda. | |||
| Jadikan sikap suka menganalisis ayat sebagai satu amalan terutamanya semasa membaca akhbar atau majalah. | |||
0 Comments